CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anok_Tupa

KPH VILLA - 101 - Jom Undi Matahari Di Carta Hot FM & ERA FM

 Close [Copy link]
Post time 31-10-2014 12:42 AM | Show all posts
Kali pertama bergandingan di pentas sama, KD dan Hafiz akui teruja

Diterbitkan : Thu, 30 October, 2014, 8:10:50

Oleh : Faida Rahim




KUALA LUMPUR, 30 Oktober: “ Tipu lah kalau saya kata saya tidak nervous untuk konsert kali ini. Sebelum ini saya impikan untuk mengadakan konsert sebesar ini dan Alhamdulillah saya dipertemukan dengan penaja utama, One Drop Perfumes. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana menunaikan impian saya tidak lama lagi,” demikian kata diva tersohor Indonesia, Kris Dayanti yang ditemui di sidang media kedua ‘Kris Dayanti Live in KL’ yang berlangsung di Hotel Royale Chulan, hari ini.

Ibu kepada empat cahaya mata ini amat berterima-kasih kepada peminat-peminat tegar beliau khususnya peminat di Malaysia kerana selepas 16 tahun bertapak di dalam industri muzik, sokongan yang diterima beliau tidak pernah berubah.

“ Terima kasih kerana ada yang sanggup terbang dari Singapura untuk hadir di majlis sidang media ini, saya hargai semangat anda. Dari 1998 hingga kini, terima kasih tidak terhingga atas sokongan dan kerjasama yang tidak mungkin saya akan lupakan. Saya kini menghitung hari, agar usaha dan kerja keras pihak penganjur dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan konsert ini dalam memastikan ia berjaya.

“ Saya berasa terhormat, tersanjung dan bersyukur tanpa henti, ditambah pula dengan keadaan hujan pada petang ini, Insyaa Allah, ada rezeki untuk kita semua yang ada di sini. Tanpa kalian, saya tidak akan memiliki energy atau semangat untuk memberikan yang terbaik,” ujarnya.

Tarikh 22 November bakal melakar sejarah dalam industri muzik tanah air apabila Kris Dayanti tidak akan tampil keseorangan di pentas Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Menurut Pengarah Eksekutif Kumpulan One Drop, Zetty Ismail, pelbagai nama telah dicadangkan oleh para peminat untuk pemilihan artis undangan yang bakal berganding dengan Kris Dayanti nanti.

“ Setelah meneliti cadangan dan berhubung dengan pihak pengurusan artis tesebut, kami sebulat suara memilih Hafiz Suip, sebuah nama yang tidak asing lagi di persada hiburan tanah air. Kami amat yakin dengan gandingan istimewa ini, mereka pasti akan memberikan persembahan hebat, mantap selaras dengan populariti kedua-dua penyanyi ini,” jelas Zetty.

Kris Dayanti turut memberitahu bahawa beliau cukup teruja bergandingan dengan Hafiz memandangkan ini merupakan kali pertama mereka berkongsi pentas yang sama.

“ Saya berasa amat dihormati sekali memandangkan seorang bintang muda yang sedang menyinari industri muzik di Malaysia dan mempunyai potensi yang luar biasa akan menjadi penyanyi undangan dalam konsert kali ini.

“ Sebelum ini, saya belum pernah jumpa Hafiz secara face to face, tetapi saya banyak mendengar lagu-lagu beliau di You Tube dan juga bocoran gosip dari sahabat saya yang juga merupakan seorang diva di Jakarta. Saya berharap dengan gandingan kami berdua nanti, aura dan penyampaian lagu-lagu yang bakal didendangkan akan sampai tepat ke hati para penonton yang hadir,” katanya yang turut akan berduet dengan anak beliau, Aurel serta bakal memperagakan lebih 10 persalinan untuk konsert ini.

Bagi juara bintang Akademi Fantasia ke-7 ini pula, beliau bakal mengikuti sesi latihan bersama guru vokal terkenal, Cikgu Shafi dalam memantapkan lagi persembahannya pada hari konsert itu nanti.

“ Saya kena banyak membuat ulang kaji, asah vokal dengan mendapatkan bantuan guru berpengalaman, Insyaa Allah, ini peluang amat besar bagi saya untuk melebarkan sayap. Kemunculan saya di pentas KD Live in Kuala Lumpur akan membantu untuk ‘mencantikkan’ profil saya dalam industri muzik tanah air.

“ Saya tidak boleh anggap benda ini macam biasa seperti nyanyian saya di mana-mana persembahan. Saya perlu alert kerana ini konsert KD, bukan konsert saya. Kalau konsert saya, saya boleh ikut cara sendiri. Berkemungkinan besar, saya akan sampaikan tiga buah lagu yang mana sebuah single saya manakala dua lagi adalah duet bersama KD,” katanya yang pernah berduet dengan beberapa nama besar seperti Datuk Rossa dan Dato Siti Nurhaliza.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai ura-ura bahawa penyanyi berusia 24 tahun ini sedang berpacaran dengan gadis yang berasal dari Sarawak, Hafiz dengan tenang mengakui hati beliau kini dimiliki.

