CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ibnur

Soal Jawab Agama

   Close [Copy link]
Post time 7-8-2012 07:44 AM | Show all posts
dah lama sy nak lontarkan soalan ini...

- Apakah agama ayah, ibu dan datuk Nabi Muhammad?

- Masjid Al Aqsa pernah menjadi kiblat. Di masjid al aqsa, kita bersolat DIDALAM masjid tersebut dan bersujud ke satu arah. Berlainan dgn kaabah, kita bersolat DILUAR kaabah dan kita bersujud mengelilingi kaabah. Soalan saya, kearah manakah "kiblat" masjid al aqsa? Hala tuju sujud dari al aqsa itu jika terdapat penempatan dan jika org2 disitu bersembahyang berkiblatkan al aqsa, bukankan sujud kedua2 mereka akan "bertembung" ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2012 10:12 AM | Show all posts
system_failure posted on 7-8-2012 07:44 AM
dah lama sy nak lontarkan soalan ini...

- Apakah agama ayah, ibu dan datuk Nabi Muhammad?


Salam..

1. Persoalan ni kita serahkan kepada Allah yang Maha Mengetahui. Kepada ahlul hadith dan ahli sejarah yang menyetahui riwayat tentang agama ibu bapa serta datuk Nabi Muhammad SAW, itu urusan sebelum kedatangan syariat Islam Nabi Muhammad SAW, maka kita tidak akan dipersoal tentang agama mereka. Dalam susur jalur keluarga Nabi sendiri pun ada juga yang musyrik setelah seruan syariat Islam dibawa oleh Nabi sendiri. Dalam Al-Quran, Abu Lahab itu dilaknat, maka ini hal yang pasti tentang agama/aqidah/pegangan Abu Lahab yang bukannya Islam. Abu Lahab merupakan bapa saudara Nabi sendiri, anak kepada Abdul Muttalib yang merupakan datuk kandung Nabi sendiri. Berkaitan agama ibu, bapa dan datuk Nabi, maka kita serahkan kepada Allah...

- Masjid Al Aqsa pernah menjadi kiblat. Di masjid al aqsa, kita bersolat DIDALAM masjid tersebut dan bersujud ke satu arah. Berlainan dgn kaabah, kita bersolat DILUAR kaabah dan kita bersujud mengelilingi kaabah. Soalan saya, kearah manakah "kiblat" masjid al aqsa? Hala tuju sujud dari al aqsa itu jika terdapat penempatan dan jika org2 disitu bersembahyang berkiblatkan al aqsa, bukankan sujud kedua2 mereka akan "bertembung" ?

2. Kiblat sekarang ke Masjidil Haram. Kiblat lama dah terbatal.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 09:30 PM | Show all posts
mnm77 posted on 7-8-2012 10:12 AM
Salam..

1. Persoalan ni kita serahkan kepada Allah yang Maha Mengetahui. Kepada ahlul hadith  ...

Terima kasih...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 12:12 AM | Show all posts
system_failure posted on 7-8-2012 07:44 AM
dah lama sy nak lontarkan soalan ini...

- Apakah agama ayah, ibu dan datuk Nabi Muhammad?

- Apakah agama ayah, ibu dan datuk Nabi Muhammad?

Sejarawan islam seperti Ibnu Ishaq mengatakan zaman mereka adalah zaman Jahiliiyyah dan ada beberapa agama :

1.Nasrani.
2.yahudi.
3.Majusi.
4.Jahiliah (sembah patung )
5.Tiada agama.

Setelah Nabi Isa ,kemudian Nabi Mohamd saw.Antara jarak kedua-dua Nabi itu dikatakan zaman suci ( Mereka yang tidak dapat dakwah agama dibawa Nabi Isa,maka mereka diampunkan kerana dikira jahil )

Namun apabila dtg Islam dibawa Nabi Mohd saw,maka ramai org Majusi,Nasrani,Yahudi ,Jahiliyyah masuk islam.Antara penganut yahudi terkenal masuk Islam adalah Abdullah bin Salam dan beliau menjadi penulis surat Nabi saw kepada bangsa Yahudi.

