CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANDAINYA KAU JADI MILIKKU ( rating U)

   Close [Copy link]
Post time 3-6-2010 10:22 AM | Show all posts
terharunya...... bestnya jadi Lala......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2010 10:31 AM | Show all posts
best sgt...sambung lg smiley...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 10:42 AM | Show all posts
juna, sambung cepat2 tau.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 10:54 AM | Show all posts
amboi yem.. bkn main lg ye..
juna.. nak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 11:28 AM | Show all posts
gatei bebenor hang ni yem,
erk.. pasal lala terkezut ko? tutup ler mulut hang tu
biru mata lala nengok banglo besaq gedabaq tu
{:3_84:}awat yem meleleh ayaq hidung tu,
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 04:44 PM | Show all posts
juna....sambung lagi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2010 05:22 PM | Show all posts
JUNA ARINI TAKDE LAGI
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2010 05:33 PM | Show all posts
“ Jom keluar lunch dengan I” Adham berdiri di kubikel Najlah. Jarinya mengetuk belakang kerusi isterinya. Boleh di kira di sebelah tangan berapa kerap mereka makan bersama. Selalunya jadual mereka tidak mengizinkan. Jauh di sudut hatinya Najlah lega . Takut cepat boring kalau 24/7 asyik bersama. Lagipun dia perlukan masa untuk girl’s talk dengan Tasha.

“ Aa… kejap ya. I habiskan ni dulu.” Najlah senyum pada Adham sebelum terus melakar corak pintu utama clubhouse Teluk Kundang Golf Club.

“ Cepat lah sayang, I dah lapar. Pukul 2 nanti I dah kena ada di Shah Alam”

Haila cik abang aku ni… tak sempat sempat. Pagi tadi dah bedal nasi goreng, roti bakar dan scrambled eggs.

“Okay… okay, let’s go.” Najlah meregang tubuh yang lenguh sebab sudah berjam jam tak menukar posisi duduk.

“ Nak makan kat mana? Nak pergi jauh atau dekat dekat sini saja”  tanya Najlah sebaik sampai ke bawah. Adham melonggarkan tali lehernya.

“ Tak sempat lah nak pergi jauh. Kita makan Tom Yam kat kedai Siam House, okay with you?” Tangan Najlah di pegang sambil melintas jalan.

“ Yes… okay sangat. I pun dah lama teringin nak makan tomyam. Tasha tak suka Thai Food”  Najlah terkial kial cuba melepaskan jarinya dari genggaman Adham.

“ Nak pegang tangan pun tak boleh?”

Apalah.. tengah jalan pun nak romantic. Selama ni aku lintas jalan seorang diri okay jer.

“ Seganlah. Orang semua pandang. “

“ So? Bukan kita buat dosa. I pegang tangan wife I. Kalau I nak peluk pun siapa tak boleh halang”

“ Aaa… jangan mengada” Najlah menaikkan jari telunjuk “ Dulu I selalu kutuk pasangan yang suka  melekat macam belangkas  jadi sekarang I tak nak buat macam tu.”

Dengan selamba Adham memaut bahu Najlah “Dulu I selalu jeles tengok pasangan yang romantic. Pegang tangan, peluk peluk. Jadi sekarang I nak buat macam tu”

Macam macamlah Adham ni. Tapi aku tak patut kompelin. Sebenarnya aku bertuah dapat suami yang romantic.

Di hadapan Siam House mereka berselisih bahu dengan seorang lelaki yang sedang bergegas keluar.

“ Oops.. sorry. Minta maaf” ucapnya. Matanya membulat bila menyedari kehadiran Najlah

“ Norman”

“ Najlah”

kata mereka serentak. Adham menipiskan bibir. Gembira benar wajah lelaki itu bila pandang isteri aku.

“ Er… datang makan ?” tanya Norman berbasa basi. Lupa sebentar yang ada seorang lelaki di sebelah Najlah.. Terasa cuma dia dan Najlah berdua berada di situ walaupun ramai yang lalu lalang

“ Bodohnya soalan. Takkan datang tengok wayang kot” gumam Adham rendah. Kalau tak silap inilah lelaki yang Najlah jumpa di Melbourne. Naluri nya mengatakan si lelaki ni bukan menganggap Najlah kawan biasa. Adham sangat arif dengan gaya dia meraup rambut dan cara dia berdiri dengan mendepangkan dada. Gaya ayam jantan mengurat ayam betina. Dan aku Colonel Sanders yang akan goreng kau jadi KFC

“ A’ah… nak lunch “ Najlah menjengah mencari meja kosong. Restoran popular itu selalu penuh kalau lepas pukul 1.