“ Cukuplah saya katakan bahawa gadis itu bukan dari kalangan artis dan kini sedang menyambung pengajian di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi dalam negara. Masih terlalu awal untuk membincangkan hal perkahwinan kerana dia pun baru 22 tahun. Insyaa Allah, sekiranya ada jodoh, saya akan war-warkan pada semua,” katanya. –WartaDaily.


~~~ wartadaily.com ~~~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 12:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 12:53 AM | Show all posts
Hafiz Masuk Kelas Vokal Demi Kris Dayanti

31 Oct 2014, 12:10am   
Ridhatul Rizki Sayuti



Penyanyi, Hafiz Suip, 24, enggan dianggap ‘nama besar’ dalam industri seni walaupun sudah mengecapi pelbagai kejayaan di Malaysia dan negara jiran. Jelas Hafiz, pengalamannya masih belum cukup banyak untuk memegang gelaran tersebut.

“Orang selalu panggil saya dengan gelaran ‘nama besar dalam industri’ sedangkan saya belum layak untuk menerima gelaran itu. Perjalanan saya dalam industri seni ini masih panjang dan masih banyak yang perlu saya pelajari,” ujar Hafiz ketika ditemui di majlis sidang media kedua konsert ‘Kris Dayanti Live in KL’ pada Khamis.

Dipilih sebagai artis jemputan di konsert itu nanti, kongsi Hafiz, dia begitu teruja dapat mengadakan persembahan bersama diva dari seberang itu.

“Dapat berduet dengan Kris Dayanti (KD) merupakan impian saya. Saya sangat berbesar hati dipilih sebagai artis jemputan di konsert itu nanti,” ujarnya berkongsi di akan menghadiri kelas vokal bagi memberikan persembahan yang terbaik di konsert tersebut.

“Untuk setanding dengan KD pada malam konsert itu nanti mungkin agak sukar. Apa yang saya boleh lakukan hanya membuat persediaan yang begitu rapi termasuk menghadiri kelas vokal,” katanya.



Walaupun masih hijau dalam industri, berduet dengan KD melengkapi profil Hafiz sebagai penyanyi baru yang sering berduet dengan diva termasuk Dato’ Siti Nurhaliza dan Dato’ Rossa. Kata Hafiz, dia berharap peluang berduet dengan KD memudahkan lagi laluan buatnya mengembangkan bakat di Indonesia.

“Untuk mencipta nama di sana sangat sukar kerana terlalu banyak persaingan. Walaupun saya pernah ke sana untuk melebarkan sayap ke pasaran Indonesia, saya akui tak mudah untuk dikenali dan diterima oleh peminat di sana. Seorang penyampai radio di Indonesia pernah berkata jika lagu saya dapat dimainkan di radio Indonesia seminggu sekali pun dah cukup baik,” jelas Hafiz.

Hafiz akan mendendangkan tiga buah lagu termasuk dua buah lagu duet bersama KD dan sebuah lagu secara solo di konsert itu nanti.

‘Konsert Kris Dayanti Live in KL’ akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 November depan. Tiket boleh didapati di www.ticketcharge.com.my pada harga RM98 sehingga RM1088.


~~~ gua.com.my ~~~
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 12:56 AM | Show all posts
Hafiz Suip Bakal Gamatkan Konsert Krisdayanti

Diterbitkan: Jumaat, 31 Oktober 2014 12:31 AM



KUALA LUMPUR: Konsert artis dari Indonesia iaitu Krisdayanti di negara ini pada 22 November depan akan menjadi lebih bermakna selepas penyanyi Hafiz Suip bersedia untuk terlibat dalam acara itu.

Krisdayanti, 39,  turut mengakui, penyanyi yang berusia 24 tahun itu turut mempunyai keistimewaan tersendiri dan tentunya gandingan mereka berdua akan merancakkan lagi persembahan itu nanti,” ujarnya.

Kris berkata demikian kepada pemberita pada majlis sidang media kali kedua, konsert Krisdayanti Live in KL 2014 di sini pada Khamis.

Persembahan itu akan diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pukul 8 malam. Ia dibawakan oleh One Drops Perfumes sebagai penaja utama.

Hadir sama dalam sidang media berkenaan ialah Penagrah Eksekutif Kumpulan One Drop, Zetty Ismail.

Dalam pada itu Kris berkata, disebabkan sudah lama tidak mengadakan konsert di Malaysia, dia tidak menafikan perasaan gentar dan tentunya telah siap melakukan latihan bagi memastikan persembahan itu nanti berjaya.



Tambah beliau, lebih menarik lagi pada konsert itu nanti dia akan turut berduet dengan anaknya, Aurel.

“Saya percaya anak saya dan Hafiz akan mempunyai stamina yang luar biasa selain saya akan tampilkan beberapa kejutan dan bakal memperagakan lebih 10 persalinan untuk konsert ini,” ujarnya.