Sebilangan ulama' mengatakan kedua-dua ibu dan bapa Nabi SAW sama ada beriman dengan peninggalan risalah rasul-rasul yang terdahulu ataupun tergolong dalam kalangan Ahlul Fatrah, iaitu mereka yang berada di zaman yang tiada rasul, menyebabkan mereka secara prinsipnya tidak akan diazab ( tidak masuk dalam Neraka )

Saidina Umar bin Abdul Aziz dilaporkan telah mengancam seorang pegawainya yang mengatakan ibu dan bapa Nabi SAW musyrik dengan hukuman dipotong lidahnya, dipotong tangan dan kakinya dan dipancung kepalanya. Lalu pegawai itu dilarang memegang apa-apa jawatan sepanjang khilafahnya.(Tarikh Ibn 'Asakir).


sumber :

karangan Imam al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti, Masalik al-Hunafa dan al-Ta'dzim wal Minnah, kitab al-Hujaj al-Wadhihaat karya ulama' Makkah, Al-'Allamah Sayyid Ishaq Azzuz, kitab Sadad al-Din oleh Imam al-Barzanji, kitab Hadyu al-Nairain karya al-Allamah Prof.Dr.Judah al-Mahdi dari Universiti al-Azhar Mesir dan fatwa Mufti Mesir, Al-Syeikh Dr.Ali Jum'ah dalam koleksi fatwanya, al-Bayan .


Wallahua'lam................




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 04:50 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 9-8-2012 12:12 AM
- Apakah agama ayah, ibu dan datuk Nabi Muhammad?

Sejarawan islam seperti Ibnu Isha ...


terima kasih...




jadi, bolehkah dianggap zaman skrg nie sbg zaman jahil (kerana ketiadaan nabi) ?

jarak selepas kewafatan nabi muhammad sehingga ke hari ini ialah 1433 tahun..

statistik dunia mengatakan kristian sbg agama terbesar, tetapi hakikatnya majoriti manusia sekarang adalah Ateist.

Bolehkah dianggap mereka sebagi jahil / lost / keliru / tidak yakin atau apa2 sahaja kerana ketiadaan nabi?



Senarionya sama seperti ini:

Andaikata kita dilahirkan pada tahun 1500 (sebelum melaka ditubuhkan).
Kerajaan melayu terkuat ketika itu adalah Sri-vijaya (Seri Berjaya).
Agama yg dianuti ramai ketika itu adalah Budha mazhab Mahayana.
Ahli keluarga kita beragama budha.
Tiada sesiapapun yg bernama Ahmad, Ali, Abu dll....

Islam telahpun lama wujud ketika itu, cuma raja2 Srivijaya masih beragama Budha dan pegangan masyarakat melayu yg taat kpd rajanya adalah penyukar utk mereka mengingkari / berpaling tadah.

Tetapi selepas Raja Parameswara memeluk Islam, adakah boleh dikatakan masyarakat sebelum era Raja Parameswara dianggap jahil dan diampunkan dosa2nya?
Last edited by system_failure on 9-8-2012 04:56 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 04:55 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 9-8-2012 12:12 AM
- Apakah agama ayah, ibu dan datuk Nabi Muhammad?

Sejarawan islam seperti Ibnu Isha ...




hmm,
bila terbaca no3 tentang agama majusi tu, tetiba aku teringat kpd Nabi Zarathusthra (sesetengah mendakwa baginda adalah dlm 315 orang rasul)..
Terus teringat pulak kat salah seorg pengikutnya yg juga seorg nabi serta memegang jawatan raja dan penakluk kepada dua dunia, dan baginda mendapat gelaran didalam al quran sebagai Zulqarnain.


