CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ibnur

Soal Jawab Agama

   Close [Copy link]
Post time 4-7-2012 03:23 AM | Show all posts
salam forumner cari....
saya ada satu soalan yg simple. Malu mau tanya. Di internet saja sudah banyak ditanya.

  1. Q: Apa hukum orang yg tidak memaafkan orang lain?
Copy the Code


(kalau tanya ni di tmpt lain, end up penanya dinasihati supaya memaafkan. Cuma:saya bukan sedang proses
memaafkan atau meminta maaf...maafkan itu terbaik. Cuma tidak tau jawapan hukumnya itu bagaimana... samada:
Berdosa kah, hukumnya tidak maafkan...atau Tidak berdosa kah, utk tidak memaafkan.
Maaf bukan mau menyinggung tuan! Tapi ada orng perlu jawapan lurus dan jelas seperti saya yg jahil ini...harap dapat ditunjuki)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2012 11:56 AM | Show all posts
salam forumner cari....
saya ada satu soalan yg simple. Malu mau tanya. Di internet saja sudah bany ...
amukgemuk Post at 4-7-2012 03:23



Ni dari ilmu2 yg saya kutip dari kuliah2 agama yg saya join.

Tidak berdosa dan tidak "wajib" memaafkan TETAPI bersedialah:

1. Di akhirat nanti kita akan berhadapan dengan orang yg kita tak maafkan di mahkamah Allah. Khuatir-khuatir dalam perbicaraan itu, kita kalah maka segala amalan2 kebaikan kita akan pergi kepada orang yang memohon kemaafan tersebut dan kita dapat segala dosa2 yang ditanggung orang yg meminta maaf. Jika kita khuatir menjadi umat "muflis" macam ni, baiklah sama2 memaafkan di dunia supaya kita tak perlu masuk court akhirat.

2. Jika kita mengaku orang Islam, muslim dan mahu ikut ajaran Rasulullah, Rasulullah adalah manusia yang paling pemaaf. Sahabat2 baginda tidak meletakkan hukum sunat, wajib, makruh atas segala perbuatan Rasulullah. Motto mereka ialah samiagna wa ato'na. Depa ikut saja apa yg Rasululllah buat.

Untuk kedua-dua perkara di atas, memang ada dalil dari Quran dan hadith untuk menyokong menjadi manusia yg pemaaf tu lagi baik dalam Islam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2012 10:44 AM | Show all posts
as salam...sy ada 2 soalan nk tanya :
1) berkenaan ank tdk sah taraf...sah ke perkahwinan ank tdk sah taraf yg berbin/binti nama bapak bkn ABDULLAH?dlm kes ni,ibu kandung dgn ayahnya tdk pernah berkahwin...

2)boleh ke ayah yg tdk solat menjadi wali utk ank perempuannya?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 11:52 AM | Show all posts
Reply 1864# awek_ganu


sah asal ikut semua rukun bagi anak yg tak taraf, terutama dengan menggunakan wali hakim. Tiada apa ada pada nama asal walinya addalah yg sepatutnya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 02:56 PM | Show all posts
Reply 1865# baulu

tima kasih baulu....
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2012 08:05 PM | Show all posts
assalamualaikum...boleh ke sy baca al-Quran milik org lain tanpa memberitahu tuannya?
housemate baru sy ad tinggalkan dalam bilik tapi sy tak dapat nak bagi tahu sebab dia dah balik rumah...mohon pencerahan..tq
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2012 01:30 PM | Show all posts
assalamualaikum...boleh ke sy baca al-Quran milik org lain tanpa memberitahu tuannya?
housemate baru sy ad tinggalkan dalam bilik tapi sy tak dapat nak bagi tahu sebab dia dah balik rumah...mohon pencerahan..tq
nirhab90 Post at 15-7-2012 20:05


Salam...

Kenapa takde Quran sendiri ke?

Beritahulah dia... sms.. phone... sekarang zaman dah canggih kan....??

Kalau tak dapat beritahu juga, dan membuak-buak semangat nak baca Al-Quran tu baguslah.... cuma pastikan letak pada tempatnya dan kalau ada tanda jangan ubah.... juga usahakan dapat naskhah Al-Quran untuk diri sendiri...