“ Hi, I’m Norman” Tangan di hulur pada Adham yang tercegat dengan rasa sebal

“ Adham” Tangan mereka saling bergenggam sejenak. Norman memasukkan tangan ke dalam poket

“ Najlah, brooch you terjatuh dalam kereta I. I ingat lepas makan I nak ke ofis you untuk pulang kan balik. Ofis you kat depan sana kan..”

Adham bagai kerbau di kibas dengan kain merah di tengah gelanggang bull fighting di Sepanyol. Apa yang dia buat sampai brooch terjatuh dalam kereta mamat ni? Pembuluh darah di kepalanya rasa nak meletup

“ Thanks. I cari merata tak jumpa. Tak sangka jatuh dalam kereta you. Yem, I tumpang kereta Norman masa nak pergi Duta Nusantara hari tu” terang Najlah.

Adham mengetap rahang. Senang senang saja tumpang kereta lelaki lain. Tak bagi tahu aku pula tu. Nafasnya di tarik perlahan untuk menenangkan hati.

“ You berbual lah dengan dia. I nak balik ofis” datar suara Adham. Najlah terpinga pinga. Nada Adham bersahaja tapi menyembunyi api kemarahan yang meluap luap. Kecut hati perut melihat mata Adham yang mencerlung.

“ Kenapa? You tak nak makan kah? Tadi kata lapar?”  Dia memegang lengan Adham

“ I dah hilang selera.” Adham menepis tangan Najlah. Langkahnya panjang dan  pantas menuju ke ofis. Baru aku sedar, Norman tak tahu pun aku suami Najlah. Patutlah Najlah tak suka aku pegang tangan dia tadi. Ada  kekasih gelap dia di sini rupanya. Sampai hati kau selingkuh, Najlah Emina!

“ Kenapa dengan officemate you tu? Dia tak suka I berbual dengan you kah? Mesti dia ada apa apa dengan you.” Teka Norman memandang kelibat Adham yang makin jauh meninggalkan mereka.

“ Dia suami I”  Hati Najlah bagai nak luruh. Aku yang bersalah.

Norman terlopong memandang Najlah  berlari kecil melintas jalan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2010 05:43 PM | Show all posts
My God, Najlahhhhhhhhhhhhhh.....desyummmm
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 05:45 PM | Show all posts
ada lagi ke sikit-sikit lagi juna?, kalau ada apa salahnya...bagilah sikit..ehekkkk
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 05:46 PM | Show all posts
alamak....semua salah faham je

relaks la yem jangan emosi !
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 05:59 PM | Show all posts
juna...nk n3 lg....yem merajuk la tgk kemesraan norman dgn lala...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 06:03 PM | Show all posts
ooooo..puaslah Najlah nak pujuk Yem....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 06:15 PM | Show all posts
JUNA NK LAGIIIII
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 07:33 PM | Show all posts
abislah najlah...
tp nak wat cm ne dh terdesak sgt nak jmp client aka yem..
tpaksa la tumpang keta norman jap
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 08:09 PM | Show all posts
adushhhhhhhhh... pasni najlah pla kena pulun pujuk yem
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2010 08:39 PM | Show all posts
lala...bukan kah ktorg dh bagitau tipon yem dulu sblm naik keta norman...

klu nak wat lala eksiden masa kejar yem pun ok jugak...nanti yem xmarah tp lebey rasa bersalah sbb tinggal lala begitu aja..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2010 08:41 PM | Show all posts
ada lagi ke sikit-sikit lagi juna?, kalau ada apa salahnya...bagilah sikit..ehekkkk
cmf_blingblings Post at 3-6-2010 17:45


malam ni tarak
tgh fikir mcm mana nak buat jln cerita seterusnya
asyik gaduh pujuk gaduh pujuk.... boring karang
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 09:07 PM | Show all posts
malam ni tarak
tgh fikir mcm mana nak buat jln cerita seterusnya
asyik gaduh pujuk gaduh pujuk ...
sang_arjuna Post at 3-6-2010 20:41


cam cite hindustan..kenalah menari turun naik bukit ..tukar tukar baju....alahai yem ..merajok...sanggup berlapor...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 09:32 PM | Show all posts
'Gaya ayam jantan mengurat ayam betina. Dan aku Colonel Sanders yang akan goreng kau jadi KFC.....

smiley,,,, senyum hingga ke telinga, baca susunan ayat tu..
terbayang ayam jantan dengan balung merah, mengepak!

sambung lagi Smiley, buat babak Lala pujuk Yem..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.262369 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list