CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bawangkecik

[Tempatan] Polis masih siasat kehilangan Acap

 Close [Copy link]
Post time 16-4-2019 05:21 PM | Show all posts
pic pencarian dalam sungai tu masa awal2 kejadian..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2019 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bomba, polis bincang hentikan sementara SAR Acap

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop dan Balqis Jazimah Zahari

[email protected]
Share

Tweet

Share
GOPENG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berbincang berhubung pemberhentian sementara operasi mencari dan menyelamat (SAR), Mohammad Ashraf Hassan,29.

Pemberhentian sementara itu berikutan permintaan penduduk setempat yang mahu operasi itu dihentikan beberapa hari bagi membolehkan mereka melakukan ikhtiar untuk mencari Mohammad Ashraf.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata JBPM akan berbincang dengan polis hari ini bagi menentukan masa sesuai untuk pemberhentian sementara operasi itu.


“Penduduk ada membuat permintaan untuk operasi dihentikan sementara, dua atau tiga hari bagi mereka melakukan usaha mencari pula, hari ini kita akan berbincang mengenai perkara itu dan ia akan diumumkan esok.

“Pada prinsipnya kita bersetuju untuk penangguhan, namun bila dan berapa hari akan diputuskan kemudian dalam perbincangan yang akan diadakan hari ini,” katanya pada sidang media selepas lawatan ke pusat operasi bomba di Kampung Pintu Padang, di sini, hari ini.

Pada lawatan itu, Zuraida turut menemui ahli keluarga Mohammad Ashraf atau lebih mesra dengan panggilan Acap, iaitu ibunya, Siti Maznah Khamis,58; bapa tirinya, Sukar Rashid, 57 dan adik beradiknya yang lain bagi memberikan semangat.

Katanya, beliau difahamkan terdapat kes membabitkan orang hilang sebelum ini berjaya ditemui hasil pencarian penduduk kampung dan sudah tiba masanya memberikan peluang kepada mereka yang lebih arif terhadap selok belok kawasan berkenaan.

Menurutnya, setakat ini masih belum ada cadangan untuk memberhentikan terus operasi itu dan operasi masih dijalankan, namun agensi yang terbabit dengan SAR perlu memikirkan cara lain bagi menjejak Acap.

“Mungkin kita akan tengok bagaimana perkembangannya, mungkin ada rezeki Allah, kita akan dipertemukan dengan Acap.

“Saya berharap keadaan Acap selamat, insya-Allah dan kita terus berdoa memastikan tidak ada apa-apa terjadi pada Acap dan minta keluarga bersabar, keluarga faham ini ujian Allah,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Bomba setuju tangguh operasi cari Acap, serah pada penduduk kampung: Zuraida

16 Apr 2019

NOOR AINON MOHAMED
GOPENG - Keputusan menghentikan sementara operasi pencarian peserta Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang sejak 23 Mac lalu, dijangka akan diketahui esok.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin berkata, pihaknya menerusi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak akan mengadakan perbincangan bersama PDRM bagi menetapkan tarikh dan tempoh masa yang diperlukan bagi membolehkan penduduk kampung menjalankan usaha menjejaki mangsa.

"Ia adalah permintaan penduduk di sini berdasarkan pengalaman mereka, ada kes orang hilang yang berjaya dikesan dan minta kita keluar dari kawasan ini dengan beri masa antara dua atau tiga hari.

Zuraida sempat bertemu dengan ibu Acap, Siti Maznah yang hadir di Pos Kawalan Bomba Kampung Pintu Padang, hari ini.

"Kita harus berbincang dan lihat bagaimana perkembangannya. Mungkin dengan izin ALLAH SWT, kita dipertemukan dengan Acap. Pada prinsipnya kita bersetuju akan perbincangan akan diadakan hari ini dengan keputusan diketahui esok" katanya ketika lawatannya ke Pos Kawalan Bomba di Kampung Pintu Padang di sini, hari ini.

Zuraida sempat bertemu dengan ibu Acap, Siti Maznah Khamis, 58, dan ahli keluarganya yang hadir.

Menurutnya, meskipun pencarian itu akan ditangguhkan, bomba dan polis sentiasa bersiap sedia memberi sokongan dalam menghadapi sebarang perkara kecemasan.


Zuraida (tengah) dalam sidang media setuju penangguhan sementara operasi mencari Acap dilaksanakan atas permintaan penduduk.

"Sesuatu operasi mencari dan menyelamat (SAR) bergantung kepada pihak polis dan mereka yang bertanggungjawab menghentikan SAR ini.

"Kita juga akan berbincang dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagaimana untuk mereka jalankan pencarian dan pihak penyelamat bersedia sekiranya ada kecemasan," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bacakan ayat Kursi untuk Mohammad Ashraf
  
MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin memeluk ibu Mohammad Ashraf Hassan, Siti Maznah Khamis di pos kawalan bomba di Kampung Pintu Padang, Gopeng hari ini. - UTUSAN ONLINE
Asliza Musa
16 April 2019 5:34 PM

11
GOPENG 16 April - Ibu Mohammad Ashraf Hassan, 29, Siti Maznah Khamis meminta orang ramai agar membaca ayat Kursi kepada anaknya itu agar terus terpelihara daripada bahaya dan dapat ditemukan segera.

Siti Maznah, 58, berkata, kehilangan anak kelima daripada tujuh beradik itu merupakan ujian dan dugaan untuk mereka sekeluarga namun ia tetap diterima dengan reda dan besar hati.


Katanya, Mohammad Ashraf atau Acap itu adalah seorang anak yang baik dan mereka percaya setiap apa yang berlaku kini adalah juga perkara-perkara baik.