Semoga bermanfaat (kalau Al-Quran tu diletakkan pada tempat yang agak peribadi harap tidak diambil)
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 12:11 PM | Show all posts
Bomoh tu satu bangang jugak, nak buat jenaka pun tengok lah orang tu kuat iman ke idak.
Ni cakap separuh separuh..
rdzaccess Post at 17-6-2012 18:11



    rd.. nape komen bomoh tu cakap separuh? share le..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2012 12:33 PM | Show all posts
Reply 1860# lindos


   Hukum mengubah ciptaan Allah swt asalnya adalah haram,namun beberapa ulama' mengharuskan di atas beberapa sebab.

Keharusan adalah berdasarkan merawat,bukan mengubah.


Contoh wanita yang hidungnya  teramat penyek dan ia menjadi keaiban akibat dicerca dan diaibkan manusia kerana bentuk hidungnya amat bersalahan dengan manusia normal..Maka pembedahan hidung atas maslahat mengelakkan  penghinaan dan kejian manusia dibolehkan.Namun jika seseorang yang memang sengaja memancungkan hidung sdgkan hidungnya telah sempurna seperti mansuia biasa,maka ia adalah haram.


Contoh kedua adalah akibat penyakit.Contohnya gigi seseorang yang tumbuh tidak sekata dan menggunakan pendakap gigi untuk meratakan gigi sebagaimana manusia normal.Ia dibolehkan.


Contoh ketiga adalah seperti menggunakan rawatan membuang jeragat di muka.Jeragat adalah sejenis penyakit yang menyebabkan seseorang hodoh terutama bagi wanita.Maka membuang jeragat bukanlah mengubah ciptaan Allah.


Contoh keempat adalah manusia yang normal namun cedera akibat kemalangan hingga menghodohkan wajah dan tubuh badan mereka,maka pembedahan plastik dilakukan bagi mengembalikan sifat asal.ia juga bukanlah mengubah ciptaan Allah swt.


Berbeza dengan pembedahan plastik untuk mencantikkan dagu yang sudah sempurna dan seperti manusia normal,membedah hidung supaya ia lebih mancung maka ia jelas haram.


Berbalik dengan soalan memakai peralatan yang Puan/Cik  katakan,ia bukanlah mengubah ciptaan Allah namun merawat muka untuk membuang lemak dagu dan sebagainya.Lemak yang banyak dan padat mungkin menghodohkan seseorang wanita.Begitulah dengan pelbagai peralatan slimming body yang banyak dipakai wanita untuk mencantikkan badan .Ia bukanlah mengubah ciptaan Allah.


Islam adalah agama sempurna dan sukakan kecantikan .Nabi saw bersabda "Sesungguhnya Allah itu cantik dan menyukai keindahan".


Jika ditakrif menggunakan peralatan membuang lemak dagu dikatakan haram,maka bagaimana dengan wanita gemuk dan berlemak melampau,adakah ia HARAM  memakai slimming body untuk merampingkan badan bagi memikat hati suami?Maka isteri membiarkan badan gemok ,hodoh dan menyebabkan suami pun bosan?Islam adalah agama yang sentiasa menggalkkan umatnya menjadi manusia cantik dan tampan.Islam tidak pernah menggalakkan manusia menjadi hodoh,selekeh dan berbau hapak.


Suami mahukan isteri menjaga kecantikan,bukan sahaja kecantikan wajah,malah kecantikan tubuh badan hatta alat kelamin.Penggunaan manjakani,senaman urutan V,bukanlah mengubah ciptaan Allah tapi mahu merawat dan mencantikkan tubuh badan.




Kajian telah dilakukan terhadap pelacur di Thailand,mengenai ramainya pelanggan sanggup membayar hingga RM1000 semalam. Mereka menjaga pemakanan dan kesihatan hingga body solid dan montok,serta sering mengamalkan senaman kemutan bagi mencantikkan alat kelamin dan tidak bolos walaupun sudah beranak pinak.Mereka pelacur menjaga penampilan diri untuk wang,mengapa tidak isteri yang ada suami sah menjaga penampilan sebaik mungkin demi suami tersayang?


Sepatutnya seorang isteri belajar bagaimana membuang jeragat,mencantikkan badan dan ramping,mengetatkan alat kelamin bagi kepuasan dan kenikmatan suami.Melakukannya bukanlah salah dalam Islam.


Lihatlah isteri pada hari in..mereka bersolek amat cantik dan berwangian bila keluar rumah,namun hanya berbatik kusam,berbau ikan pabila di rumah.Ini bukanlah ajaran islam.Begitulah juga sang suami yang kusut masai di rumah.


