|
KPH - VILLA 100TH ~ DAPATKAN ALBUM KEDUA HAFIZ DI PASARAN SKRG!!!!
[Copy link]
|
|
...the best!! tahniah hafiz suip |
|
|
|
|
|
|
|
matahari meletop! suka ..hafiz dengan sometnya... |
|
|
|
|
|
|
|
Khamis Jun 13, 2013
Album Terbaharu Hafiz Suip Hasil Campuran 'Limau, Kicap'
Oleh KEMALIA OTHMAN
PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz Suip mengaku pernah mencuba petua untuk sedapkan suara ketika proses rakaman lagu di Indonesia dengan mencampurkan kicap dan perahan limau.
Hafiz, 23, berkata petua tersebut diberi oleh seorang rakan di negara itu selepas melihat keadaan dirinya yang tidak sihat dan tidak mampu menyanyi dengan baik.
"Ketika itu proses rakaman dilakukan di Indonesia dan saya demam sebab cuaca di Indonesia terlalu panas.
"Ada seorang rakan di sana menasihatkan saya untuk mencuba petua tersebut yang biasa digunakan oleh artis-artis di Indonesia," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album keduanya Hafiz Suip, Luahan Hati Anak Seni, di sini, pada Rabu.
Kata Hafiz, selepas mencuba petua tersebut, dia mampu melakukan proses rakaman dengan lancar.
Tiga lagu iaitu Deritamu Bahagiaku, Patah Hati dan Hanya Ingin Kau Cinta dirakamkan di Indonesia.
Selain itu, Hafiz sempat melakukan penggambaran untuk video klip lagu Bahagiamu Deritaku di Bandung, Indonesia.
Sementara itu, bercerita tentang karya dalam album berkenaan, Hafiz mengakui dua buah lagu yang ditulis sendiri iaitu Deklamasiku dan Mungkinkah mempunyai makna tersendiri dalam hidupnya.
"Sudah tentu saya menggunakan pengalaman hidup sebagai inspirasi membuat lagu ini. Ia ada kena mengena dengan pengalaman percintaan saya," katanya.
Album Luahan Hati Anak Seni ini memuatkan sembilan buah lagu termasuk Muara Hati nyanyian bersama Datuk Siti Nurhaliza.
~~~ mstar.com.my ~~~
|
|
|
|
|
|
|
|
Hafiz Suip Dedah Kisah Cinta Dalam Album Baru
Nama Hafiz Suip atau lebih dikenali sebagai Hafiz sudah tidak asing lagi dalam industri muzik tempatan. Sebaik sahaja tamat menuntut di Akademi Fantasia, Hafiz tidak membuang masa malah terus berusaha untuk menaikkan karyanya.
Hafiz mula dikenali selepas menjuarai Akademi Fantasia musim ketujuh sejak empat tahun lalu dan telah banyak merangkul anugerah yang boleh dikagumi. Terbaru, di awal tahun 2013 Hafiz sekali lagi memenangi kategori Vokal Terbaik AJL 27.
Selepas berjaya mempromosikan album keduanya di Indonesia hujung tahun lalu, Hafiz kini kembali dengan naskhah album yang lebih menarik khusus untuk peminat-peminatnya di Malaysia.
Di dalam album kedua di Malaysia yang diberi judul Luahan Hati Anak Seni, boleh dikatakan hampir kesemua lagunya membawa mesej kegagalan bercinta. Bahkan Hafiz sendiri turut menulis lirik untuk dua buah lagu iaitu Mungkinkah dan Deklamasiku.
Lagu Mungkinkah dan Deklamasiku lirik ciptaan saya menceritakan tentang pengalaman pahit saya dalam bercinta. Ia begitu indah walaupun sukar diungkapkan.
Hafiz yang ditemui di majlis pelancaran albumnya itu menyatakan genre balada masih dikekalkan dalam Luahan Hati Anak Seni kerana beranggapan muzik alternatif adalah jiwanya.
Hafiz membuat persembahan di majlis pelancaran album barunya
Sebenarnya jiwa saya lebih ke arah muzik alternatif. Muzik balada adalah hadiah kecil dari hati saya buat peminat yang selama ini menyokong saya dalam industri muzik.
Selain daripada Mungkinkah dan Deklamasiku, Hafiz juga mempertaruhkan beberapa buah lagu lain antaranya Hanya Ingin Kau Cinta, Kesimpulan, Patah Hati, Satu Cerita, Muara Hati, Matahari dan Bahagiamu Deritaku yang diangkat sebagai single bagi album ini.
Selain daripada itu, Hafiz yang sebelum ini mengakui telah menemui kekasih hati baru selepas putus cinta dengan Adira tetap tidak mahu mendedahkan siapakah identiti sebenar gadis pujaannya itu.
Dia orang biasa, bukan dari kalangan artis. Saya menghormati kehidupannya sebagai seorang pelajar dan tidak mahu kontroversi atau publisiti yang melibatkan kami mengganggu tumpuannya terhadap pelajaran.
