|
[Negeri Sembilan]
Rumah Borak Negeri Sembilan #94
[Copy link]
|
|
PULUT KUNING RENDANG DAGING
Resepi Rendang Daging
1/2 kilo daging
*Bawang besar 3biji
*Bawang putih 3ulas
*Halia 1 inci
*Lengkuas besar ibu jari tangan dewasa.
*Cili mesin 3sudu makan
Gula merah 2sudu makan
Kerisik 2sudu makan
Santan 1 biji kelapa
-Blander bahan2 yg bertanda *
-masukkan dalam kuali bahan yang diblender dan letakkan bunga lawang 1 kuntum dan kulit kayu manis.
-masukkan daging biar mendidih sekejap terus masukkan santan. Gula merah dan kerisik.
-slow api.. biarkan selama sejam.. sehingga daging empuk.
-dah empuk daging baru lah masukkan perasa gula dan garam.
selamat mencuba..
Resepi Pulut Kuning
Bahan-bahan:
Rendam beras pulut malam kalau nak masak pagi.. sekurang2nya 6jam.. rendam.
500g beras pulut
1 sudu kecil kunyit
1biji santan dari kelapa parut.
garam secukup rasa
Cara-cara:
Rendam pulut yang dengan kunyit semalaman. Sekurang2nya 6 jam.
Toskan pulut (buang airnya).
Panaskan periuk kukus15minit dan kukus beras pulut selama 1/2 jam atau sehingga masak. Angkat dan masukkan di dalam mangkuk besar.
Masak santan bersama gula dan garam bagi mendidih kejap. JANGAN SAMPAI PECAH MINYAK.
Masuk santan ke dalam pulut dan rehatkan sehingga santan meresap.
Setelah sebati.. kukus kan sekali lagi selama 5minit jer. untuk elakkan pulut menjdi cepat basi .
Taraaa.... siapp...
|
|
|
|
|
|
|
|
KEK BUTTER
250gm gula halus
250gm mentega suhu bilik
5 biji telur A
250gm tepung gandum/tepung naik sendiri (ayak)
1 sudu teh baking powder (ayak)
2 sudu makan susu cair
Sedikit esen vanilla
Teknik 1 :
1. Pukul gula, mentega dan esen vanilla sampai gebu putih.
2. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji pukul sebati.
3. Masukkan bahan2 ayak. Pukul lagi perlahan-lahan.
4. Bila sudah sebati masukkan susu cair dan pukul dengan kelajuan tinggi selama 10 saat.
5. Ambil acuan bersaiz 8/9 inci oles dengan mentega atau lapik baking paper. Tuang adunan kek tadi.
6. Bakar kek pada suhu 170°c menggunakan api atas bawah hingga masak.
Teknik 2 :
1. Cairkan mentega dan ketepikan.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk adunan kecuali mentega cair.
3. Tambah 1 sudu makan ovalette.
4. Pukul bahan dengan kelajuan rendah ke tinggi hingga kembang putih.
5. Tutup mixer dan masukkan mentega cair kaup balikkan hingga rata.
6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di oles mentega atau diatas baking paper.
7. Bakar pada suhu 170°c menggunakan api atas bawah hingga masak.
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi 4 post
|
|
|
|
|
|
|
|
2 more
|
|
|
|
|
|
|
|
page 96 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|