|
okey..saya nak ceritakan dan review sikit pengalaman saya ke sana minggu lepas..
1) sampai airport terus amik bus yg rm1(5k dong),.dlm setengah jam sampai ke ben thanh terus carik tpt hotel yg telah dibooked,hotel tak jauh dari market, cuma 10mins shj jalan kaki..hotel saya di alley street dibelakang hotel que hotel(agak lupa nama panjang hotel tu)
2) lepas check in,dl, jam 3ptg,saya terus ke ben thanh semula,,jalan2 carik apa yg berkenan dihati..selain ben thanh,taka dan saigon pun ada jualan mcm dlm ben thanh tu cuma kalau ben thanh ada jual makanan2 ringan,kat taka&saigon cuma baju2 shj..baju under amor paling famous,kalau pandai auta dan mintak kurang,dptlah diskaun kaw2 walaupun beli cuma sehelai dua..hihihi
3) ada 1 lagi tempat seumpama mcm ben thanh,namanya ben thay market..lokasi agak jauh dari ben thanh,dlm 30 mins naik bus(saya naik bas..tambang 6k dong shj..) kat situ segala barangan ada jual,daripada kain ela sampailah kepada krim muka,harga lebih murah dari ben thanh...cumanya,kalau ben thanh byk baju brand under amor,kat ben thay ni ada 1 kedai aje kot yg jual baju brand tu,yg lain2 cuma baju t-shirt dan kemeja biasa..kat ben thay ni most pembeli membeli dgn cara pukal/borong untuk mereka re-sell..tpt ni boleh digelar everything under one roof sbb semuanya yg kita nak,ada disitu..
4) org2 sana very respect and friendly walaupyn susah nak communicate dengan mereka atas masalah english..agak letih jugak lah bahagian ni..hihi..tp nasib baiklah ada seorang dua penjual yg boleh berbahasa malaysia(tu pun di ben thanh shj)
5) saya seorang smoker,masa nak nyalakan lighter(kes berlaku depan saigon plaza opposite takashimaya), api tak bernyala sbb angin kuat,,pastu ada sorang lelaki guard kat situ panggil dan nyalakan api dlm tangannya untuk saya..ada 1 kes saya tersilap naik bas semasa nak balik semula ke ben thanh dari ben thay,sorang lelaki sanggup turun dari bas yg saya tersalah naik tu untuk hantar saya ke ben thanh dgn menaiki bas yg lain..terharu saya sbb waktu tu hujan lebat,kami sama2 basah kuyup berjalan menuju ke bas stop simpang 4 somewhere untuk dapatkan bas ke ben thanh.
6) kat sana ada uber motor,,(rider pakai jaket hijau),,mereka akan panngil kita utk beri servis hantar kemana2 guna motor mereka.caj agak mahal,tp kalau pandai auta ,boleh dpt hingga rm5 shj perjalanan jarak 30minit(berapa km agaknya)..
7) makanan saya tak cerewet,,masa sampai shj airport,saya makan A&W,,,harga lebih kurang dimalaysia juga,cuma kalau nak cari halal foods,di ben thanh,restoran amin paling cheapest dari yg lain2 restoran nearby(di malay street)..nasi goreng seafood 50k dong (ada udang besar 4 biji)...3kali saya makan di situ(lain2 hari),jumlah udang dah hafal 4 biji..hihi..cuma nasi lemaknya sahaja tak seperti dlm menu..agak tak memuaskan dari segi rasa dan present..saya makan nasi goreng seafoood dan air teh o ais 70k dong..
8) disana,bandar mereka sangat lively,,never have word 'dead' indeedkalau di malaysia,jam 10mlm shj,jalan raya dah lengang,disana tak..mereka bekeja siang malam untuk meneruskan hidup..motorsikal adalah jentera paling banyak kat situ..bunyi hon tak pernah hilang..kalau di malaysia,jika kita dibunyikan hon,kita akan rasa kita dimarahi,tp kat sana hon adalah perkara biasa..part ni,rasa kita di malaysia sgt beruntung sbb tak perlu bertukus lumus cari wang sampai duduk tunggu pelanggan di tepi2 jalan berniaga..
9) bab cuaca,,pagi agak panas,tima waktu petang akan hujan sama ada lebat atau sikit2..
10) waktu malam kalau tak ada aktiviti,boleh bawa anak naik kereta mainan di depan ban thanh (di sebelah roundabout),ada tempat budak2 main kereta mainan yg disewa disitu..bermacam2 jenama ada antaranya merc,range rover dll..ada juga untuk orang dewasa iaitu mainan yg macam skate board tu(tak tau apa nama) yg ada lampu led..hihi..tp tak pasti tiap malam ada ke atau ada hari2 tertentu
maaf kalau tulisan agak kelam kabut..saya tak pandai mengarang..hihi |
|