Bagaimanapun, buat masa ini Hafiz belum menetapkan masa yang sesuai untuk mendirikan rumahtangga kerana mahu betul-betul bersedia sebelum memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.
~~~ ohbulan.com ~~~ |
|
|
|
|
|
|
|
Hafiz Teguk Kicap Campur Limau Nipis Sebelum Rakam Lagu
Demi mahu menghasilkan yang terbaik sekaligus memberi kepuasan seratus peratus kepada sesiapa yang mendengar albumnya, penyanyi Hafiz Suip memberitahu ada beberapa cabaran besar yang terpaksa dilaluinya sepanjang tempoh rakaman albumnya yang diberi judul, Hafiz Suip 'Luahan Hati Anak Seni'.
Terutamanya untuk memperdengarkan vokal yang kekal lunak dalam albumnya itu, Hafiz berkata dia terpaksa meminum kicap yang dicampur dengan air perahan limau nipis. Pengalaman tersebut dilalui sewaktu menjalani proses rakaman tiga buah lagu yang di jalankan di Indonesia.
"Semasa proses rakaman di Indonesia, cuaca di sana sangat panas dan saya demam. Masa tu saya memang risau sangat, takut tak boleh nyanyi dengan baik. Mujur masa saya datang ke studio, salah seorang kru di studio tu suruh saya minum kicap bangau (kicap pekat) di campur dengan limau nipis. Allhamdulillah, berkesan dan saya dapat lakukan proses rakaman dengan lancar. Di sana, saya rakamkan tiga lagu iaitu Bahagiamu Deritaku dan video klipnya, single Patah Hati dan Hanya Ingin Kau Cinta, katanya kepada Malaysian Digest.com
Hafiz ditemui pada majlis pelancaran album, Hafiz Suip 'Luahan Hati Anak Seni' bertempat di Wisma Bentley Music, The Curve, Damansara, petang semalam.
Dengan konsep 'mini magazine', mempertaruhkan sembilan lagu, menarik, album tersebut turut menapilkaan ramai komposer dan penulis lirik terkenal tanah aar dan Indonesia. Antaranya LY dan Baiduri, Kuncidemak, Ajai, Satriyaa Anggun serta Ajai.
Selain itu, Hafiz sendiri terlibat dalam penghasilan dua buah lagu iaitu Deklamasiku dan Mungkinkah. Malah dia mengaku kedua-dua lagu ciptaannya itu ada kaitan dengan pengalaman hidup dan kisah cintanya.
"Saya akui konsep album ini sikit sebanyak diinspirasikan dari majalah Glam Lelaki. Album ni mengandungi lagu-lagu tentang cinta dan sebenarnya adalah luahan hati saya sendiri tentang pengalaman hidup dan pengalaman pahit saya dalam bercinta.
"Dengan kemunculan album ini saya sekarang mahu dikenali sebagai Hafiz Suip. Selama empat tahun ini, banyak cabaran juga dengan beberapa kejayaan saya kecapi.
"Allhamdulillah apa yang saya dah capai setakat ini bukan lah kejayaan saya seorang malah banyak pihak yang memantu dan sentiasa menyokong termasuklah keluarga saya. Jadi saya gunakan nama Hafiz Suip kerana saya mahu bawa keluarga saya sekali sama-sama menikmati kejayaan saya", tutur anak kelahiran Kuching, Sarawak ini.
Impresif, sehingga hari ini bintang yang dilahirkan menerusi program realiti Akademi Fantasia (AF7) ini telah meraih 14 anugerah di persada muzik tanah air dan antarabangsa termasuk anugerah vokal terbaik tiga kali berturut-turut.
- Kredit foo-foto Faisol Mustafa
~~~ malaysiandigest.com ~~~ |
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman Cinta Hafiz Suip Lahirkan Album Luahan Hati Anak Seni
Melihat pencapaian anak muda ini sepanjang 4 tahun bergelar penyanyi membuatkan nama Hafiz Suip mekar di persada dunia seni tanah air.
Dengan penghasilan album di negara seberang Indonesia boleh dibanggakan ditambah pula dengan 14 anugerah yang dirangkul bermula selepas menjadi juara Akademi Fantasia musim ke 5.
Anak muda yang berasal dari Kuching, Sarawak ini baru sahaja lancarkan album penuh yang mengandungi 9 lagu kesemuanya yang berjudul Luahan Hati Anak Seni bertempat di Wisma Bently, Damansara.
Menghadapi cabaran ketika menjalani rakaman di Indonesia bukan batu penghalang bagi Hafiz, 23 untuk memastikan buah tangan ketiganya di Malaysia mendapat sambutan.
Hafiz yang ditemui siang tadi memberitahu mengalami masalah suara hilang ketika berada di sana, nasib baik ada petua yang seringkali dilakukan artis Indonesia apabila menyuruh Hafiz menggunakan kicap pekat yang atau dipanggil kicap bangau dicampur dengan limau.
