CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 42

[Copy link]
Post time 28-12-2022 07:56 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-12-2022 10:50 PM | Show all posts

2 bulan dah ni sembahyang duduk dah sebulan makan blackmores glucosamine nampak perubahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2022 10:52 PM | Show all posts

masih lagi covid virgin. alhamdulillah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2022 10:54 PM | Show all posts

baru tadi tengok drama korea reborn rich. nampak menarik jalan cerita. baru episod 3.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2022 10:56 PM | Show all posts
seribulan replied at 21-12-2022 01:32 PM
Mayat mangsa ke-25 ditemukan pada kedalaman 17 meter, di sebalik batu besar

Alhamdulillah penantian keluarga berakhir walaupun kembali tanpa bernyawa. sekurang-kurangnya kubur bertanda. murung baca berita tanah lunsur batang kali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2022 10:59 PM | Show all posts
seribulan replied at 23-12-2022 11:16 AM
Puss in Boots best  best watak2 dia...

ada kat netflix juga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2022 08:17 AM | Show all posts
farhana008 replied at 28-12-2022 09:50 PM
2 bulan dah ni sembahyang duduk dah sebulan makan blackmores glucosamine nampak perubahan.

alhamdulillah...take care...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 08:18 AM | Show all posts
farhana008 replied at 28-12-2022 09:52 PM
masih lagi covid virgin. alhamdulillah

Ditto

.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2022 08:19 AM | Show all posts
farhana008 replied at 28-12-2022 09:56 PM
Alhamdulillah penantian keluarga berakhir walaupun kembali tanpa bernyawa. sekurang-kurangnya kubu ...

Minggu sebelum kejadian siblings pi Cameron...risau...dah derang balik...Kg Raja banjiir lumpur...mujo xde fataliti
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 08:20 AM | Show all posts

Oh...ingat panggung je sebab latest movie
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 08:22 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 08:27 AM | Show all posts
[size=0.8em]MENU


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]PRESSKenyataan Media KPK 28 Disember 2022 – Kes Jangkitan Naegleria Fowleri Pertama Di Korea Selatan[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON DECEMBER 28, 2022

