Dari Anas r.a berkata : "Akan kusampaikan kepada anda sebuah hadith yang tidak akan disampaikan orang lain kepadamu sepanjang peninggalanku. Saya mendengar Rasulullah saw bersabda : "Di antara tanda-tanda Hari Kiamat ialah berkurangnya ilmu, meratanya kebodohan, banyaknya penzinaan, ramainya wanita sedikitnya laki-laki sehingga bagi lima puluh wanita hanya seorang pengawalnya."
{Hadith Riwayat Imam Bukhari, Shahi Bukhari Hadith No : 64}
Sabda Rasulullah s.a.w: “Bukanlah (golongan ini) daripada orang beriman yang sempurna imannya : orang yang suka mengecam, suka melaknat yang suka bercakap kufur dan yang suka mencarut” [Riwayat Ahmad]
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)