Abdullah bin Abbas r.a sentiasa menjaga penampilan baik dan tampan bila di rumah.Bila ditanya,katanya jika isteri aku sentiasa cantik dan menghias diri untukku,mengapa aku tidka lakukan perkara sama?




Cuba baca pendapat ulama' ini :




Hukum pembedahan plastik ada yang mubah dan ada yang haram. Pembedahan plastik yang mubah adalah yang bertujuan untuk memperbaiki cacat sejak lahir (al-'uyub al-khalqiyyah) seperti bibir sumbing, atau cacat yang datang kemudian (al-'uyub al-thari`ah) akibat kecelakaan, kebakaran, atau semisalnya, seperti wajah yang rosak akibat kebakaran/kecelakaan. (M. Al-Mukhtar asy-Syinqithi, Ahkam Jirahah Al-Thibbiyyah, hal. 183; Fahad bin Abdullah Al-Hazmi, Al-Wajiz fi Ahkam Jirahah Al-Thibbiyyah, hal. 12; Hani` al-Jubair, Al-Dhawabith al-Syar'iyyah li al-'Amaliyyat al-Tajmiiliyyah, hal. 11; Walid bin Rasyid as-Sa'idan, Al-Qawa'id al-Syar'iyah fi al-Masa`il Al-Thibbiyyah, hal. 59).

Pembedahan plastik untuk memperbaiki cacat yang demikian ini hukumnya adalah mubah, berdasarkan keumuman dalil yang menganjurkan untuk berubat (al-tadawiy). Nabi SAW bersabda,"Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, kecuali Allah menurunkan pula ubatnya." (HR Bukhari, no.5246). Nabi SAW bersabda pula,"Wahai hamba-hamba Allah berubatlah kalian, kerana sesungguhnya Allah tidak menurunkan satu penyakit, kecuali menurunkan pula ubatnya." (HR Tirmidzi, no.1961).

Adapun pembedahan plastik yang diharamkan, adalah yang bertujuan semata untuk mempercantik atau memperindah wajah atau tubuh, tanpa ada hajat untuk pengubatan atau memperbaiki suatu cacat. Contohnya, operasi untuk memperindah bentuk hidung, dagu, buah dada, atau operasi untuk menghilangkan kerutan-kerutan tanda tua di wajah, dan sebagainya.

Dalil keharamannya firman Allah SWT (ertinya) : "dan akan aku (syaithan) suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka mengubahnya". (QS An-Nisaa` : 119). Ayat ini datang sebagai kecaman (dzamm) atas perbuatan syaitan yang selalu mengajak manusia untuk melakukan berbagai perbuatan maksiat, di antaranya adalah mengubah ciptaan Allah (taghyir khalqillah). Pembedahan plastik untuk mempercantik diri termasuk dalam pengertian mengubah ciptaan Allah, maka hukumnya haram. (M. Al-Mukhtar asy-Syinqithi, Ahkam Jirahah Al-Thibbiyyah, hal. 194).


Selain itu, terdapat hadis Nabi SAW yang melaknat perempuan yang merenggangkan gigi untuk kecantikan (al-mutafallijat lil husni). (HR Bukhari dan Muslim). Dalam hadis ini terdapat illat keharamannya, iaitu kerana untuk mempercantik diri (lil husni). (M. Utsman Syabir, Ahkam Jirahah At-Tajmil fi Al-Fiqh Al-Islami, hal. 37). Imam Nawawi berkata,"Dalam hadis ini ada isyarat bahawa yang haram adalah yang dilakukan untuk mencari kecantikan. Adapun kalau itu diperlukan untuk pengubatan atau kerana cacat pada gigi, maka tidak apa-apa." (Imam Nawawi, Syarah Muslim, 7/241). Maka dari itu, pembedahan plastik untuk mempercantik diri hukumnya adalah haram.


Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut : "Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, maka ketika itu adalah tidak berdosa orang untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran" (Al-Halal wal Haram Fil Islam )


Ya Allah,Ya Ghaffar ,ampunkan daku jika tersalah dan tersilap memberikan pandangan ini.....


Segala kesempurnaan adalah milik Allah swt,manakala kelemahan adalah milikku yang amat naif dan daif...