“Di sana cuaca sangat panas, tidak sama seperti di Malaysia. Alhamdullilah selepas dinasihati agar mengambil campuran kicap bangau dan juga limau suara saya semakin pulih dan mampu menyanyi.”
Lebih dekat dengan lagu berentak balada dan berunsurkan cinta, Hafiz masih tidak mampu lari dari menghasilkan lagu yang terbit dari dalam dirinya termasuk pengalaman pahit di dalam percintaan.
“Saya ada dua lagu yang terhasil dari kisah sebenar kehidupan saya. Saya ingin berterima kasih kepada Kunci Demak kerana dia banyak mengajar saya bagaimana cara untuk mencantikkan lagi lagu. Antara lagu yang saya cipta adalah Mungkinkah dan Deklamasiku.
Punyai cita-cita yang besar suatu hari nanti untuk melakukan konsert jelajah, Hafiz memberitahu perjalananannya masih jauh di dalam bergelar anak seni setanding Allahyarham Sudirman dan juga Anuar Zain.
Album yang mengandungi 9 lagu terdiri daripada Matahari, Bahagiamu Deritaku, Hanya Ingin Kau Cinta yang mana ada di antaran lagunya telah dirakamkan di Indonesia.
~~~ rotikaya.com ~~~ |
|
|
|
|
|
|
|
Transisi Diri Hafiz Suip Dalam Luahan Hati Anak Seni
Teks oleh Kheme Rosly
[email protected]
KUALA LUMPUR, 13 JUN 2013: Langkah yang diatur oleh Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 23,dilihat semakin menyinar dengan beberapa pencapaian yang diraihnya semenjak bergelar juara bagi pertandingan realiti Akademi Fantasia musim ketujuh pada 2009.
Dalam jangka waktu yang boleh dianggap singkat, Hafiz telah berjaya menerima beberapa pengiktirafan yang tinggi melalui acara hiburan berbentuk anugerah mahupun pertandingan.
Juara untuk program ala All-Star untuk penyanyi tempatan iaitu Mania ini juga berjaya mencipta hatrik apabila membawa pulang Vokal Terbaik tiga kali berturut-turut di pentas Anugerah Juara Lagu.
Tidak pernah berhenti atau merasa erti penat, Hafiz kini tampil lebih segar dan hip dengan album terbarunya iaitu Hafiz Suip - Luahan Hati Anak Seni yang dilancarkan di Wisma Bentley Music, Mutiara Damansara bersama Astro dan Warner Music Malaysia.
Hafiz yang ditemui selepas berakhirnya pelancaran album keduanya itu telah menzahirkan perasaannya yang sangat berpuas hati dengan keseluruhan hasil karya terbaru daripadanya ini. Berkonsepkan ala mini magazine, Hafiz menyatakan bahawa konsep tersebut dipilih kerana ia mahu dijadikan sebagai kenang-kenangan buat peminat kesayangannya.
"Album terbaru saya ini memang istimewa kerana idea ini dipilih agar ia boleh dijadikan collectible item dengan pendekatan konsep mini magazine. Sekaligus ia membawa anda membaca apakah yang terkandung di dalam Luahan Hati Anak Seni itu.
"Idea menghasilkan album ini mengambil inspirasi majalah Glam Lelaki iaitu majalah khas untuk jejaka yang sentiasa up-tp-date dengan fesyen dan trend dan ianya dianggap sebagai transisi imej saya juga yang mahu kelihatan lebih kemas.
"Konsep lagu secara keseluruhannya adalah baladayang menyampaikan mesej yang pelbagai dan single Bahagiamu Deritaku kini mendapat sambutan hingga ke Indonesia dan saya juga turut menyumbangkan hasil tulisan lirik untuk Mungkinkah dan Deklamasiku.
"Lagu-lagu lain seperti Matahari, Hanya Ingin Kau Cinta, Kesimpulan dan termasuklah Muara Hati turut dimuatkan di dalam Luahan Hati Anak Seni,"cerita Penyanyi Lelaki Paling Popular 2012 ini mengenai album keduanya yang kini berada di pasaran hasil edaran Warner Music Malaysia.
Pada majlis perlancaran yang mengambil tempat di Auditorium Wisma Bentley itu, , Naib Presiden Bahagian Remaja Astro, Pueteri Yasmin Megat Zaharuddin yang mewakili Astro telah merasmikan album terbaru Hafiz Suip itu. Hadirin yang hadir turut dihiburkan dengan dendangan lima buah lagu daripada album terbaru ini termasuklah single yang kini meletop di carta radio, Bahagiamu Deritaku.
Acara ini turut disaksikan ahli keluarga, rakan media, wakil daripada Warner Music Malaysia dan para peminat yang dijemput bagi meraikan kejayaan Hafiz dengan album
keduanya itu.
~~~ murai.com.my ~~~ Last edited by blackberry90 on 13-6-2013 01:50 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|