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada sebuah laporan berita dalam media massa bertarikh 27 Disember 2022 yang melaporkan kes pertama jangkitan Naegleria Fowleri di Korea Selatan. Sebagai makluman, Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) telah mengesahkan bahawa seorang lelaki warga Korea Selatan yang berusia lingkungan 50-an meninggal dunia pada 21 Disember 2022 selepas dijangkiti ameba Naegleria Fowleri. Lelaki tersebut dilaporkan telah menetap selama empat bulan di sebuah negara Asia Tenggara sebelum kembali ke Korea Selatan pada 10 Disember 2022 yang lalu.
Naegleri Fowleri merupakan ameba termofilik atau dikenali juga sebagai  organisma sel tunggal protozoa yang boleh ditemui di seluruh dunia terutamanya di dalam habitat air tawar seperti tasik, kolam, sungai, mata air panas serta juga dalam tanah. Walau bagaimanapun, ia tidak ditemui dalam air masin seperti di lautan.
Ameba Naegleri Fowleri tersebut juga dikenali sebagai ‘ameba pemakan otak’ kerana berupaya menyebabkan kerosakan kepada otak melalui jangkitan sistem saraf tunjang. Ianya berupaya untuk masuk ke dalam badan manusia melalui hidung semasa aktiviti berkaitan air tawar. Namun, sehingga kini tiada bukti jangkitan boleh merebak melalui wap air atau titisan aerosol.
Gambar Ameba Naegleri Fowleri di bawah mikroskop (Sumber CDC USA)
Ameba Naegleri Fowleri ini boleh menyebabkan jangkitan otak yang teruk iaitu Primary Amoebic Meningoencephalitis (PAM),yang seterusnya boleh membawa maut. Pada peringkat awal, gejala PAM menyerupai gejala meningitis yang disebabkan oleh bakteria atau virus lain seperti sakit kepala, demam, loya, atau muntah. Gejala yang lebih serius seperti kekakuan leher (neck stiffness), kekeliruan (confusion), kurang kesedaran terhadap orang serta sekeliling (lack of attention to people and surrounding), sawan, halusinasi, dan koma juga boleh berlaku.
Kebiasaannya, gejala-gejala ini muncul sekitar lima hari selepas jangkitan (tempoh inkubasi) dan boleh muncul seawal satu hari atau selewat-lewatnya 12 hari selepas dijangkiti. Keadaan pesakit juga boleh bertambah teruk dengan cepat iaitu dalam tempoh lima hari dan kematian boleh berlaku dalam tempoh satu hingga 18 hari daripada onset gejala.
Penyakit ini didiagnosis melalui pengesanan asid nukleik Naegleria Fowleri di dalam cecair tulang belakang atau tisu otak individu yang dijangkiti. Manakala, rawatan bagi penyakit ini adalah dengan pemberian gabungan ubat-ubatan. Namun, rawatan adalah sangat terhad disebabkan perkembangan penyakit ini berlaku sangat cepat.
Sehingga kini, KKM mendapati bahawa tiada kes jangkitan Naegleria Fowleri ini dilaporkan berlaku di Malaysia. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia dinasihatkan agar berhati-hati dan mengambil langkah-langkah sewajarnya ketika melakukan aktiviti berkaitan air tawar seperti berikut;
  • Elakkan daripada menggali atau mengusik apa-apa sedimen yang berada di dasar tasik, kolam atau sungai memandangkan habitat ameba berada di situ;
  • Elakkan aktiviti seperti menyelam, melompat ke dalam air yang mana air yang mungkin dicemari oleh ameba boleh memasuki rongga hidung secara terus;
  • Mencuci badan dengan air yang terawat dan sabun selepas melakukan aktiviti di dalam air; dan
  • Segera mendapatkan rawatan apabila mengalami demam, sakit kepala, muntah atau kekakuan leher (neck stiffness) secara tiba-tiba terutamanya selepas melakukan aktiviti di dalam air.
KKM akan terus memantau rapi situasi jangkitan Naegleria Fowleri di dalam dan luar negeri dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan rakyat. Selain itu, KKM juga komited dalam memberikan informasi yang tepat dan responsif sekiranya terdapat perkembangan yang terbaharu tentang penyakit tersebut.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
28 Disember 2022







Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 09:04 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2022 11:36 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2022 11:38 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2023 11:28 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2023 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
DISEASE
Kenyataan Media KPK 1 Januari 2023 – Status Terkini Laporan Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) Vaksin COVID-19 mRNA Comirnaty
BY DG OF HEALTH ON JANUARY 1, 2023
STATUS TERKINI LAPORAN KESAN ADVERS SUSULAN IMUNISASI (AEFI) VAKSIN COVID-19 mRNA COMIRNATY

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), memantau secara berterusan risiko keselamatan semua vaksin berdaftar yang digunakan di Malaysia termasuk vaksin COVID-19 melalui pemonitoran laporan Kesan Advers Susulan Imunisasi (Adverse Events Following Immunisation (AEFI)). NPRA menerima semua jenis laporan AEFI yang disyaki atau berkemungkinan disebabkan vaksin. Statistik yang disediakan ini adalah berdasarkan semua laporan AEFI yang diterima, di mana bagi setiap satu aduan yang diterima, hubungkait antara kesan advers dengan vaksin yang diambil adalah dinilai dan disahkan.