“Saya minta sangat kepada rakyat Malaysia semua sekali, lepas pukul 9 malam ini tolong sedekah ayat Kursi untuk Mohammad Ashraf.

“Saya minta sangat seluruh rakyat Malaysia, sekali pun cukuplah dan hanya itu saja yang saya minta,” katanya.

Dia ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang melawat pos kawalan bomba di Kampung Pintu Padang di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 23 Mac lalu itu, Mohammad Ashraf atau lebih dikenali sebagai Acap yang memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25 kilometer disedari hilang selepas tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas pertandingan itu. - UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 16-4-2019 05:20 PM
Sampai anwaq pun pernah pi jumpa dia

Yg ni iols pernah dgr juga. Ktnya nk doakan supaya dpt jadi PM kan bang non. Betulkan if iols salah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2019 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
allshares replied at 16-4-2019 06:44 PM
Yg ni iols pernah dgr juga. Ktnya nk doakan supaya dpt jadi PM kan bang non. Betulkan if iols sala ...

Adoi kalau btul.. tak boleh blah lah bang non ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
allshares replied at 16-4-2019 06:44 PM
Yg ni iols pernah dgr juga. Ktnya nk doakan supaya dpt jadi PM kan bang non. Betulkan if iols sala ...

Ya. Suatu ketika dulu. Ada tulisan JAWI yang ditulis sendiri oleh Anwaq minta tolong paksu mid doakan agar beliau dijadikan PM.

Tapi paksu mid just menasihati Anwaq untuk tinggalkan dunia politik kerana ianya sudah tidak sesuai dengan dirinya kerana paksu mid habaq anwaq  tak mampu untuk menjadi PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2019 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
newyork replied at 16-4-2019 09:29 AM
Ya ka? nampak kemaruk pulak nuar brahim nak jadi PM..:lol;

Hakak doakan biarlah kak wan yg jadik piem...she deserve it
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
newyork replied at 16-4-2019 06:50 PM
Adoi kalau btul.. tak boleh blah lah bang non ni..

Berkobar kobar semangat anwaq

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 16-4-2019 06:52 PM
Ya. Suatu ketika dulu. Ada tulisan JAWI yang ditulis sendiri oleh Anwaq minta tolong paksu mid doa ...

Ya i heard d same. So betul la crita tu ye. Kesian bang non tak habis2 dgn impian menjadi PMnya
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
ayorsuam replied at 16-4-2019 01:07 AM
Kuala Gula daerah mana chor? Haritu ada jiran bagi limau bali dari sana, sedap sangat.

Daerah Kerian...Kuala Gula dekat dgn Kuala Kurau...selalu bird watcher luaq negara akan pi Kuala Gula sebb ada burung yg berhijrah akan singgah Kuala Gula...

Kuala Gula ada chalet dan mkn seafood situ pun sedap terutama siput sedut masak lemak cili api...if nak pusing2 tgk hutan bakau pun boleh dan cantik sgt scenery sunset di hutan bakau...

Alhamdulillah...my families n anak2 okay jak tour sunset hutan bakau...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
jejaka_hensem replied at 15-4-2019 03:20 PM
Kalau betul kena sorok dengan makhluk halus,biar yg arif je yg setelkan.
Yg konon hebat boleh nmpk  ...

Betul tu...I yg duduk dekat dgn kawasan kejadian pun pelik dgn perangai netizen dan forumner...org2 sini aman2 jer...masa I pi gua tempurung n gua kandu dgn harapan nak jumpa family acap dan team SAR minggu ke 2 acap hilang...aman dan tenang jer kawasan gua2 tu...siap jumpa team eco-adventure bebudak foreingners tgh trail trekking....

Gopeng dan Kampar bukannyer ulu-banat...cuma kawasan kami nie berdekatan dgn hutan banjaran titiwangsa...sapa2 nak buat eco-adventure mcm water rafting moh mari sini...Jeram dan Sedim mmg famous...



Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 07:56 PM | Show all posts
selow dah thread ni.. semoga pencarian Acap tak dislowkan
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 16-4-2019 06:52 PM
Ya. Suatu ketika dulu. Ada tulisan JAWI yang ditulis sendiri oleh Anwaq minta tolong paksu mid doa ...

Kat mana u baca pasal anwar ni?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
I think they are doing something spiritual la mlm ni. Dekat fb adik acap nur nadia pun ajak semua org sama2 sedekahkan bacaan yassin serentak mlm ni pkl 9. Moh la kita sama2 luangkan masa. Tu je lah yang mampu kita tolong.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2019 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
guesswho09 replied at 16-4-2019 07:59 PM
Kat mana u baca pasal anwar ni?

Tengok kat post no 1919
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 08:31 PM | Show all posts
Edited by Petunia at 16-4-2019 08:32 PM

Semoga segala urusan dipermudahkan and Acap ditemui ..
Lama sangat dah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak Su Mid hanya menerima tamu setiap jam 8.00 pagi kerana selesai solat Subuh beliau akan membaca Quran. Begitulah rutin hariannya selain berpuasa setiap hari selama lebih 30 tahun kecuali hari Tasyrik. Ramai orang menziarahi beliau termasuk tokoh-tokoh politik, ahli-ahli koperat, pegawai-pegawai tinggi kerajaan, guru-guru, petani serta orang-orang awam.


Alamat rumah Paksu Mid :
Kampung Kuala Pai, Bukit Tembaga, 06300 Kuala Nerang, Kedah
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawatan Menteri KPKT YB Zuraida ke Gopeng PKB Bomba hari ini. Pengarah Bomba Negeri Tuan Azmi memberi keterangan kepada YB semasa lawatan.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.640201 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list