Wallahu a'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 05:14 PM | Show all posts
Last edited by zircon on 23-7-2012 05:18 PM \n\nsalam ramadhan smua..

smpna bulan rmadhan nih zircon nk tny..mak zircon pny cakap kalu mandi lepas asar puasa makruh..sbb zircon penah cari kat internet dlm web tu ckp Rasullulah pun penah kumur2 n basahkan kepala..rujukan http://nurkehidupan85.blogspot.c ... -asar-di-bulan.html

sejauh mane kebenarannye?
terima kasih ;)
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 04:54 PM | Show all posts
Last edited by mnm77 on 24-7-2012 04:56 PM \n\n
zircon posted on 23-7-2012 05:14 PM
Last edited by zircon on 23-7-2012 05:18 PM \n\nsalam ramadhan smua..

smpna bulan rmadhan nih zi ...

Salam...

Tak pulak pernah dengar mandi lepas Asar tu makruh.... cuma mungkin mak anda nak nasihatkan anda supaya tidak meringankan posa dengan mandi (dapat sejuk badan ). Kalau mujahadah lebih... pahala pun InsyaAllah lebih... mungkin itu 'signal' mak anda kot....

WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 08:36 PM | Show all posts
mnm77 posted on 24-7-2012 04:54 PM
Last edited by mnm77 on 24-7-2012 04:56 PM \n\n
Salam...

terima kaseh ;)

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 05:19 AM | Show all posts
zircon posted on 23-7-2012 05:14 PM
Last edited by zircon on 23-7-2012 05:18 PM \n\nsalam ramadhan smua..

smpna bulan rmadhan nih zi ...

Tidak benar kenyataan yang mengatakan makruh hukumnya mandi selepas waktu Asar semasa menjalani ibadat puasa. Malah membasahkan kepala dan berkumur-kumur pernah dilakukan oleh Nabi saw dan para sahabat untuk meredakan rasa hawa kepanasan (menyejukkan). Diriwayatkan dari salah seorang sahabat ra :-


رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُبُّ عَلَى رَأْسِهِ الْمَاءَ وَهُوَ صَائِمٌ مِنْ الْعَطَشِ أَوْ مِنْ الْحَرِّ
“Aku melihat Rasulullah saw menuangkan air diatas kepalanya semasa beliau sedang berpuasa kerana kehausan atau kepanasan” -[Hadith riwayat Abu Daud #2365, dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albani didalam Sahih Abi Daud]
Didalam ‘Awn al-Ma’bud menyatakan bahawa ini bermakna dibenarkan oleh syara’ bagi seseorang yang sedang berpuasa melegakan dirinya dengan cara menuangkan air dikepala atau dikeseluruhan badannya. Tegasnya :


وَقَدْ ذَهَبَ إِلَى ذَلِكَ الْجُمْهُور وَلَمْ يُفَرِّقُوا بَيْن الاغْتِسَال الْوَاجِبَة وَالْمَسْنُونَة وَالْمُبَاحَة
“Ini adalah pandangan jumhur, dan mereka tidak membezakan diantara mandi yang wajib atau yang digalakkan atau dibenarkan”


Syeikh al-Qaradhawi didalam Fiqh Shiyaam memetik beberapa catatan Imam al-Bukhari didalam kitab sahihnya (Bab Mandinya orang berpuasa) dan salah satu catitan tersebut menceritakan bahawa:-


ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ثَوْبًا فَأَلْقَاهُ عَلَيْهِ وَهُوَ صَائِمٌ


“Ibn Umar pernah membasahkan pakaian dan melekapkan/menampal pada dirinya semasa dia sedang berpuasa.”
Dari hadith dan amalan para sahabat jelas menunjukkan Islam membenarkan umatnya melegakan diri dengan membasahkan kepala atau mandi bagi tujuan menyejukkan badan dan mengurangkan kehausan. Malah jika dikaji dengan teliti, banyak lagi kemudahan yang Islam berikan kepada umatnya bagi membantu mereka melakukan ibadat berpuasa dengan sebaik mungkin.

Rujukan :


1. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Fiqh al-Shiyaam : taisir al-fiqh fi dhau’ al-Quran wa al-Sunnah. cetakan ke 3 : Beirut : Mua’asasah al-Risalah, 2001. ms 94.

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 04:42 PM | Show all posts
as-salam,

sy sekarang ni tgh mengandung dan puasa tahun lepas ada sehari sy x dpt ganti di sebabkan sy tgh mabuk teruk.
berapakah fidyah yg perlu untk sehari puasa tu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 03:51 AM | Show all posts
akudancinta posted on 25-7-2012 04:42 PM
as-salam,

sy sekarang ni tgh mengandung dan puasa tahun lepas ada sehari sy x dpt ganti di sebabk ...

