|
Artis terkenal lancarkan koleksi tudung baru di Zouk. Apa kata caritizen? Yay or
[Copy link]
|
|
Wakefield replied at 27-2-2018 07:50 PM
Most probably yes. Sebab I mcm speechless diorg yang back-up dengan pelbagai komen ni macam x da ...
Yess..tt..iols sokong cadangan kaka wake ni. Pls compile n tepek kat muka depan..untuk renungan bersama |
|
|
|
|
|
|
|
Incanto replied at 27-2-2018 08:41 PM
Hajjah on Hlive
Buruk nya dressing ( as usual)...skirt kembang Nampak lagi katek
Nia ingat nia je nmpk bende tu buruk.sebab bertebaran di insta hijabis sume dok memuja fesyen beliau |
|
|
|
|
|
|
|
multinicky replied at 27-2-2018 07:54 PM
katenyee sale jota, tetibe klu venue kan tempat lain bajet x ckp plak katenyee.. smp birthda ...
Harussslaa duit takde..hajah kan boros g sana sini. Bayo sana sini supaya kekal relevan |
|
|
|
|
|
|
|
sofiazara replied at 27-2-2018 07:54 PM
ni yg mana chuols...ce citerr
Ni yang ada forumer tepek igs owner tudungpeople punya statement |
|
|
|
|
|
|
|
faz dan kbong tak go for cheap marketing gimmicks
They hv class
Tak payah stoop to Zouklop level to dapat duit
|
|
|
|
|
|
|
|
c_apple replied at 27-2-2018 04:50 PM
Amboi laju kaka bab sohai
Bagai diseru2 gituuuu
Sanggup tinggal kk kat bod sana hehe
of course uols.. di mana ada hot topic, disitu i ada. kalau Queen suam2 kuku kesenduan dan Aimy pulak ada hot story, I lari ke kisah Aimy pulak hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Dr muhaya taknak komen pape psl anak angkat kesayangan? |
|
|
|
|
|
|
|
boboiyot replied at 27-2-2018 08:20 PM
Kat mana2 hari ni org cite pasal ni je....maka tercapaila marketing nya.
Masa akak aku ckp malam t ...
Boyot..kelakarnya komen you
Mcm x percaya je sold out.either dia kuarkan sikit ala2 limited edition @ marketing strategy sajork. |
|
|
|
|
|
|
|
Beghak nanang oghang Melayu setagho nim.. |
|
|
|
|
|
|
|
neelofa...bodo bertingkek tingkek..bodo bertingkek tingkek ngok |
|
|
|
|
|
|
|
Masa tu sambung shooting tiamok kot
So start balik geselan zulop
Aku rasa lah
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi PokYa berkenan sangat ko Pa ni...ore pasir Mas dok? Lagipun hari tu Pa royak suko laki matang |
|
|
|
|
|
|
|
aechae replied at 27-2-2018 08:50 PM
Dh ada org tepek blum surat terbuka dr mufti KL?
Ni iols amik dari twitter |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Incanto replied at 27-2-2018 08:58 PM
faz dan kbong tak go for cheap marketing gimmicks
They hv class
Agreed. Fazzyy is way way wayyyyy classy. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by barfi at 27-2-2018 09:18 PM
Laaa iols baru tahu nisa kay rupanya yg menari macam penari tiang tu..
Iols mmg dah lama menyampah nisa kay ni. Muka tak cantik pun tapi gigih nak jadik famous vlogger instafamous hujung2 kau tetap sendu..
Nisa bitch betoi |
|
|
|
|
|
|
|
aechae replied at 27-2-2018 12:50 PM
Dh ada org tepek blum surat terbuka dr mufti KL?
Tepek please y iolls tak boleh buka web mufti.. Dh kene hack dgn penjilat lopak ke |
|
|
|
|
|
|
|
intnjuliet replied at 27-2-2018 09:04 PM
Tepek please y iolls tak boleh buka web mufti.. Dh kene hack dgn penjilat lopak ke
Iols pn baca kt fb je td...huhuuu |
|
|
|
|
|
|
|
RiriTulip replied at 27-2-2018 08:22 PM
Agak2 lopa balik rumah nangis sedu sedan tak? Sesal seumur hidup ko lopa. Wrong move this time!