Di Malaysia, terdapat dua (2) jenis vaksin COVID-19 mRNA yang telah diberikan pendaftaran bersyarat oleh PBKD iaitu Comirnaty (Pfizer) dan Spikevax (Moderna). Pada masa ini, hanya vaksin COVID-19 mRNA Comirnaty (Pfizer) digunakan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

LAPORAN AEFI DI KALANGAN PENERIMA VAKSIN COVID-19 COMIRNATY

Sejak bermulanya PICK pada 24 Februari 2021 sehingga 26 Disember 2022, sejumlah 44,813,270 dos vaksin Comirnaty telah diberikan. Sistem Pelaporan AEFI di NPRA telah menerima sejumlah 20,131 laporan AEFI untuk Comirnaty (bersamaan 449 laporan bagi setiap sejuta dos). Majoriti laporan yang diterima, iaitu 94.2%, adalah kes-kes yang tidak serius, sementara dan tidak menimbulkan sebarang potensi risiko kepada kesihatan penerima vaksin. Demam, sakit pada tempat suntikan, sakit kepala, sakit otot dan keletihan merupakan antara kesan advers yang kerap dilaporkan oleh penerima vaksin.

Daripada jumlah keseluruhan 20,131 laporan AEFI yang diterima untuk vaksin Comirnaty, hanya sebilangan kecil iaitu 1,162 laporan (bersamaan 25.9 laporan bagi setiap sejuta dos atau 5.8% daripada jumlah laporan AEFI yang diterima) dikategorikan sebagai AEFI serius berdasarkan klasifikasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu merujuk kepada kesan yang menyebabkan kemasukan ke dalam wad atau pemanjangan tempoh di wad, berpotensi mengancam nyawa atau menyebabkan kehilangan upaya yang signifikan atau memerlukan intervensi untuk mencegah kerosakan kekal tubuh, menyebabkan kecacatan semasa lahir atau disyaki menyebabkan kematian.

Daripada 1,162 laporan AEFI serius yang diterima NPRA dan berdasarkan penyiasatan yang dijalankan dan penilaian menyeluruh oleh Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Vaksin COVID-19 (JFK) setakat ini, hanya satu (1) kes radang otot jantung (myocarditis) yang berkemungkinan mempunyai hubung kait dengan vaksin Comirnaty yang diambil.

Kadar pelaporan di Malaysia adalah konsisten seperti yang dilaporkan di luar negara. Satu kajian keselamatan vaksin tempatan (SAFECOVAC) yang dijalankan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Klinikal (Institute for Clinical Research (ICR) mendapati bahawa profil keselamatan vaksin Comirnaty adalah pada tahap yang boleh diterima (acceptable) dan tidak menunjukkan peningkatan risiko myocarditis/pericarditis, acute facial paralysis, strok dan myocardial infarction dalam tempoh 21 hari selepas penerimaan vaksin Comirnaty.

Pemantauan NPRA juga dibuat bagi beberapa isu keselamatan berkaitan vaksin COVID-19 yang dikenal pasti di peringkat global sebagai Adverse Events of Special Interest (AESI) iaitu kesan alahan teruk yang boleh mengancam nyawa (anaphylaxis), kelemahan otot muka (acute facial paralysis/ Bell’s Palsy), radang otot jantung/lapisan jantung (myocarditis/pericarditis) dan masalah pembekuan darah dengan bacaan ujian platelet rendah yang disebabkan oleh vaksin (vaccine-induced immune thrombocytopenia and thrombosis, VITT). Sehingga 26 Disember 2022, kadar pelaporan tempatan untuk AESI adalah seperti berikut; anaphylaxis (1.6 bagi setiap sejuta dos), acute facial paralysis (2.0 bagi setiap sejuta dos), myocarditis/ pericarditis (1.5 bagi setiap sejuta dos) dan VITT (0.02 bagi setiap sejuta dos).

NPRA juga memastikan sisip bungkusan (package insert) produk Comirnaty di Malaysia dikemaskini dengan maklumat keselamatan terkini dari semasa ke semasa.

