"Kami keluarkan air banjir guna pam, namun air tetap naik. Walaupun banjir sekitar rumah sudah surut selepas air dipam keluar, tiba-tiba air naik semula. Kami bimbang banjir termenung kerana kawasan ini antara berisiko.
"Walaupun tidak seteruk banjir besar sebelum ini, setiap kali hujan, rumah kami antara yang dinaiki air kerana bersebelahan Sungai Sembrong," katanya ketika ditemui.
Seorang lagi mangsa banjir, Asmah Jalani, 62, memberitahu dia bersama ibu, Rugayah Lamon, 85, masih berlindung di PPS memandangkan banjir tidak menunjukkan perubahan walaupun cuaca bertambah baik.
"Paras air dalam dan luar rumah tidak surut, kami tidak dibenarkan pulang ke rumah kerana bimbang air naik lagi. Memang cuaca bertambah baik, namun pihak berkuasa bimbang jika hujan, banjir mungkin kembali," katanya.
Faridah Jaslan, 64, bersama anak lelakinya yang juga orang kelainan upaya (OKU) pertuturan dan pendengaran, Mohd Kharruddin Ibrahim, 40, dipindahkan ke PPS dua hari lalu selepas rumah mula dinaiki air.
"Kami tawakal apa yang berlaku ketika ini kerana ini ujian Allah. Tadi saya bersama anak pulang untuk menjenguk rumah tapi ada penduduk beritahu, air masih naik.
"Sewaktu banjir besar, saya masih ingat air naik paras dada dengan barang dalam rumah berpusing-pusing disebabkan arus," katanya dari Kampung Parit Nipah Laut.
Setakat jam 2 petang tadi, jumlah mangsa banjir ditempatkan di PPS daerah ini kekal 17 orang dari Kampung Talang Bunut, Olak Batu dan Parit Nipah Laut.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1308640/kami-hairan-air-datang-dari-mana