Selepas berjaya meraih populariti menerusi single pertama 'Kebahagian Dalam Perpisahan', juara Akademi Fantasia musim ke-8 ini kembali dengan single terbaru 'Luar Biasa'. Bergenre pop, lagu ciptaan Audi Mok ini mempunyai vibe yang lebih moden berbanding single pertama Shahir dahulu yang lebih ke arah 90's pop.
Structure lagu ini boleh dikatakan signature Audi kerana menggunakan piano sebagai melodi asas and it somehow reminds me of lagu-lagu ciptaan Audi dendangan Faizal Tahir. Bukan sesuatu yang buruk kerana produk Audi walaupun tipikal,beliau tahu untuk menjadikan lagu-lagunya cantik dengan susunan muzik yang baik.
"Segala senyumanmu mengusikku/Oh mengapa tak terhidu/Kucupanmu berlagu merdu", Shahir melagukan penuh emosi. Vokalnya sedikit berbeza berbanding sebelum ini dan ianya lebih berdinamik berbanding dahulu. Lirik lagu ini mengisahkan tetang seorang lelaki yang kecewa kerana cintanya terhadap seorang wanita tidak berbalas, dan dia sanggup untuk menyakiti wanita itu, tetapi tanpa disedari, wanita itu sebenarnya menyukainya. Tetapi segalanya terlambat dan dia terpaksa hidup dalam penyelesalan.
Penulisnya Zel Firdaus menggunakan bahasa yang sedikit sukar untuk difahami untuk pendengar kebanyakan. Verse pertamanya sahaja sudah mampu membuat pendengar berfikir. "Seandainya mengalir di sini/Yang sejernih apa yang terkunci/Pastinya di dalam tanganmu/Bagailah kasih/Hati ke hati bersemadi". Confused? Perhaps. I much prefer lagu yang liriknya senang difahami fikiran dan sampai ke hati tapi mungkin penulis cuba untuk bereksperimentasi dengan menggunakan metafora dan analogi yang berlainan. 'Luar Biasa' tajuknya, seluar biasa itu isinya.