1-kdp - edry
2-luar biasa - audimok&zel firdhaus
3-pendam - sham kamikaze
4-cerita kita - sham kamikaze
5-dia yang kau pilih - sham kamikaze
6-????????? - shahir maybe
7- x tau berapa lagu nanti dalam album shahir
mungkin akhir jun album akan keluar....kalau xkeluar jugak jgn marah
motipppp nak menyerahkan diri pada shahir btw...bersedia dengan ker ...
redvictorinox Post at 28-5-2011 00:14
dah tengok karak petang tadi...mmg terangkat-angkat punggung sbb terkejut & seram....kesian zura pelok shahir tapi shahir tak dakap zura tapi terus tolak... first time tengok hero tak rangkul heroin cam awie dakap erra dulu....tapi sedih sbb nik mati zam nangis dalam panggung
Post Last Edit by hironakamura76 at 30-5-2011 16:13
TAHNIAH buat filem Karak arahan Yusry Abdul Halim kerana mencatat kutipan RM400,000 pada hari pertama tayangannya pada 26 Mei lalu.
Dalam kiriman SMS dihantar Norman Abdul Halim Jumaat lalu, bos besar KRU Studios itu mengucapkan kesyukuran atas kutipan yang dicatat Karak. Walaupun bersaing hebat dengan filem Hollywood, Kungfu Panda 2 dan Pirates Of The Caribbean serta filem tempatan, Nur Kasih dan Kongsi, sambutan terhadap Karak tetap hangat.
Kutipan itu menjadikan Karak filem terbitan KRU Studios kedua tertinggi untuk hari pertama tayangan di belakang Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), sekali gus mengatasi rekod Cicakman. Ini juga bermakna filem seram masih ada tempat di hati penonton.
Kejayaan diraih Norman bersama adik-adiknya, Yusry dan Edry cukup membanggakan. Bermula dengan kelainan pada muzik yang mereka tampilkan melalui trio KRU, mereka juga berjaya melahirkan artis muda yang punya kelainan seperti Elite, Ezlynn, Adam dan Stacy.
Kini mereka mengorak langkah dalam dunia penerbitan filem dengan keluar daripada resipi biasa pembikin filem Melayu dengan filem super hero melalui Cicakman, muzikal (Magika), epik (HMM) dan terbaru filem seram (Karak). Ini juga cubaan pertama Yusry mencuba genre seram.
Pada 6 Jun ini, KRU meraikan ulang tahun ke-19 dan satu majlis meraikannya akan diadakan di KRU Studios di Cyberjaya.
Semoga tahun-tahun akan datang tiga bersaudara ini terus memeriahkan industri hiburan kita dengan produk mereka yang membanggakan.