|
Dalam pada masa yang sama, negara juga menghadapi cabaran kluster komuniti terutamanya sub-kluster perayaan. Sejak 13 hingga 28 Mei 2021, sebanyak 26 kluster yang berpunca dari sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri telah dilaporkan oleh CPRC Kebangsaan KKM. Untuk makluman, seramai 4,047 individu telah disaring yang mana sebanyak 1,019 kes telah dikenalpasti positif dalam kluster-kluster ini, iaitu kadar positiviti 25.1 peratus. Daripada jumlah 1,019 kes tersebut, dua (2) kematian telah dilaporkan sehingga kini dan satu (1) kes sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Negeri-negeri yang mencatatkan bilangan sub-kluster perayaan yang berpunca daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri tertinggi adalah Sabah dengan tujuh (7) kluster (26.9 peratus), Kelantan dengan lima (5) kluster (19.2 peratus) serta Johor, Melaka, Pahang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing dengan dua kluster (7.7 peratus).
Adalah dijangkakan jumlah kes dan bilangan kluster-kluster ini akan bertambah dan mungkin melibatkan lebih banyak negeri serta daerah. Meskipun Kerajaan telah menetapkan bahawa ziarah raya dan penganjuran majlis perayaan tidak dibenarkan, namun masih ramai yang tidak endah larangan ini yang mengakibatkan tercetusnya kluster-kluster baru COVID-19 sehingga ada yang mengakibatkan kes maut.
Melihat situasi seperti di atas, KKM ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru masyarakat mengambil iktibar dan tidak mengulanginya bagi Perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai yang akan disambut tidak lama lagi. Begitu juga bagi sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang kebiasaannya berpanjangan sehingga satu (1) bulan. Masyarakat diingatkan bahawa larangan merentas daerah dan negeri masih lagi berkuat kuasa. Begitu juga larangan kunjung mengunjung bagi menyambut perayaan. Peningkatan sub-kluster perayaan hari raya perlu dijadikan sebagai pengajaran agar ianya tidak terus bertambah.
Aktiviti merentas daerah, negeri, kunjung-mengunjung atau perhimpunan sewaktu perayaan tidak sepatutnya berlaku sama sekali dengan pelaksanaan total lockdown bermula pada 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021 seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri. Sekarang adalah waktu untuk kita semua bertindak bersama-sama menurunkan jumlah kes dan kematian harian.
Sayangilah diri dan keluarga kita, serta lindungilah warga tua di kampung atau rumah panjang dengan tidak membawa balik virus yang menyebabkan COVID-19, demi perayaan yang lebih bermakna pada tahun-tahun mendatang.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
29 Mei 2021 @ 6.30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 29 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI BILANGAN KES BAHARU *( ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 2,836 (2) 182,338
SABAH 265 61,847
WP KUALA LUMPUR 789 (3) 57,651
JOHOR 468 57,461
SARAWAK 726 46,162
PULAU PINANG 345 28,050
KELANTAN 907 26,481
NEGERI SEMBILAN 898 25,584
PERAK 272 20,167
KEDAH 468 18,023
MELAKA 340 11,532
PAHANG 216 9,119
TERENGGANU 189 8,353
WP LABUAN 253 3,423
WP PUTRAJAYA 29 1,851
PERLIS 19 492
JUMLAH KESELURUHAN 9,020 (5) 558,534
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Ringkasan 98 kes kematian pada 29 Mei 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian Negeri Jantina (Warganegara) Umur (Tahun) Hospital Latar Belakang
2553 Selangor Perempuan WN 91 Hospital Sunway Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
2554 WP Kuala Lumpur Perempuan WN 67 Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan dislipidemia
2555 WP Kuala Lumpur Lelaki WN 49 Hospital KPJ Damansara Penyakit darah tinggi
2556 Sarawak Lelaki WN 70 Hospital Umum Sarawak, Kuching –