Asalnya api digunakan sebagai simbol perpaduan kpd ummat Nabi Zarathusthra, tetapi akhirnya menjadi terpesong dan memberontak selepas kewafatan Raja (Nabi) Kurush yg memerintah dunia ketika itu.

Mereka adalah bangsa yg gagah serta sgt pintar tetapi sayangnya telah terpesong akidah dan menyembah api...
Ketinggian ilmu mereka boleh digambarkan apabila mampu menghidupkan api yg tak dpt dipadamkan sehingga beribu2 tahun..

tetapi sygnya mereka kini telah kufur...



p/s: teringat peristiwa Raja Kurush yg menerima wahyu dari Ilahi dan diajarkan kpdnya membuat tembok binaan yg terkuat didunia bagi mengurung yakjuj dan makjuj..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2012 05:28 PM | Show all posts
system_failure posted on 9-8-2012 04:50 PM
terima kasih...

Tetapi selepas Raja Parameswara memeluk Islam, adakah boleh dikatakan masyarakat sebelum era Raja Parameswara dianggap jahil dan diampunkan dosa2nya?

setahu aku selepas Nabi Mohd saw,tiada lg zaman fitrah.

cuma ada ulama' berpendapat jika dakwah x sampai kepada sesape,maka mereka dikira diampunkan dan x diazab di Neraka.

Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 11:40 PM | Show all posts
system_failure posted on 9-8-2012 04:50 PM
terima kasih...

Ahlul fitrah ialah mereka yg tiada sampai seruan...


zaman sekarang dakwah diteruskan, dan sesiapa yg apabila dibentangkan kebenaran, maka tidak termasuk ahlul fitrah....

elakkan lah dari sengaja meletakkan diri dlm golongan ahlul fitrah....

takut2 nanti bila sesi mahkamah MAHA AGONG, takut tak lepas....



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2012 12:08 AM | Show all posts
saya nak tnya,bleh kan klu kita bersedekah bagi pihak ibubapa/adik walopon dorg masih hidup??
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 12:59 AM | Show all posts
lagi satu saya nak tnya,
boleh x klu saya xnak bayar zakat fitrah tu kat amil yg dilantik??saya terus bagi kat golongan yang wajib terima zakat tu terus.sebab saya takut,zakat yg dibayar tu xsampai ketangan mereka yg sepatutnya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 09:52 AM | Show all posts
babablec posted on 10-8-2012 12:08 AM
saya nak tnya,bleh kan klu kita bersedekah bagi pihak ibubapa/adik walopon dorg masih hidup??{:child ...


Salam...

Setahu saya tiada kesalahan berbuat demikian, malah adalah termasuk dalam perbuatan yang baik, dan perbuatan yang baik InsyaAllah ada ganjarannya


lagi satu saya nak tnya,
boleh x klu saya xnak bayar zakat fitrah tu kat amil yg dilantik??saya terus bagi kat golongan yang wajib terima zakat tu terus.sebab saya takut,zakat yg dibayar tu xsampai ketangan mereka yg sepatutnya

Boleh

WAllahu a'lam


Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 11:00 AM | Show all posts
Yang saya pernah terbaca, ibu dan bapa Nabi Muhammad s.a.w menganut agama ajaran Nabi ibrahim ... kedua2 mereka dari keturunan yang terhormat juga... dikatakan semasa abdullah belum berkahwin.... ramai wanita tergila2kan dia... tapi setelah berkahwin dgn Aminah... tiada pulak yang tergila2kan dia lagi.. lalu beliau bertanya kepada salah seorang wanita itu.. kenapa sebelum ini begitu? Kata mereka, pada wajah Abdullah ni semacam ada cahaya yang buat dia org tertarik mcm tu la agaknya... tapi setelah beliau berkahwin dengan Aminah, tak igt samada cahaya itu berpindah ke Aminah ke apa saya baca masa tu... Kalau saya silap sila betulkan... takut yang saya baca tu sumber tak betul ke..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 11:48 AM | Show all posts
Saya jumpa ni di ILuvIslam.com ....