Hoii...kalis maki dia ni... |
|
|
|
|
|
|
|
QALAM MUFTI #2: SURAT TERBUKA KEPADA HAJJAH NEELOFA
*Klik [http://muftiwp.gov.my/ms/sumber/berita/pejabat-mufti-wilayah-persekutuan/2318-qalam-mufti-2-surat-terbuka-kepada-hajjah-neelofa] untuk membaca di laman web PMWP
Semoga Hajjah Neelofa dalam keaadan sihat sejahtera hendaknya.
Alhamdulillah kami merafa’kan setinggi kesyukuran ke atasnya, selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, para sahabat yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari akhirat. Kami telah menerima berita yang hangat melalui Facebook, Instagram dan media sosial lain berkaitan isu pelancaran produk Naelofar Hijab di Zouk, Kuala Lumpur. Kami mendapat pelbagai pandangan sama ada yang mengecam dan tidak kurang juga yang menyokong tindakan tersebut. Justeru kami terpangil untuk menulis surat terbuka kepada Hajjah Neelofa berkenaan hal ini.
1. Tudung adalah lambang kehormatan wanita. Tudung adalah simbol kepatuhan seorang hamba kepada perintah Tuhannya. Tudung juga adalah salah satu bentuk kesempurnaan dalam beragama. Sebenarnya, tudung adalah simbol sifat malu seorang wanita, simbol akhlak Muslimah yang perlu dipelihara dan simbol kemegahan Islam yang wajar dibanggakan.
2. Pemakai tudung tidak semestinya sempurna, namun sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Indahnya pemakai tudung bukan hanya kerana memelihara auratnya, tetapi lebih daripada itu, mereka sebenarnya memelihara agama-Nya dan mematuhi Allah dan Rasul-Nya.
3. Sangat sukar sebenarnya untuk konsisten bertudung dengan memelihara perilaku dan adab kesopanan. Sehinggakan ada yang menolak untuk bertudung kerana tidak mahu hipokrit. Sedangkan perubahan daripada tidak bertudung, kepada bertudung bukanlah satu bentuk hipokrit kerana ia tidak hanya melibatkan penghijrahan diri tetapi juga penghijrahan hati dalam usaha menggapai redha Ilahi. Jika bukan redha-Nya yang kita impikan, apa lagi yang hendak kita cari di dunia ini?
4. Tidak salah untuk kita mencari kelainan. Malah, kadangkala kelainan itulah yang melorongkan seseorang ke jalan Tuhan. Namun, fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan. Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam “Matlamat tidak menghalalkan cara”. Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan.
5. Kami sangat khuatir, apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung. Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung. Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat.
6. Kepada para ikhwah dan akhawat, masyarakat Muslim Malaysia yang memberi teguran dan saranan, kami merasakan banyak manfaat dan istifadah yang dapat dikutip. Dalam keadaan seperti ini, alangkah baiknya kita mempunyai nada yang sama, penuh rahmah dan hikmah dalam memperbaiki diri sesama kita. InsyaAllah itulah yang terbaik. Memalukan, mengaibkan dan memberi tohmahan dan fitnah kepada beliau, bukanlah akhlak seorang Muslim. Semoga amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dijalankan dengan kaedah dakwah yang baik akan membekas dalam sanubari kita.
7. Kami mengenali Hajjah Neelofa sebagai simbol Muslimah yang berjaya. Tidak ramai yang mampu menggalas tugas sebagai “wanita besi” dan “gergasi” dalam perniagaan dan kerjaya. Tetapi anda sudah membuktikannya, malah membanggakan Malaysia dan dunia Islam. Akhir kalam, kami berpesan kepada Hajjah Neelofa untuk sama-sama menghayati syariat Islam yang sebenarnya. Kami noktahnya disini 3 perkara: (i) Tanyalah ulama’ sebelum bertindak (ii) Sentiasa memelihara imej wanita bertudung (iii) Carilah rezeki yang diberkati Allah SWT.
Kami berdoa semoga Hajjah Neelofa terus maju di dalam kehidupan dan kerjaya serta sentiasa memperoleh taufiq, hidayah dan rahmat-Nya.
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan |
|
|
|
|
|
|
|
baru tgk kat tv3. hajjah ada ckp lbh kurang mcm ni "don't make thing complicated" y lain iols x dgr tp iols terus "OMG bongkaknya cara jawapan ko" |
|
|
|
|
|
|
| |
|