2557 Selangor Perempuan WN 86 Hospital Selayang Penyakit kencing manis dan darah tinggi
2558 Sarawak Perempuan WN 59 Hospital Kapit Penyakit kencing manis dan buah pinggang
2559 Kelantan Lelaki WN 57 Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai Penyakit darah tinggi
2560 Pulau Pinang Perempuan WN 77 Hospital Pulau Pinang Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan dementia
2561 Johor Lelaki WN 70 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, dan dislipidemia
2562 Kedah Perempuan WN 73 Hospital Kuala Nerang Penyakit kencing manis
2563 Terengganu Perempuan WN 70 Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
2564 WP Kuala Lumpur Perempuan WN 66 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
2565 Selangor Lelaki WN 68 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis dan dislipidemia
2566 Johor Lelaki WN 62 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Penyakit darah tinggi, jantung, paru-paru, dan dislipidemia
2567 Pulau Pinang Perempuan WN 69 Hospital Pulau Pinang Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang
2568 Kedah Lelaki WN 65 Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan Alzheimer
2569 Selangor Lelaki WN 84 Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang, paru-paru dislipidemia, dan gout
2570 Selangor Lelaki WN 71 Hospital Shah Alam Penyakit darah tinggi dan dislipidemia
2571 Sabah Perempuan WN 76 Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu Penyakit darah tinggi, dislipidemia, dan kanser
2572 WP Kuala Lumpur Lelaki WN 62 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis dan leukemia
2573 Kelantan Perempuan WN 68 Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai Penyakit kencing manis dan darah tinggi
2574 Kedah Perempuan WN 81 Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Penyakit darah tinggi
2575 Selangor Lelaki WN 65 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
2576 Sabah Perempuan WN 87 Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu –
2577 Terengganu Lelaki WN 80 Hospital Setiu Penyakit darah tinggi
2578 Johor Lelaki WN 77 Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
2579 Johor Lelaki WN 62 Hospital Segamat Penyakit jantung
2580 Sarawak Lelaki WN 73 Hospital Kapit Penyakit darah tinggi, jantung, paru-paru, dan schizophrenia
2581 Kedah Lelaki WN 56 Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
2582 Terengganu Lelaki WN 37 Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu –
2583 Sabah Perempuan WN 57 Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu Penyakit kencing manis dan darah tinggi
2584 WP Kuala Lumpur Lelaki WN 74 Hospital Kuala Lumpur Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
2585 Pulau Pinang Lelaki WN 83 Hospital Pulau Pinang –
2586 Pulau Pinang Lelaki WN 60 Hospital Pulau Pinang Penyakit darah tinggi
2587 Sarawak Lelaki WN 58 Hospital Bintulu Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
2588 Negeri Sembilan Lelaki WN 66 Hospital Port Dickson Penyakit Parkinson dan kemurungan
2589 Melaka Lelaki WN 69 Hospital Melaka –
2590 Selangor Perempuan WN 57 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis dan buah pinggang
2591 Selangor Lelaki WN 75 Hospital Sungai Buloh Penyakit darah tinggi dan jantung
2592 WP Kuala Lumpur Lelaki WN 70 Hospital Sungai Buloh Penyakit jantung
2593 Negeri Sembilan Lelaki WN 73 Hospital Tunku Jaafar, Seremban Penyakit darah tinggi dan obesiti
2594 Perak Perempuan WN 58 Hospital Seri Manjung Penyakit darah tinggi, rheumatoid arthritis, dan osteoarthritis
2595 Kedah Lelaki WN 69 Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan gout
2596 Kedah Lelaki WN 53 Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Penyakit buah pinggang, darah tinggi,dan dislipidemia
