|
SHAH ALAM - Jumlah keseluruhan mangsa banjir di seluruh negara pada Ahad terus meningkat dalam tempoh lima jam daripada 5,385 orang kepada 10,870 setakat jam 9 malam Ahad.
Selain Kelantan, Terengganu Pahang dan Johor, dua negeri terbaharu turut terjejas banjir pada Ahad ialah Sarawak.
Menurut kemaskini di laman web InfoBencana JKM, Kelantan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 5,832 orang melibatkan 1,737 keluarga yang ditempatkan di 59 PPS yang dibuka.
Sementara itu, Terengganu pula merekodkan seramai 4,865 mangsa banjir yang berada di 96 PPS dan melibatkan 1,439 keluarga. |
|