CARA MELAPORKAN AEFI VAKSIN COVID-19

KKM menggalakkan ahli profesional kesihatan dan penerima vaksin untuk melaporkan kesan AEFI yang dialami melalui saluran telah disediakan oleh KKM. Penerima vaksin yang mengalami AEFI boleh membuat notifikasi melalui aplikasi MySejahtera untuk kesan advers tidak serius yang telah disenaraikan dalam aplikasi tersebut. Selain itu, laporan AEFI juga boleh dibuat secara atas talian dengan mengisi borang pelaporan untuk pengguna, iaitu Consumer Side Effect Reporting Form (ConSERF) yang boleh diakses di laman sesawang NPRA ( www.npra.gov.my ). Pengguna juga boleh mencetak borang tersebut untuk diisi dan dihantar melalui e-mel [email protected] atau dipos ke NPRA. Penerima vaksin yang mengalami AEFI juga digalakkan untuk berbincang dengan ahli profesional kesihatan (seperti doktor dan ahli farmasi) sebelum menghantar laporan tersebut. Ini bagi membolehkan makumat klinikal lanjut diberikan berdasarkan rekod perubatan penerima vaksin supaya penilaian yang lebih baik dapat dibuat.

Secara keseluruhannya, pemantauan yang dijalankan oleh NPRA mendapati  perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) vaksin Comirnaty di Malaysia kekal positif. KKM melalui NPRA sentiasa komited dalam memelihara kesejahteraan penggunaan vaksin COVID-19 di Malaysia melalui pemantauan berterusan ke atas maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin.

Oleh itu KKM terus menggalakkan orang ramai untuk terus mendapatkan suntikan dos penggalak pertama dan kedua sekiranya telah mencapai kelayakan, terutama bagi mereka yang berisiko tinggi dan mempunyai penyakit komorbid. Syabas diiucapkan kepada mereka yang telah mendapatkan suntikan dos penggalak mereka dan teruskan membantu KKM memberi advokasi kepada keluarga, rakan serta orang di sekitar anda untuk turut mendapatkan suntikan vaksin mereka.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

1 Januari 2023
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2023 11:33 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2023 02:22 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 2-1-2023 01:23 PM

[size=0.8em]MENU


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]COMMUNICABLE DISEASEKenyataan Media KPK 2 Januari 2023 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 52 (25-31 Disember 2022)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON JANUARY 2, 2023
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
MINGGU EPIDEMIOLOGI 52 TAHUN 2022
(25 DISEMBER – 31 DISEMBER 2022)
Susulan daripada Kenyataan Media Menteri Kesihatan YB Dr Zaliha Mustafa hari ini mengenai pemantauan rapi dan berterusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap situasi semasa COVID-19, kenyataan ini akan memberi maklumat terperinci mengenai laporan dan situasi terkini COVID-19 bagi Minggu Epidemiologi 52 Tahun 2022.
STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN
KKM ingin memaklumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC)bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 18.3 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-52 tahun 2022 (ME 52/2022) berbanding ME 51/2022 (Rajah 1);

Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi  setiap 100,000 populasi pada ME 52/2022 berbanding ME 51/2022 adalah seperti berikut (Rajah 2);
  • Pesakit kategori 1 dan 2 menurun sebanyak 35.0 peratus; manakala
  • Pesakit kategori 3, 4, dan 5, menurun sebanyak 31.6 peratus.

Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 52/2022 berbanding ME 51/2022 (Rajah 3) adalah seperti berikut:
  • Katil bukan kritikal menurun sebanyak 3 peratus; dan
  • Katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sebanyak 1 peratus.

Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) menurun sebanyak 0.2 peratus (Rajah 4) pada ME 52/2022 berbanding ME 51/2022.

PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)
Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan penurunan.
Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 51/2022 dan ME 52/2022 (Rajah 5):
  • Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 41.2 peratus;
  • Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 30.9 peratus; dan
  • Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital juga menurun sebanyak 22.2 peratus jika dibandingkan dengan minggu sebelumnya.