2597 Johor Lelaki WN 57 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu Penyakit kencing manis
2598 Negeri Sembilan Lelaki WN 83 Hospital Tunku Jaafar, Seremban –
2599 Johor Lelaki WN 61 Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan hati
2600 Johor Lelaki WN 54 Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu Penyakit darah tinggi
2601 Pulau Pinang Lelaki WN 84 Hospital Pulau Pinang Penyakit darah tinggi dan dislipidemia
2602 Melaka Lelaki WN 75 Hospital Melaka Penyakit kencing manis dan darah tinggi
2603 Pahang Perempuan WN 75 Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, dan jantung
2604 Selangor Lelaki WN 86 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis dan buah pinggang
2605 Johor Lelaki WN 38 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Obesiti
2606 WP Kuala Lumpur Lelaki WN 72 Hospital Sunway Penyakit darah tinggi dan penyakit jantung
2607 Sarawak Lelaki WN 63 Hospital Bintulu Penyakit kencing manis dan darah tinggi
2608 Negeri Sembilan Lelaki WN 62 Hospital Port Dickson Penyakit darah tinggi, jantung, dan dislipidemia
2609 Kedah Perempuan WN 47 Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Asma dan penyakit bawaan darah
2610 WP Labuan Perempuan WN 60 Hospital Labuan –
2611 Selangor Lelaki WN 89 Hospital Shah Alam –
2612 Johor Perempuan WN 66 Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu –
2613 Negeri Sembilan Lelaki WN 18 Hospital Tunku Jaafar, Seremban Asma
2614 Negeri Sembilan Perempuan WN 66 Hospital Tunku Jaafar, Seremban Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
2615 Negeri Sembilan Lelaki WN 55 Hospital Port Dickson Penyakit kencing manis, darah tinggi, kanser hati, dan obesiti
2616 Pahang Lelaki WN 73 Jenazah dibawa ke Hospital Raub Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
2617 Pahang Lelaki WN 89 Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Asma
2618 Selangor Lelaki WN 60 Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
2619 Selangor Perempuan WN 89 Hospital Sungai Buloh Penyakit darah tinggi dan dislipidemia
2620 Selangor Lelaki WN 86 Hospital Ampang –
2621 Selangor Perempuan WN 84 Hospital Shah Alam Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, dan asma
2622 Selangor Perempuan WN 75 Hospital Kuala Lumpur Penyakit kencing manis, darah tinggi dan strok
2623 Selangor Perempuan WN 72 Hospital Kuala Lumpur Penyakit darah tinggi
2624 Selangor Lelaki WN 67 Hospital Kuala Lumpur Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
2625 Selangor Lelaki WN 66 Jenazah dibawa ke Hospital Banting –
2626 Selangor Lelaki WN 66 Hospital Selayang Penyakit kencing manis dan darah tinggi
2627 Selangor Lelaki WN 59 Hospital Kuala Lumpur Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, dan anemia
2628 Selangor Lelaki WN 55 Hospital Kuala Lumpur Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, dan jantung
2629 Selangor Lelaki WN 54 Hospital Ampang Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
2630 Selangor Lelaki WN 50 Hospital Kajang Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, dan gout
2631 Selangor Lelaki WN 77 Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Penyakit darah tinggi, osteoarthritis, multiple myeloma, hypocortisolism, dan hypothyroidism,
2632 Selangor Lelaki WN 64 Jenazah dibawa ke Hospital Serdang –
2633 Selangor Lelaki WN 59 Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya –
2634 Selangor Lelaki WN 51 Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur –
2635 Sabah Lelaki WN 67 Jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
2636 WP Kuala Lumpur Lelaki WN 84 Hospital Kuala Lumpur Penyakit kencing manis dan darah tinggi
2637 WP Kuala Lumpur Lelaki WN 77 Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
