Belanjawan 2025: RM200 juta laksana Dasar Gaji Progresif
Pegawai dan kakitangan Jabatan Wilayah Persekutuan mengikuti pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi siaran langsung dari Parlimen, ketika tinjauan Foto BERNAMA di Putrajaya hari ini.
KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM200 juta bagi pelaksanaan Dasar Gaji Progresif yang akan memanfaatkan 50,000 pekerja di negara ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata dasar ini akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun hadapan selepas dilaksanakan secara rintis sejak Jun lalu. "Dasar Gaji Progresif ialah ikhtiar Kerajaan MADANI untuk mereformasi pasaran buruh dengan matlamat meningkatkan pendapatan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1312752/belanjawan-2025-rm200-juta-laksana-dasar-gaji-progresif
|