Jangan sakiti Rasulullah Oleh SYEIKH MUHAMMAD FUAD KAMALUDIN AL-MALIKI

SESIAPAPUN akan merasa sedih dan terguris hati jika keburukan kedua ibu bapanya disebut-sebut di hadapannya kalaupun ia suatu yang benar dan bukan sekadar tuduhan. Inilah fitrah hubungan kasih dan sayang yang ada di antara seseorang itu dengan ibu bapa kandungnya. Keburukan apakah yang lebih besar daripada kekufuran dan kekufuran siapakah yang lebih jelas daripada Abu Lahab sehingga celaan Allah SWT terhadapnya terakam jelas di dalam al-Quran. Tetapi apabila sampai ke telinga Nabi SAW bahawa ada sahabat yang mengungkit tentang kekufuran dan penentangan Abu Lahab di hadapan anak perempuannya yang Muslim, Nabi SAW telah melarang dan menegur perbuatan itu dengan sabdanya, "Jangan engkau mencerca mereka yang mati, lalu engkau menyakiti mereka yang hidup." (Riwayat al-Tirmizi).

Jika itulah sikap Nabi SAW dalam kes Abu Lahab, bagaimanakah pula jika ibu dan ayah Nabi SAW sendiri yang disebut dan diungkit sebagai kufur dan berada dalam neraka? Adakah Nabi SAW tidak terguris hati atau merasa disakiti, tanpa mengira apa pun niat si penyebut? Lebih buruk lagi keadaannya jika diinsafi bahawa pandangan yang ibu dan ayah Nabi itu kufur adalah tidak benar dan bercanggah dengan pandangan jumhur ulama umat ini. Maka kenyataan tersebut turut merupakan suatu pendustaan dalam isu yang begitu dekat dengan kekasih Allah SWT dan makhluk-Nya yang paling mulia. Malangnya, akhir-akhir ini, telah beberapa kali dakwaan bahawa ibu dan bapa Nabi SAW itu kufur dan berada dalam neraka di ketengahkan dalam masyarakat kita secara terbuka dalam media perdana oleh para pendakwah yang popular dan dikenali ramai. Dalam keadaan begitu, tidak mustahil akan ramai ahli masyarakat yang tidak berkeahlian akan mudah terpengaruh, lantas sama-sama mengulangi kalimah yang pastinya menyakiti Nabi SAW itu.

Mahukah kita jika umat Islam di Malaysia sampai terhitung sebagai tidak peka dengan apa yang menyakiti Nabi SAW? Bukankah ini boleh mengundang kemurkaan Allah dan Rasul-Nya? Isu Yang Tak Patut Ditimbulkan Jika diteliti secara insaf, sebenarnya tidak terdapat satu sebab pun yang munasabah untuk isu status ibu dan bapa Nabi SAW kita ungkit dan ditimbulkan di tengah-tengah masyarakat kita. Jika tidak ditimbulkan isu ini, masyarakat kita amnya mempunyai tanggapan yang sangat mulia terhadap ibu dan bapa Nabi SAW. Sikap ini adalah sikap yang lebih tepat dan berasas, seperti yang akan kita huraikan. Kalau pun ada yang bertanggapan bahawa ini adalah suatu sikap yang bercanggah dengan hadis, apakah isu ini menepati keutamaan yang begitu tinggi dan mendesak sehingga perlu ditimbulkan. Adakah selama ini dengan memuliakan ibu dan bapa Nabi SAW telah begitu merugikan dan memundurkan Islam dan umatnya di Malaysia? Selain kerana tiada keperluan jelas untuk ditimbulkan, isu ini juga tidak patut ditimbulkan secara terbuka kerana untuk benar-benar menganggapnya secara adil menuntut kajian dan penelitian ilmiah khusus. Last edited by want2bhappy on 10-8-2012 11:49 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 11:48 AM | Show all posts
Kenapalah kita perlu menyibukkan masyarakat awam dengan persoalan-persoalan yang tidak mudah atau tidak mampu untuk mereka sikapi dengan adil? Sebenarnya, isu ini ada persamaan dengan beberapa isu-isu agama yang sifatnya kompleks dan boleh mengelirukan yang suka ditimbulkan oleh segelintir penceramah akhir-akhir ini. Walaupun kita sangat keberatan membahaskannya, tetapi apabila sudah ada yang menimbulkannya secara terbuka maka wajiblah pula penjelasan dibuat agar masyarakat tidak keliru dan tersalah faham. Pendek kata ia sudah menjadi suatu kemungkaran dan kezaliman ilmiah yang wajib dicegah dan dibetulkan. Fahaman Yang Lebih Sejahtera Pandangan yang mendakwa ibu dan bapa Nabi SAW adalah kufur dan berada dalam neraka sebenarnya berpunca daripada dua hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Dalam salah satunya, Nabi SAW bersabda bahawa Baginda tidak diizinkan oleh Allah memohon keampunan bagi ibu Baginda tetapi diizinkan menziarahi kuburnya. Dalam hadis kedua, Nabi SAW diriwayatkan menjawab pertanyaan seorang lelaki tentang nasib bapanya dengan menjawab bahawa ayah lelaki tersebut dan ayah Baginda sendiri berada dalam neraka.

