CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: selimutpurple

#Johoreans White House @ Jom Moyan!# edisi ke-2

[Copy link]
Post time 29-3-2010 01:02 AM | Show all posts
still bekerja ag till 3am...waduhhhhhhhhhhhhh
selimutpurple Post at 29-3-2010 00:47


still kt futsal ke?
ctu mmg ttp kul 3 ke?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2010 01:03 AM | Show all posts
ade cimut n cahaya je ke kt umah ni?
jenguk jap..
takut korang kna tngkap khalwat lak..
fara_5836 Post at 29-3-2010 01:02

huhu.. jaij cuti... hujung minggu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2010 01:04 AM | Show all posts
still kt futsal ke?
ctu mmg ttp kul 3 ke?  
fara_5836 Post at 29-3-2010 01:02

yup... teje baru tu x tau ag dapat x... heheh
x der la fara...kalau ader owang cimut teje til depa x mo main.. ehhe.. kalau sampai kol 5am pon penah tau...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2010 01:07 AM | Show all posts
nak share ceriter yang cimut dapat dari email atdi... huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2010 01:07 AM | Show all posts
Pahala Terakhir Seorang Isteri.....sedihnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2010 01:07 AM | Show all posts
Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini. Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapananda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-3-2010 01:07 AM | Show all posts
Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata untuk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 01:07 AM | Show all posts
nak share ceriter yang cimut dapat dari email atdi... huhu
selimutpurple Post at 29-3-2010 01:07


cite pe?
best x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2010 01:08 AM | Show all posts
Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentinganmasing-masing. Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2010 01:09 AM | Show all posts
Hari itu merupakan hari
bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari tu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah.Penat dan letih tidak dapat digambarkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2010 01:09 AM | Show all posts
Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat.Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu.Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2010 01:09 AM | Show all posts
Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2010 01:09 AM | Show all posts
Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agartidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur. Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alammimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya. Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2010 01:10 AM | Show all posts
Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2010 01:10 AM | Show all posts
Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meinta maaf daripadanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2010 01:10 AM | Show all posts
Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2010 01:12 AM | Show all posts
Sehingga kini,setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya ... semoga Allah perkenankannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2010 01:14 AM | Show all posts
cite pe?
best x?
fara_5836 Post at 29-3-2010 01:07

dah post tu...baca k... ahha.. kekadang cimut suka kompol ceriter2 macam njie... tauladan  n sepadan hidup....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2010 01:16 AM | Show all posts
nie lak ceriter tentang seorang tua dengan 3 orang anaknya... hheheheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2010 01:16 AM | Show all posts
Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yang sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.058097 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list