2638 WP Kuala Lumpur Lelaki WN 73 Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Penyakit kencing manis, darah tinggi, hati dan gout
2639 WP Kuala Lumpur Lelaki WN 75 Hospital Rehabilitasi Cheras Penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, dan gout
2640 WP Kuala Lumpur Perempuan WN 69 Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Penyakit kencing manis dan darah tinggi
2641 WP Kuala Lumpur Perempuan WN 68 Hospital Kuala Lumpur Penyakit buah pinggang, darah tinggi, tibi,dan gout
2642 WP Kuala Lumpur Perempuan WN 64 Hospital Sungai Buloh Dislipidemia
2643 Johor Lelaki WN 73 Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu Penyakit jantung, kencing manis, dan darah tinggi
2644 Johor Perempuan WN 83 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu Penyakit jantung
2645 Johor Perempuan WN 79 Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu Penyakit jantung, kencing manis, dan darah tinggi
2646 Johor Lelaki WN 77 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu Penyakit jantung, kencing manis,dan darah tinggi
2647 Johor Lelaki WN 27 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu Penyakit kencing manis dan buah pinggang
2648 Negeri Sembilan Lelaki WN 53 Hospital Tunku Jaafar, Seremban Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
2649 Kedah Lelaki WN 86 Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani –
2650 Terengganu Lelaki WN 76 Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu Penyakit bawaan darah, jantung, kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
*WN merujuk kepada warganegara
LAMPIRAN 3
Perincian 9,020 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 29 Mei 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 2,836 145 1,966 2 723
KELANTAN 907 136 555 – 216
NEGERI SEMBILAN 898 158 501 – 239
WP KUALA LUMPUR 789 74 459 3 253
SARAWAK 726 45 521 – 160
JOHOR 468 77 287 – 104
KEDAH 468 50 298 – 120
PULAU PINANG 345 81 144 – 120
MELAKA 340 190 122 – 28
PERAK 272 52 167 – 53
SABAH 265 75 134 – 56
WP LABUAN 253 149 49 – 55
PAHANG 216 53 126 – 37
TERENGGANU 189 40 101 – 48
WP PUTRAJAYA 29 0 20 – 9
PERLIS 19 – 13 – 6
JUMLAH KESELURUHAN 9,020 1,325 5,463 5 2,227
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 29 MEI 2021
No. Nama Kluster Kategori Kluster Negeri Daerah Jumlah Kes Jumlah Disaring
1 Jalan Teknokrat Lima Tempat Kerja Selangor Sepang 9 246
2 Persiaran Tiga Selayang Tempat Kerja Selangor Gombak dan Hulu Selangor 8 63
3 Bukit Permai Utama Tiga Tempat Kerja Selangor Hulu Langat dan Sepang 21 34
4 Industri Jalan Berlian Tempat Kerja Johor Pontian dan Kulai 15 58
5 Jalan Istimewa Satu Tempat Kerja Johor Johor Bahru 15 175
6 Industri Jalan Lapan Tempat Kerja Kelantan Kota Bharu, Bachok, Tumpat, Machang, dan Pasir Mas 46 138
7 Jalan Klinik Pasir Puteh Tempat Kerja Kelantan Pasir Puteh dan Bachok 15 97
8 Industri Batu 16 Bemban Tempat Kerja Melaka Jasin 34 126
9 Patuma Keagamaan Sabah Kota Kinabalu 11 133
10 Taman Desa Harmoni Keagamaan Johor Kluang 14 20
11 Jalan Bagan Ajam Keagamaan Pulau Pinang Seberang Perai Utara 11 39
12 Trolak Utara Keagamaan Perak Batang Padang dan Kinta 10 53
13 Rengas Jaya Keagamaan Perak Kuala Kangsar dan Perak Tengah 29 50
14 Taman Asean Dua Keagamaan Melaka Melaka Tengah 24 88
15 Site BC Sekinchan Komuniti Selangor Sabak Bernam 45 240
16 Sungai Sian Komuniti Sarawak Maradong 22 57
17 Jalan Damai Tangkak Komuniti Johor Tangkak 20 29
18 Dah Kedawang Komuniti Kedah Langkawi 34 170
19 Paya Terbakar Komuniti Pulau Pinang Seberang Perai Utara 22 70
20 Kampung Baru Bentong Komuniti Pahang Bentong 27 54
21 Kampung Matang Komuniti Terengganu Hulu Terengganu 52 245
22 Simpang Sungai Komuniti WP Labuan Labuan 7 27
23 Jalan Ng Song Teik Institusi Pendidikan Swasta Berdaftar di bawah KPM Perak Kinta 13 35
|
|