Tashu posted on 17-9-2014 09:16 AM
cer bagi resepi
hahaha...
ni cara el..
- peria
- cili kering ikut kepedasan yang kita nak
- bawang merah/kecik
- bawang putih
- telur
- udang
- garam secukup rasa
- ajinamoto (boleh letak klau sha kaki ajinamoto )
- sos tiram (optional)
1. Mula2 el belah 2 dan hiris nipis2
2. Lps tu el rendam dgn air garam utk hilangkan rasa pahit, lepas beberapa minit bilas dan tos kan smpai kering.
3. Blender/tumbuk cili kering, bwg merah, bwg putih
4. Panaskan minyak dan tumis cili kisar td tu smpai naik bau/pecah minyak, then masukkan udang, garam (optional ajinamoto dgn sos tiram).
5. Pastu baru masukkan peria tu..sambil masak tu, boleh tutup periuk sekejap, kasi peria tu masak. time ni peria tu akan berair..sbb tu td kne tos smpai kering.
6. Buka penutup periuk, gaul2 sampai sebati..pastu agak2 peria dh nk masak tu, letak la telur tu..kacau bg telur tu hancur..
7. Siapppp..nyums
Pastu makan dgn nasi panas berlaukkan ikan..sedap tau