Untuk CAC Maya, jumlah kes yang melengkapkan penilaian kendiri (HAT) terus menurun sebanyak 38.8 peratus pada akhir ME 52/2022 berbanding ME 51/2022; iaitu dari 6,516 kepada 3,990 kes. Dari jumlah tersebut, peratusan individu dengan Kategori 2b dan ke atas adalah 7 peratus (283 kes) seperti Rajah 6:

STATUS TERKINI KES COVID-19
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 31 Disember 2022 (ME 52/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
  • Kumulatif kes baharu: 5,026,677;
  • Kumulatif kes sembuh: 4,978,194 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 36,853 kes; dan
  • Kumulatif kluster: 7,165 kluster (kluster aktif: 12 kluster).
Perbandingan antara ME 51/2022 dan ME 52/2022:
  • Bilangan kes sembuh pada ME 52/2022 menurun sebanyak24.7 peratus (7,791 kes kepada 5,869 kes) (Rajah 7);
  • Bilangan kes baharu pada ME 52/2022 menurun sebanyak 36.1 peratus (5,894 kes kepada 3,767 kes) (Rajah 8);
    • Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 36.5 peratus (5,880 kes kepada 3,735 kes); dan
    • Bilangan kes import meningkat sebanyak 129.6 peratus (14 kes kepada 32 kes).
  • Bilangan kes kematian pada ME 52/2022 menurun sebanyak29.0 peratus (31 kes kepada 22 kes); dan
  • Purata kes aktif setiap hari bagi ME 52/2022 menurun sebanyak 14.7 peratus (14,580 kes kepada 12,433 kes) (Rajah 9).



NILAI RT
Nilai RT pada ME 52/2022 adalah 0.79 (Rajah 10).

SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19
KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 52/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:
  • Sebanyak 45 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 6.3 peratus pada ME 52/2022 (Rajah 11);
  • Tiada sampel SARI dikesan positif COVID-19 pada ME 52/2022 (Rajah 12); dan
  • Kadar sampel positif ILI dan SARI bagi virus Influenza meningkat (Rajah 11 dan 12).


PEMANTAUAN PESAKIT COVID-19 OLEH VIRTUAL CAC SELEPAS TAMAT PERKHIDMATAN ROBOCALL
KKM telah melaksanakan inisiatif pemantauan pesakit COVID-19 secara maya (Virtual CAC) bermula 25 Julai 2021 bagi penduduk di Lembah Klang iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Daerah Seremban, Negeri Sembilan yang melibatkan pemerkasaan individu untuk memantau dan melaporkan status kesihatan masing-masing. Melalui pelaksanaan Virtual CAC, individu positif yang tidak bergejala dan bukan dalam golongan berisiko tinggi (berumur >60 tahun, mempunyai comorbidity atau wanita mengandung) tidak perlu hadir ke CAC. Mereka sebaliknya perlu membuat pemantauan kendiri dan melaporkan status kesihatan menggunakan aplikasi MySejahtera setiap hari. Individu juga akan menerima Home Surveilance Order (HSO) dan Release Order (RO) secara digital, tanpa perlu hadir ke CAC. Perkhidmatan Virtual CAC telah diperluaskan ke seluruh negara sejak pertengahan September 2021.
Proses ini melibatkan kerjasama strategik antara agensi swasta bagi memastikan intervensi yang dilaksanakan adalah berkesan. Syarikat TIMEdotCom telah membantu dengan menyediakan perkhidmatan Automated Voice Recording (Robocall) untuk kumpulan individu yang masih belum menjawab soalan HAT dalam aplikasi MySejahtera dan kepada individu yang melaporkan Tanda Amaran (Warning Signs) secara Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
KKM ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan (CSR) yang telah diberikan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi negara dalam bentuk pakej talian telefon, kadar panggilan lebih rendah, kadar SMS yang dikecualikan; serta bantuan ejen panggilan tambahan untuk operasi talian CPRC HOTLINE dan CAC HELPLINE Kebangsaan sejak 2020 hingga 2022.
Bagi 2023 dan ke hadapan, pemantauan pesakit COVID-19 yang tidak bergejala dan bergejala ringan akan diteruskan melalui kaedah berikut:
  • Pelaporan HAT dan pemantauan individu yang tidak bergejala akan menggunakan platform MySejahtera secara keseluruhan, melibatkan laporan kendiri Home Assesment Tool (HAT), notifikasi peringatan untuk menjawab HAT, notifikasi individu yang melaporkan tanda amaran serta notifikasi kepada individu yang layak mendapat rawatan ubat antiviral PAXLOVID. Semua ini adalah melalui notifikasi daripada aplikasi MySejahtera.
  • Pemantauan pesakit COVID-19 secara maya akan diteruskan oleh pasukan petugas di CAC dan Fever Centre Klinik Kesihatan masing-masing.
  • CPRC di peringkat Negeri akan terus bertanggungjawab untuk memantau situasi COVID-19 di negeri masing-masing.
  • Pemberian HSO dan RO secara digital diteruskan seperti biasa melalui aplikasi MySejahtera.
Oleh itu, KKM ingin mengingatkan agar semua individu terutama mereka yang disahkan positif untuk mengaktifkan fungsi notifikasi aplikasi MySejahtera dalam telefon pintar masing-masing bagi memastikan mekanisma pemantauan kendiri ini berfungsi dengan baik. Rajah 13 menunjukkan pecahan pesakit COVID-19 dalam pemantauan Virtual CAC.