Walaupun sahih dari segi sanadnya tetapi jumhur ulama berpendapat bahawa teks hadis-hadis ini tidak boleh difahami secara zahir semata-mata. Ia adalah suatu yang biasa berlaku dalam kita berinteraksi dengan hadis. Bukan hanya kesahihan sanad menjadi penentuan hukum daripada sesuatu hadis. Terdapat juga kaedah-kaedah tertentu dalam memahami teks hadis itu sendiri yang perlu dipatuhi. Berdasarkan kaedah-kaedah dalam memahami teks hadis, hadis-hadis di atas sebenarnya tidak mendokong kesimpulan bahawa ibu dan bapa Nabi SAW kufur dan diazab. Pertamanya, makna zahir hadis-hadis ini tidak boleh dipegang kerana ia bertentangan dengan nas-nas al-Quran dan hadis-hadis lain. Antaranya, ayat-ayat dan hadis yang mensabitkan bahawa Nabi SAW adalah berasal daripada keturunan yang mulia dan terpelihara seperti ayat 219, surah al-Syu'ara' yang bermaksud, "dan (Allah melihat) pergerakanmu di antara orang-orang yang sujud".

Ibnu 'Abbas r.a, seperti yang diriwayatkan oleh al-Bazzar, al-Tabrani dan Abu Nuaim serta dalam tafsir-tafsir al-Tabari dan al-Qurtubi, berpendapat bahawa ayat ini bermaksud bahawa Nabi SAW telah berpindah dari satu sulbi ke satu sulbi di kalangan nenek moyang yang sujud dan beriman. Hal ini disokong oleh hadis-hadis yang merakamkan bahawa Nabi SAW pernah memuji atau berbangga dengan ibu bapa dan keturunannya, sedangkan adalah tidak wajar Nabi SAW melakukan demikian jika mereka itu syirik atau kufur. Maksud zahir hadis-hadis ini juga bertentangan dengan nas-nas al-Quran berkenaan kaedah bahawa Allah SWT tidak akan mengazab sesuatu kaum sebelum dikirimkan para rasul-Nya untuk menyampaikan agama yang benar (al-Israa':15, al-An'aam:131, al-Syu'araa', al-Nisaa':165). Terdapat pula ayat-ayat yang menafikan bahawa terdapat rasul yang dikirim kepada kaum Nabi Muhammad SAW sebelum kebangkitan Baginda (Saba':44, al-Qasas:46). Maka kesimpulan yang lebih tepat adalah kedua-dua ibu dan bapa Nabi SAW sama ada beriman dengan peninggalan risalah rasul-rasul yang terdahulu ataupun tergolong dalam kalangan Ahlul Fatrah, iaitu mereka yang berada di zaman yang tiada rasul, menyebabkan mereka secara prinsipnya tidak akan diazab. Ada juga pandangan ulama yang mentakwilkan makna 'abi' dalam hadis kedua yang zahirnya bermaksud 'ayah' kepada Abu Talib atau Abu Lahab, bapa-bapa saudara Nabi SAW dan bukannya Abdullah, bapa Baginda SAW. Penggunaan panggilan sebegini memang berlaku dalam bahasa Arab dan dalam al-Quran sendiri dalam kes Nabi Ibrahim AS (al-An'aam : 74).