[size=11.199999809265137px]HUKUM BERPUASA BAGI WANITA HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK

[size=11.199999809265137px]Menurut hukum syara‘ perempuan yang hamil sekalipun hasil dari perzinaan dan perempuan yang menyusukan anak (murdhi‘) walaupun anak itu kepunyaan orang lain disebabkan menderma atau diupah, adalah diharuskan bagi mereka untuk berbuka puasa semata-mata kerana dua perkara tersebut.


[size=11.199999809265137px]Sekalipun demikian, persoalan lain yang timbul, apakah hukum yang berbangkit dari berbuka puasa itu? Adakah diwajibkan ke atas mereka qadha atau lain hukum mengenainya?


[size=11.199999809265137px]Dalam hal ini para fuqaha telah merumuskan hukum-hukum mengenainya. Rumusan hukum dan perbincangan mereka lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang menyebabkan mereka berbuka puasa.


[size=11.199999809265137px]Tetapi jika mereka berbuka puasa kerana takut akan kemudaratan kepada anak yang dalam kandungan atau anak yang disusukan itu sahaja, maka wajib ke atas mereka membayar fidyah dan juga qadha pada tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkannya itu.


[size=11.199999809265137px]Jika mereka berbuka puasa kerana takut akan timbul kemudaratan atas diri mereka atau kedua-duanya iaitu takut ke atas diri mereka dan anak yang dalam kandungan atau anak yang disusukan, maka wajib ke atas mereka mengqadha puasa yang ditinggalkan itu tanpa wajib mengeluarkanfidyah.


[size=11.199999809265137px]Jika perempuan yang hamil atau perempuan yang menyusukan anak (murdhi‘) itu sedang dalam musafir ataupun sakit, lalu mereka berbuka puasa dengan berniat rukhshah (kelonggaran) atas sebab musafir atau sakit, bukan kerana takut akan kemudaratan kepada anaknya, maka diwajibkan ke atas mereka mengqadha puasa itu tanpa membayar fidyah di hari-hari puasa yang ditinggalkan ketika musafir itu.


[size=11.199999809265137px]Dalam keadaan musafir atau sakit, jika hamil atau yang menyusukan anak (murdhi‘) berbuka kerana takut akan kemudaratan anaknya dan bukan berbukanya itu atas rukhshah musafir atau sakit, menurut pendapat yang ashah dia juga tidak diwajibkan membayar fidyah. Sebagaimana tidak diwajibkan membayar kaffarah kepada orang musafir yang sampai ke kediamannya ketika siang hari puasa, lalu dia melakukan persetubuhan di siang hari itu bersama isterinya yang tidak berpuasa disebabkan baru bersih dari haidh atau nifas di siang hari itu juga. (Al-Majmuk: 6/272&375)


[size=11.199999809265137px]Berkait dengan hukum ini, ingin juga dijelaskan apakah dia fidyah kerana meninggalkan puasa itu? Kepada siapakah ia diserahkan dan bagaimanakah melaksanakannya?


[size=11.199999809265137px]Fidyah ialah denda atau tebusan yang dikenakan kepada orang Islam yang melakukan beberapa kesalahan tertentu dalam ibadah. Ia juga merujuk kepada menebus ibadah (kerana uzur dan disyariatkan), dengan memberi sedekah kepada fakir miskin berupa makanan yang mengenyangkan.(Ensiklopedia Islam 3:264)


[size=11.199999809265137px]Adapun makna fidyah dalam hal puasa ialah bayaran denda kerana tidak berpuasa Ramadhan dengan sebab-sebab tertentu atau kerana melambat-lambatkan mengqadha puasa Ramadhan sehingga masuk Ramadhan berikutnya.


[size=11.199999809265137px]Jenis fidyah itu ialah sama seperti jenis zakat fitrah iaitu makanan asasi dan yang mengenyangkan bagi sesebuah negeri seperti beras. Kadar yang patut dikeluarkan ialah satu mudd (secupak) iaitu kira-kira lima belas tahil beras bersamaan 566.85 gram.


[size=11.199999809265137px]Pihak yang berhak menerima fidyah itu ialah orang-orang fakir dan miskin sahaja. Fidyah itu boleh diberi dengan lebih dari satu cupak kepada seorang miskin berlainan dengan kaffarah, kerana ia hendaklah satu cupak sahaja kepada setiap seorang miskin hingga enam puluh orang iaitu tidak boleh dua cupak untuk satu orang miskin bagi membayar kaffarah.


