|
BORAK2 WARGA CERLY [VERSI KE-8 ]:JWB TEKA TEKI DPT PINAT!!
[Copy link]
|
|
Reply #1920 khasha's post
aku suka emoticon ni comeyyy sesangat |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1903 feirina\ catat
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1921 jawagondrong's post
khas untuk jawa |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1924 khasha's post
wah melantun2 tu yg tak tahan tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1919 jawagondrong's post
hahahahahaahahahahahahaha
sengallll.....colgate ler mokcik...congkak lak...bantai lerr congkakk jerr lerrrr...keh keh keh keh keh...
Balik kang nak cakap ler kat sayang anis...sayang, nak congkakkkk....kekekekee |
|
|
|
|
|
|
|
asyik lawak sx jer aku tukau topik pulak ler untuk kita kongsi sesama...
Allahu Akbar!!
ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya
yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa
kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'
.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.'
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib
menghormati azan Banyak fadhilatnya
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan
diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan
kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah
'Lailahaillallah..'
yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .'
semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin..'
[ Last edited by jawagondrong at 29-7-2008 04:33 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1934 AnisSuraya's post
ada lagi nak ke...untuk kita share bersama... |
|
|
|
|
|
|
|
"Rasulullah SAW Dan Pengemis Buta"
Di pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta, dia selalu berkata lepada orang yang mendekatinya "wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".
Tetapi tanpa disedari pengemis Yahudi yang buta itu, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke saat kewafatannya. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.
Suatu hari Abu Bakar r. a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r. ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r. ha menjawab pertayaan ayahnya, "wahai ayahanda engkau adalah seorang yang mengamalkan sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sahaja ".
"Apakah itu?", tanya Abu Bakar r. a.. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r. ha.
Keesokan harinya Abu Bakar r. a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r. a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r. a mulai menyuapinya, si pengemis itu marah sambil berteriak, "siapakah kamu?". Abu Bakar r. a menjawab, "aku orang yang biasa".
"Bukan !, engkau bukan orang yang biasa ", jawab si pengemis buta itu. Apabila dia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan kepada pada aku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar r. a tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, ya, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.
Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r. a dia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, malah dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia....
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya memeluk agama Islam dihadapan sayidina Abu Bakar r. a..
Petikan dari kitab Ihya’.
Semoga akhlak yang baik dan mulia itu menjadi amalan dan sikap peribadi kita. Berdosa pada Allah, kita boleh memohon keampunannya, tetapi berdosa sesama manusia, kita mesti memohon kemafaan daripadanya kemudian bertaubat kepada Allah.
Pengajaran:
- Jangan mudah menerima khabar berita yang belum tentu sahihnya.
- Berbuat baik kepada orang yang menyakiti kamu, apatah lagi yang berbuat baik kepada kamu.
- Banyak bersedekah.
- Perbanyakkan membuat kebajikan.
- Sentiasa mengintai-ngintai akan amal kebaikan yang masih belum dilaksanakan.
- Dengan akhlak dan peribadi yang mulia, bisa menjinakkan hati-hati manusia untuk kembali kepada fitrah asal mereka.
- Hindari dari menyakiti sahabat, jiran tetangga, atau sesiapa sahaja.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
last tuk kita kongsi bersama....
FAHAMKAH KITA APA YANG TELAH KITA IKRARKAN ?
Di dalam sembahyang, kita selalu menyebut dalam doa iftitah:
“inna solati wa nusuki, wamahyaya, wa mamati lillahi rabbil 'alamiin”
maksudnya: Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah Tuhan Sekelian Alam).
Do'a iftitah diucapkan setelah takbir pada raka'at pertama dalam sembahyang.
Dalam al-Quran juga menyebut:
“qul inna solaati wanusuki wamahyaaya wamamaati lillaahi rabbi al'aalamiin”. Maksudnya:
“ katakanlah (wahai Muhammad) sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah Tuhan sekelian alam”
Mungkin ada dikalangan kita yang tidak memahami selama ini, apa yang sering kita ucapkan di dalam sembahyang.
inna pada bahasa melayu ertinya sesungguhnya, ia mengandungi makna sesuatu yang pasti, atau penyerahan/pengakuan/ikrar yang mengandung kebenaran.
Kata inna ini banyak dijumpai dalam firman Allah SWT, antaranya :
... Sesungguhnya (inna) Allah berkuasa atas segala sesuatu.
(al-Baqarah:20)
... Sesungguhnya (inna) Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui
(al-Baqarah :30)
... Sesungguhnya (inna) Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
(al-Baqarah:37)
Dari sudut bahasa Malaysia, kata inna (sesungguh) membawa erti janji atau kebenaran, atau penyerahan secara utuh, seperti perkataan :
Sesungguhnya aku mencintai mu.
Maka ketika kita berkata : Inna (sesungguhnya) sembahyang kami, ia adalah merupakan janji, ikrar, ataupun bai'ah kita kepada Allah SWT.
Persoalannya, apakah benar sikap atau tingkah laku kita sudah sesuai dengan apa yang kita selalu ucapkan itu ?
Apakah benar bahwa sembahyang, ibadah, hidup, dan mati kita hanya diperuntukkan kepada Allah semata-mata ?
Semoga kita semua dijauhkan dari apa yang Allah SWT firman :
“Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu hanya mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”.
Wallahu a’lam.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|