Ada juga pandangan ulama bahawa kedua-dua hadis Riwayat Muslim itu memang perlu ditakwilkan kerana makna zahirnya bercanggah. Jika ibu Nabi SAW benar-benar kafir, Nabi SAW tidak akan diizinkan Allah SWT untuk menziarahi kuburnya. Kita juga telah menyentuh bagaimana mengatakan ibu dan bapa Nabi SAW berada di dalam neraka akan menyakiti Nabi SAW. Menyakiti Nabi dengan apa cara sekalipun adalah jelas diancam di dalam al-Quran dengan laknat Allah SWT di dunia dan akhirat serta dijanjikan dengan siksa yang pedih dan hina (al-Tawbah:61 dan al-Ahzab:57). Melihat betapa besarnya kesalahan ini, tidak hairanlah Saidina Umar bin Abdul Aziz dilaporkan telah mengancam seorang pegawainya yang mengatakan ibu dan bapa Nabi SAW musyrik dengan hukuman dipotong lidahnya, dipotong tangan dan kakinya dan dipancung kepalanya. Lalu pegawai itu dilarang memegang apa-apa jawatan sepanjang khilafahnya.(Tarikh Ibn 'Asakir). Imam al-Alusi (m.1127H) pula dalam Tafsir Ruh al-Maaninya ada memberi amaran keras, "Aku bimbangkan kekufuran terhadap seseorang yang menuduh ibu dan ayah Nabi SAW (kufur) (Jilid 11, ms.207).

Perincian dan huraian lanjut tentang pandangan para ulama yang membela ibu dan bapa Nabi SAW boleh didapati dalam beberapa kitab termasuk kitab-kitab khusus karangan Imam al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti, Masalik al-Hunafa dan al-Ta'dzim wal Minnah, kitab al-Hujaj al-Wadhihaat karya ulama' Makkah, Al-'Allamah Sayyid Ishaq Azzuz, kitab Sadad al-Din oleh Imam al-Barzanji, kitab Hadyu al-Nairain karya al-Allamah Prof.Dr.Judah al-Mahdi dari Universiti al-Azhar Mesir dan fatwa Mufti Mesir, Al-Syeikh Dr.Ali Jum'ah dalam koleksi fatwanya, al-Bayan. Insya-Allah dalam masa terdekat, kami akan mengeluarkan terjemahan dan sedutan daripada kitab-kitab ini dalam bahasa Melayu. Jelas daripada perbahasan ringkas kita ini bahawa, jika kita mahu, ruang untuk kita mempertahankan keimanan dan terselamatnya ibu dan bapa Nabi SAW yang mulia adalah luas terbentang. Kalaulah bersangka baik itu terpuji, maka apakah lagi situasi yang lebih utama untuk kita bersangka baik selain dalam isu ini yang membabitkan hak kekasih dan makhluk yang paling dimuliakan oleh Allah SWT. Ia juga sebenarnya adalah sangka baik kita terhadap Allah SWT sendiri yang Maha Kaya lagi Berkuasa untuk meletakkan zuriat kekasih-Nya dalam rantaian keturunan hamba-hamba-Nya yang terpilih.