[size=11.199999809265137px]Membayar fidyah itu diharuskan selepas terbit fajar di hari puasa Ramadhan yang ditinggalkan kerana keuzuran seperti orang yang sakit yang tiada harapan untuk sembuh, orang yang terlalu tua yang tiada berdaya untuk puasa dan perempuan yang hamil dan murdhi‘. Walau bagaimana pun diharuskan juga mengeluarkan fidyah itu sebelum terbit fajar bagi hari yang dikeluarkan fidyah itu dan diharuskan juga mengeluarkan fidyah terlebih dahulu sebelum berbuka, akan tetapi hanyalah satu fidyah sahaja di hari berbukanya itu dan tidak harus mendahuluinya bagi hari kedua dia berbuka puasa. Begitu juga tidak diharuskan membayar fidyah sebelum masuk bulan Ramadhan.(Raudah At-Thalibin: 2/385)


[size=11.199999809265137px]WALLAHU A'LAM.


Jabatan Hal Ehwal Syariah

P/s : Tahun lepas hamil dan tahun ni hamil lagi????


Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 10:28 AM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 27-7-2012 03:51 AM
HUKUM BERPUASA BAGI WANITA HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAKMenurut hukum syara‘ perempuan yang hamil sek ...

tima kasih ats info ini

thn lepas x mengandung tp x smpt nk ganti puasa..
bulan 5 thn ni br mengnadung

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2012 09:26 AM | Show all posts
salam.

nak tanya sikit.

saya ada satu masalah. byk kali buat istikarah, jawapan ialah A. tapi saya tak ikut, dan saya buat sebaliknya iaitu B.

silap percaturan juga sebab buat B yg mengundang seribu macam masalah.

skrg ni adakah terlewat untuk saya membuat A? adakah A tidak lagi menjadi arah hidup saya? atau saya patut tawakal dan lakukan A?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 01:11 PM | Show all posts
soalan saya adakah wajib utk meraikan hari raya aidilfitri..sy musykil bila ada seseorang telah memberitahu bg dia raya xde ape yg istimewa..biasa2 je..bagai mana sy harus memberi jawapan kepada dia sedangkan dia seorang yg sgt rapat dgn saya..bantu saya
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 04:46 PM | Show all posts
saraieda posted on 2-8-2012 01:11 PM
soalan saya adakah wajib utk meraikan hari raya aidilfitri..sy musykil bila ada seseorang telah memberitahu bg dia raya xde ape yg istimewa..biasa2 je..bagai mana sy harus memberi jawapan kepada dia sedangkan dia seorang yg sgt rapat dgn saya..bantu saya

Salam..

Persoalannya bukan hukum, tetapi hakikat Hari raya itu apa maknanya....?

Sudah tentu ada orang yang tak dapat merayakan dengan kegembiraan akibat musibah... dalam kes macam ni tak boleh nak bagi hukum wajib meraikan....

Hari Raya tu umpama Hari Kemenangan... keampunan yang dijanjikan dari Ibadah Puasa Ramadhan.... kita lihat balik Sunnah...

Diraikan dengan Takbir kesyukuran... ziarah menziarahi sanak saudara...sahabat ... jiran...  ada hikmah tidak dibenarkan berpuasa pada hari tersebut...

WAllahu a'lam

Last edited by mnm77 on 2-8-2012 04:48 PM \n\n
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 04:56 PM | Show all posts
sesenjek posted on 1-8-2012 09:26 AM
salam.

nak tanya sikit.
saya ada satu masalah. byk kali buat istikarah, jawapan ialah A. tapi saya tak ikut, dan saya buat sebaliknya iaitu B.

silap percaturan juga sebab buat B yg mengundang seribu macam masalah.

skrg ni adakah terlewat untuk saya membuat A? adakah A tidak lagi menjadi arah hidup saya? atau saya patut tawakal dan lakukan A?

Salam...

A atau B ni pilihan apa ya? Kerja? Pasangan hidup?

Apapun, kalau ada masalah, minta mohon petunjuk dari Allah dalam apa2 masalah pun...  

Jika ada pilihan seterusnya bolehlah buat istikharah... istikharah tu minta petunjuk untuk tetapkan hati bila ada pilihan yang kita tak tahu yang mana lebih baik....

Bila ada pilihan yang kita tak pasti buatlah istikharah.... soal yang lepas tu mohon ampun dan mohon petunjuk dari Allah sekiranya kita dapat tahu yang kita dah buat pilihan yang silap...

Allah Maha Pengampun

WAllahu a'lam







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.123944 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list