PENULARAN PELBAGAI VARIAN DI MALAYSIA HASIL SURVELAN GENOM SARS-COV2
Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sejak Februari 2022, lebih 98 peratus varian SARS-CoV-2 yang menular di dunia adalah jenis Omicron dan hasil mutasi terutama pada domain reseptor-pengikat (receptor binding domain-RBD) dalam kalangan VOC Omicron telah menghasilkan pelbagai jenis sub susur galur (sublineage). Terdapat beberapa susur galur dari Omicron yang mempunyai kepentingan kesihatan awam disebabkan kadar jangkitan yang lebih tinggi serta kadar immune escape yang lebih tinggi.
Oleh yang demikian, WHO di atas nasihat WHO Technical Advisory Group on SARS-CoV-2 Virus Evolution (TAG-VE) telah mewujudkan terma ”Lineage Under Monoitoring” (LUM). Pada masa ini terdapat 5 sublineage Omicron yang telah dikelaskan sebagai LUM termasuk BA.5, BA.2.75, BA.4.6, XBB, dan BA.2.3.20. Semua jenis LUM tersebut sudah dikesan di Malaysia tetapi dalam peratusan yang berbeza.
Hasil survelan genomik SARS-CoV-2 di Malaysia terkini iaitu sepanjang Disember 2022, menunjukkan dominasi varian XBB di Malaysia, iaitu varian ini merangkumi sebanyak 55.4 peratus daripada bilangan sampel yang berjaya menjalani penjujukan genom; diikuti dengan varian BA.2.75 (20.8 peratus) dan varian BQ.1 (10.8 peratus). Ini menunjukkan bahawa varian XBB masih merupakan varian utama yang menular dalam kalangan penduduk Malaysia sejak bulan Oktober 2022. Kedua-dua varian XBB dan BA.2.75 adalah sejenis varian Lineage Under Monitoring (LUM) WHO.
Data daripada negara-negara lain yang telah mengalami penularan XBB seperti Singapura dan India menunjukkan peningkatan bilangan kes jangkitan semula terutama dalam kalangan penduduk yang dijangkiti semasa gelombang Delta atau dijangkiti oleh VOC Omicron sekurang-kurang 6 bulan lalu. Kejadian jangkitan semula adalah disebabkan kejadian immune escape yang lebih tinggi oleh XBB. Ini mungkin disebabkan oleh tahap antibodi yang sudah mula berkurangan dan menyebabkan jangkitan semula tidak dapat dielakkan. Oleh yang demikian, adalah disarankan supaya golongan yang mempunyai masalah kesihatan mengambil dos penggalak kedua supaya sistem imun dapat bersedia untuk sebarang jangkitan semula.
Berdasarkan maklumat terkini, WHO Technical Advisory Group on SARS-CoV-2 Virus Evolution (TAG-VE) berpendapat bahawa ciri-ciri phenotype XBB tidak banyak berubah berbanding dengan sublineage Omicron yang lain sebelum ini, dari segi keperluan tindakan kesihatan awam, walaupun terdapat penambahan mutasi yang dikaitkan dengan immune escape. Langkah-langkah kesihatan awam adalah masih sama seperti yang diambil untuk VOC-LUM sebelum ini.
Walaupun varian-varian SARS-CoV-2 ini boleh menyebabkan jangkitan semula, namun belum ada data yang menunjukkan ia mengakibatkan jangkitan serius sehingga menyebabkan kemudaratan atau kematian. Ini menunjukkan pemberian vaksin telah berhasil menyediakan sistem pertahanan imun untuk sebarang jangkitan varian-varian SARS-CoV-2 dan mengelakkan kemerosotan kesihatan.
Sementara itu, di negara China pula, varian BA.5.2 dan varian BF.7 merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada varian yang menular di negara tersebut pada masa ini. Kedua-dua varian ini tergolong sebagai sublineage Omicron BA.5 dan belum digolongkan sebagai Lineage Under Monitoring (LUM) WHO. Walau bagaimanapun, kedua-dua varian BA.5.2 dan BF.7 dipercayai boleh menyebabkan jangkitan semula atau mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi disebabkan oleh bilangan kes yang tinggi di China.
