Jual gula-gula khayal di TikTok: MCMC buat laporan polis
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah membuat laporan polis berhubung kegiatan penjualan gula-gula mengkhayalkan disyaki dadah menerusi aplikasi media sosial, TikTok. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata laporan polis itu dibuat hari ini selepas perkara itu didedahkan pengguna media sosial di aplikasi X. Beliau berkata, hasil semakan mendapati pihak TikTok sudah menurunkan kandungan terbabit dan ia tidak lagi boleh diakses di negara ini. "Bagaimanapun berdasarkan produk terbabit, saya minta MCMC meluaskan siasatan dan carian untuk mengenal pasti pihak lain yang cuba menjual dadah seperti ini di platform bukan hanya TikTok, tetapi (di platform media sosial) lain.
"Satu laporan polis (sudah) dibuat dan kita serah (kes ini) kepada polis untuk menjalankan siasatan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1302833/jual-gula-gula-khayal-di-tiktok-mcmc-buat-laporan-polis
|