Sementara itu Zetty berkata, penjualan tiket untuk persembahan itu amat memberangsangkan dan ia adalah bukti Krisdayanti masih mempunyai pengaruh.

Katanya, sebagai peneraju minyak wangi tanpa alkohol di negara ini, sudah tentu pihaknya mahu menjadikan konsert itu sebagai sejarah dan penonton akan mendapat kepuasan berganda menyaksikannya.

Tiket-tiket bagi menyaksikan persembahan itu masih  dijual dengan harga RM1,088, RM888, RM528, RM428, RM328, RM188 dan RM98.

Ia boleh dibeli dengan menghubunmgi talian 03-9222-8811 atau melalui laman web Ticket Charge di www.ticketcharge.com.my



~~~ mstar.com.my ~~~
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 01:02 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 01:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2014 01:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 01:14 AM | Show all posts


ASK 2014 menampilkan Fahrin Ahmad sebagai hos dan bakal bergandingan dengan selebriti-selebriti popular dalam setiap segmen, antaranya, Zul Ariffin, Nabila Huda, Shukri Yahaya, Tasha Shilla, Fiza Sabjahan, Fara Fauzana dan Amyra Rosli untuk mengemudikan majlis penganugerahan

Manakala acara karpet merah akan dikendalikan oleh Hani Hatim dan Aidid Marcello menerusi HIP TV (TV9). Malam kemuncak ASK 2014 bakal menyaksikan persembahan nyanyian mantap yang merangkumi pelbagai genre muzik oleh DJ Fuzz, Dikir Warriors, Waris & Iwere (Dikir Barat), Azlan The Typewriter, Black & Hafiz (Balada), Stacy (Irama Malaysia) dan Ella (Jazz).



~~~ http://www.bharian.com.my/node/14129 ~~~

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 07:21 PM | Show all posts
tv3malaysia   TAHNIAH ! Mereka berjaya mara ke separuh akhir #MM29

1. dipintu syurga (Dayang Nurfaizah)
2. Rindukanlah (Encik Mimpi)
3. ayuh tinggalkan dia (Encik Mimpi)
4. aku juga manusia (Amir Jahari)
5. dia yang kau pilih (Faizul Sany)
6. Matahari (Hafiz)
7. Gadis Jolobu (Dato Hattan & Waris)
8. Arjuna Beta (Fynn Jamal)
9. pasti sempurna (Kristal & Ronnie)
10. Kau pergi jua (Iamneeta & Najwa Latiff)
11. Infiniti Cinta (Zizan & Kaka)


Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 07:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 07:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 07:32 PM | Show all posts
taukejambu   #Chill #ngeteh kita minum duluuuu @hafizsuip #FFM26  3h


Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 07:36 PM | Show all posts
catering_bukitchedang   Selamat menjamu selera Hafiz  #ffm26 #astro #hafiz #af #luncheon #catering #seremban #finas  4h


Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 07:41 PM | Show all posts
officialhafizfc   @hafizsuip di @loulpopstudio untuk temubual dengan @studioh_my

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 07:42 PM | Show all posts
officialhafizfc   @hafizsuip di @loulpopstudio untuk temubual dengan @studioh_my

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 07:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 07:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 07:50 PM | Show all posts
Hafiz, Krisdayanti bakal berduet


JOSAFRI (kiri) bersama Hafiz dan Krisdayanti (dua dan tiga dari kiri) pada sidang akhbar di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Hafiz Suip atau Hafiz diumumkan sebagai artis jemputan yang bakal bergandingan dengan Krisdayanti menerusi konsert sulungnya, Krisdayanti Live In KL 2014 yang akan diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 November depan.

Pengarah Urusan One Drop Perfumes, Datuk Seri Josafri Johari berkata, pemilihan pemenang ka­tegori Album Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-20 itu dibuat berdasarkan cadangan yang disuarakan oleh peminat menerusi akaun Facebook rasmi One Drop Perfumes sejak bulan lalu.

“Setelah mendapat lebih 20,000 cadangan oleh pengikut di Facebook, kami bersepakat untuk mengundang Hafiz sebagai artis jemputan bergandingan dengan Krisdayanti.

“Mengambil kira pencapaiannya dalam bidang muzik serta ke­upayaan vokal yang mantap, saya ya­kin Hafiz mampu memukau penonton menerusi persembahannya nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar konsert berkenaan di Hotel Royale Chulan di sini semalam.



~~~ kosmo.com.my ~~~
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
blackberry90 posted on 31-10-2014 07:50 PM
Hafiz, Krisdayanti bakal berduet



betul telahan ku...KD pilih Hafiz...buat elok2 ye Hafiz kat konsert nanti...ambil peluang utk lebarkan penguasaanmu...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
blackberry90 posted on 24-10-2014 08:54 PM
Ini dia komen Dato Ramli MS kat Majalah Nona Edisi Oktober 2014....



A,ah perasan jgk...lame x nmpk hafiz kat nasi lemak kopi o @ mhi..biasa ade kalu single br mesti ade kan hafiz..huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.148327 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list