|
[Negeri Sembilan]
Rumah Borak Negeri Sembilan #94
[Copy link]
|
|
okey mek @tari n cikseri sila sambung...... |
|
|
|
|
|
|
|
Iceland
|
|
|
|
|
|
|
|
Bubur Lambuk daging
Bahan2..
2 mug beras ( rendam dlm 20min).
Daging ( 1/2 kg...campur yg berlemak).
Rempah sup..( 1 bungkus kecil)
Santan.. (.250 ml)
Lada hitam...3 sb.
Bwg merah...3 biji.
Bwg putih...8 ulas.
Halia....2 jari.
Kentang.
Lobak merah.
Daun sup.
Bwg goreng.
Cara2...
Blend bwg2 & halia...tumis sehingga bwg agak garing.
Masukkan rempah sup....tumis sehingga rempah masak.
Masukkan daging...gaul sebati & masukkan beras.
Goreng beras seketika...masukkan air.
Rebus beras sehingga nmpk lembut.
Masukkan santan & garam..
Lada hitam serbuk masukkan juga.
Masukkan kentang & lobak merah..
Bila sayur dah lembut...tabur daun sup & bwg goreng...
Sesuaikan rasanya..
Bubur Lambuk siap.
*boleh digandingkan dgn ayam/ udg juga.
*bubur lambuk amat popular di bulan ramadhan...
*yg penting...berkhasiat..mudah disediakan & menyelerakkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
CHILLI CRAB
Bahan:
Ketam Bunga 3 ekor
Bawang Putih 10g
Cili Merah 10g
Halia 10g
Cili Padi 2 batang
Telur sebiji
Seasoning:
Sos Tomato 4 sudu
Sos Cili 2 sudu
Air 50g
Gula 2 tspoon
Garam 1 tspoon
MSG (ajinomoto)
Cara-cara :
1.buangkan bahagia dan potong jadi 2 dan sediakan
2.tambahkan sikit minyak, tumiskan bawang putih, halia, cili merah dengan cili padi sampai bahan-bahan jadi wangi
3.masukan 4 sudu sauce tomato, 2 sudu cili dan tumiskan sampai keluar minyak.
4.selepas keluar minyak, boleh masukan air dengan seasoning (2 teaspoon gula, 1 teaspoon garam dan sedikit MSG)
5.selepas itu boleh masukan bunga ketam dan masaknya selama 5 minit
6.selepas 5 minit masukan air campur dengan tepung jagung
7.untuk pekatkan dan last kali masukan telur.
8.Siap
|
|
|
|
|
|
|
|
Norway
|
|
|
|
|
|
|
|
KUIH BOM INTI KELAPA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung pulut
2 sudu makan tepung gandum
Garam secukup rasa
1 cawan air
Bijan secukupnya untuk salut
BAHAN INTI:
1 biji kelapa parut putih sahaja
1 cawan gula merah atau gula Melaka
2 sudu makan gula pasir
2 helai daun pandan-disimpul
Sedikit air untuk melarutkan gula
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat inti, gaulkan kesemua bahan inti dalam kuali dan jerangkan di atas api yang sederhana.
2. Kacau inti hingga melekit dan separa kering. Angkat dan ketepikan
3. Bila sudah sejuk kepal inti bulat-bulat. Ketepikan.
4. Untuk membuat doh, satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
5. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
6. Jika terlembik tambahkan sedikit lagi tepung beras pulut.
Sapukan sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan leperkan dan masukkan inti kelapa yg telah dikepal bulat-bulat tadi.
7. Golekkan di atas bijan.
8. Kemudian goreng dlm minyak panas hingga kekuningan.
Angkat dan toskan.
|
|
|
|
|
|
|
|
ASAM PEDAS DAGING
Bahan-bahan:-
-Sekilo daging rebus dulu naaa..
-2 biji bawang sederhana besar (blander)
-5 biji bawang kecil (blander)
-5 ulas bawang putih (blander)
-10 ke15 biji cili kering (rebus dan blander)
-3 ke 4 biji cili padi (nak pedas boleh tambah dan blander)
-2 inci lengkuas (blander)
-1 inci halia (blander)
-1 1/2 inci belacan (blander)
-1 keping gula melaka
-Setengah cawan air asam jawa
-Sebatang serai dikeduk
-3 helai daun limau purut
-Segengam daun kesum
-Garam & air secukupnya.
-Tomato dan kacang benci (hiasan)
Cara-cara-
1) Panaskan minyak dengan mencukupi, masukkan serai kemudian tumis bahan2 yang dah siap blander.
2) Masak sehingga bahan2 betul2 masak & garing dengan api yang perlahan. Bila dah pecah minyak sedikit masukkan daun kesum, daun limau purut & kepingan gula melaka, gaul sebati dan masak sehingga garing dan pecah minyak, ini bagi memastikan air bawang betul2 kering.
3) Selepas tu masukkan daging yang dah direbus tadi bersama air asam jawa. Gaul sebati & biarkan 5 minit daging berpalut pada bahan2 yang lain.. kemudian tambah 2 cawan air bersama gula dan garam. masak sehingga kuah asam pedas pekat dan daging lembut.
4) Kemudian bolehlah masukkan potongan tomata & kacang bendi. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
|
|
|
|
|
|
|
|
just 1 more |
|
|
|
|
|
|
|
page 97 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|