Kedua-dua varian BA.5.2 dan BF.7 telah juga dikesan di Malaysia. Setakat 31 Disember, 2022 terdapat sebanyak 4,148 kes yang dijangkiti dengan BA.5.2 dan tiga (3) kes yang dijangkiti dengan BF.7. Walau bagaimanapun, belum ada data yang dapat mengaitkan peningkatan bilangan kes kemudaratan atau kematian dengan varian BA.5.2 dan BF.1.
Situasi ini akan disemak dari semasa ke semasa apabila terdapat sebarang perubahan ketara yang seterusnya memerlukan perubahan dalam strategi kesihatan awam. Perkara ini akan diumumkan dengan segera oleh WHO kepada semua negara anggota WHO serta penduduk secara am.
SURVELAN PERSEKITARAN COVID-19 MENGGUNAKAN AIR KUMBAHAN
Malaysia telah mula menjalankan survelan persekitaran COVID-19 menggunakan air kumbahan sejak Jun 2022. Ia bertujuan sebagai survelan sokongan (Supplementary Surveillance) bagi COVID-19 sejajar dengan Fasa Peralihan ke Endemik negara. Objektif survelan ini bertujuan sebagai amaran awal melalui pengesanan kehadiran virus SARS-CoV-2 dalam sampel air kumbahan, memberi gambaran tren kepekatan virus SARS-CoV-2 dan mengenalpasti varian SARS-CoV-2 yang terdapat dalam komuniti serta memantau keberkesanan intervensi kawalan COVID-19 secara amnya. Ia melibatkan sampel dari dari Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) serta lima belas lokasi sentinel bagi mewakili setiap negeri di Malaysia.
Bagi lokasi sentinel di setiap negeri, sampel air kumbahan diambil dari loji rawatan kumbahan terpilih oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang berkenaan. Sebanyak dua (2) atau tiga (3) sampel diambil dari setiap lokasi sentinel setiap bulan mengikut keperluan. Sampel-sampel ini kemudiannya dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) bagi proses pengujian.
Bagi sampel dari PMA pula, penilaian risiko dijalankan secara berterusan bagi mengenalpasti negara-negara yang berisiko. Hasil penilaian ini, kesemua penerbangan dari negara yang dikenalpasti kemudiannya diteliti dengan lebih lanjut oleh Pejabat Kesihatan (PK) KLIA. Secara amnya semua air kumbahan kapal terbang akan dibawa keluar dari kapal terbang melalui lavatory truck ke aircraft waste disposal facilities (AWDF) dan proses ini diselaraskan oleh pihak Airport Ground Handler.
Setelah penerbangan yang disasarkan dikenalpasti, proses persampelan air kumbahan ini dijalankan oleh PK KLIA dengan kerjasama pihak lapangan terbang KLIA sebelum air kumbahan ini dilepaskan ke AWDF. Sampel-sampel ini kemudiannya dihantar ke MKAK bagi proses pengujian. Persampelan air kumbahan dari pesawat dijalankan sebanyak dua (2) kali seminggu.
Bagi survelan air kumbahan dari pesawat ini, sebanyak 1 liter sampel air kumbahan diambil dari pesawat terpilih dan dihantar ke MKAK. Sampel air kumbahan yang telah dikumpul dan diterima di makmal akan dijalankan proses konsentrasi virus diikuti proses pengekstrakan RNA virus SARS-CoV-2. Seterusnya, proses amplifikasi dan pengesanan virus akan dilakukan menggunakan kaedah Realtime RT-PCR menggunakan kit khas bagi sampel air kumbahan. Bagi sampel positif dengan nilai CT ≤ 30, ujian penjujukan genom penuh akan dilakukan bagi mengesan varian, sublineage, dan mutasi bagi virus berkenaan. Keputusan ujian seterusnya dikongsikan dengan Pegawai Epidemiologi bagi analisis dan pengumpulan data terperinci untuk melihat tren sebagai survelan berterusan dan proses intervensi.
