Belanjawan 2025: RM200 juta untuk Jabatan Audit Negara
Bangunan Jabatan Audit Negara. - Foto fail NSTP/Mohd Fadli Hamzah
KUALA LUMPUR: Sejumlah RM200 juta disediakan kepada Jabatan Audit Negara, meningkat berbanding RM173 juta sebelum ini. Perdana Menteri berkata, peningkatan peruntukan itu sesuai dengan peranan lebih besar bagi memulakan pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat dan entiti yang menerima peruntukan serta jaminan kerajaan. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengingatkan semua pihak untuk mengikuti laporan audit yang disediakan. "'Follow The Public Money Audit' (Laporan Ketua Audit Negara). Akta Audit sudah dipinda untuk memberi Ketua Audit Negara kuasa menyemak dan mengaudit pengurusan dana awam termasuk syarikat yang menerima jaminan kerajaan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1312736/belanjawan-2025-rm200-juta-untuk-jabatan-audit-negara
|