Di sebalik episod yang sangat mengguris hati ini, mungkin ada beberapa hikmah dan pengajaran yang perlu diambil. Para penceramah yang giat mengisi ruang dakwah di tengah masyarakat mestilah sangat berhati-hati dalam memilih kandungan dan mesej dakwah mereka. Ini kerana, bersama populariti dan kemasyhuran itu datangnya amanah yang dipertanggungjawabkan. Bagi masyarakat pula, di zaman ledakan informasi ini yang turut menyaksikan informasi agama turut tersebar tanpa kawalan, mereka perlulah lebih berhati-hati dalam mempercayai apa yang mereka baca dan dengar. Maklumat agama yang keluar di akhbar, terdengar di radio, tersiar di TV dan popular di internet tidaklah semestinya dijamin betul dan benar. Dalam bab agama, janganlah kita malas mengkaji dan mempastikan kerana akhirat kitalah yang jadi pertaruhannya. Isu ini juga adalah satu contoh jelas bagaimana sikap terlalu merujuk kepada Sunnah tanpa berpandukan kaedah dan panduan para ulama muktabar adalah sikap yang silap dan merbahaya. Janganlah kita mudah terbawa-bawa dengan sesetengah aliran yang mendakwa sebagai menjuarai Sunnah sedangkan hakikatnya mereka sering menzalimi Sunnah dan yang empunya Sunnah SAW. Semoga Allah SWT menjadikan kita di kalangan mereka yang sentiasa menggembirakan dan mempertahankan kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW. Last edited by want2bhappy on 10-8-2012 11:50 AM

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2012 12:59 AM | Show all posts
mnm77 posted on 10-8-2012 09:52 AM
Salam...

Setahu saya tiada kesalahan berbuat demikian, malah adalah termasuk dalam perbuatan  ...

mekasih ats jwpan ..

ada lg soalan nak tnya,soalan ni slalu timbul time raya
boleh x kalu kita (lelaki) bersalaman dgn ibu kpda kawan kita ats niat menghormati??dgn sepupu,dua tiga puu pon sama gak.slalu rasa serba salah,nak salam atau tidak..


slalunya,sya akan tgok sape yg bertindak dulu.klu xde,sya just senyum,tunduk sket je,pastu trus duduk sambil bergosip stelah sbln  xbgosip




Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2012 09:02 AM | Show all posts
babablec posted on 11-8-2012 12:59 AM
mekasih ats jwpan ..

ada lg soalan nak tnya,soalan ni slalu timbul time raya
boleh x kalu kita (lelaki) bersalaman dgn ibu kpda kawan kita ats niat menghormati??dgn sepupu,dua tiga puu pon sama gak.slalu rasa serba salah,nak salam atau tidak..


slalunya,sya akan tgok sape yg bertindak dulu.klu xde,sya just senyum,tunduk sket je,pastu trus duduk sambil bergosip stelah sbln  xbgosip
Salam...

Lelaki sesama lelaki boleh bersalaman, tetapi lelaki dengan perempuan yang bukan mahram (ibu kepada kawan, sepupu perempuan,...) adalah ditegah berdasarkan syarak. Hal ini perlu pendedahan dan penjelasan secara ilmiah sekiranya perbuatan bersalaman antara bukan mahram telah menjadi adat. Dalam hal ini kena berhikmah, dan pada masa yang sama menghormati tanpa melanggar hukum syarak.

WAllahu a'lam







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2012 01:00 PM | Show all posts
mnm77 posted on 11-8-2012 09:02 AM
Salam...

Lelaki sesama lelaki boleh bersalaman, tetapi lelaki dengan perempuan yang bukan mahra ...

itu ar,susah..
nti klu xsalam,ckp sombong plak.klu salam,nti ckp xblajar agama plak
xkan nak pakai glove plak raya nti
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2012 01:36 PM | Show all posts
ape hukum isteri tdo memaling muke dr suami dr pg smpi subuh...

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2012 01:36 PM | Show all posts
ape hukum isteri tdo memaling muke dr suami dr pg smpi subuh...

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2012 01:42 PM | Show all posts
hukum isteri paling muke ketika tdo
????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.574693 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list