Sehingga 31 Disember 2022, MKAK telah menerima sejumlah 330 sampel air kumbahan dengan 29 sampel (8.8%) dari PMA dan 301 (91.2%) sampel dari lokasi sentinel. Bagi 29 sampel dari PMA ini, hasil pengujian MKAK menunjukkan 28 sampel (96.5%) mempunyai kehadiran SARS-CoV-2 dengan varian Omicron dan satu (1) masih dalam proses pengujian. Daripada 28 sampel ini, lima belas (15) daripadanya iaitu 53.6% telah lengkap ujian WGS dan didapati sublineage dominan yang dikesan adalah BA.5, BA.2, BA.2.75, dan BA.2.12. Manakala bagi 301 sampel lokasi sentinel, 288 (95.7 peratus) dikesan kehadiran SARS-CoV-2, tiga (3) tidak dikesan manakala sepuluh (10) masih dalam proses pengujian. Daripada 288 sampel positif Omicron ini, 32 (11.1 peratus) telah lengkap ujian WGS dengan sublineage dominan yang dikesan adalah BA.5, BA.2, BA.2.75 dan BA.2.12.
Seiring dengan keadaan semasa, survelan air kumbahan PMA ini akan turut melibatkan sampel dari negara China. Ini akan membolehkan KKM memantau kemasukan varian SARS-CoV-2 dari negara China sebagai salah satu langkah kawalan dalam menghadapi situasi semasa ini.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2023
KKM ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2023 kepada semua rakyat Malaysia.
KKM juga ingin menyarankan agar orang ramai sentiasa mengamalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, Seek). Bagi mereka yang berisiko tinggi termasuk individu yang mempunyai komorbid amat digalakkan memakai pelitup muka terutama di kawasan atau tempat yang sesak, seperti perhimpunan ramai.  Mereka yang bergejala juga digalakkan memakai pelitup muka dan menjalankan ujian COVID-19 kendiri.
Semoga pada tahun ini membawa keamanan, keharmonian, kemakmuran, serta perpaduan yang utuh kepada negara Malaysia yang berbilang kaum.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Peralihan fasa ini juga disebabkan oleh kejayaan program vaksinasi COVID-19 di seluruh negara.
Walaupun demikian, KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S;
  • Amalkan 3W;
  • Amalkan TRIIS;
  • Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. Aktifkan fungsi notifikasi aplikasi MySejahtera dalam telefon pintar masing-masing. Notifikasi melalui MySejahtera akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari (bagi mereka yang dikesan positif COVID-19);
  • Individu yang layak mendapat rawatan Paxlovid atau perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di ( https://covid-19.moh.gov.my/hotline ) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Individu yang belum menerima dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
2 Januari 2023 @ 1.00 petang








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2023 06:18 PM | Show all posts
seribulan replied at 29-12-2022 08:17 AM
alhamdulillah...take care...

selamat tahun baru kome! maaf lambat sbb berada di kampung masa tu. alhamdulillah sakit kaki berkurang. salah satu nak kurang, kena kurangkan berat badan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 01:35 AM GMT+8 , Processed in 5.946146 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list