|
as salam,
nak tanya ni,
jika seseorang meninggalkan solat, contoh meninggalkan solat zohor.kemudian ingin qada solat berkenaan.walau bagaimanapun, telah masuk waktu solat asar. jadi, yang mana satukah perlu didahulukan? samada qada zohor atau mendirikan asar terlebih dahulu dan kenapa?
terima kasih.
|
|
|
|
|
|
|
|
sayang_musalmah posted on 7-9-2012 02:22 PM
as salam,
nak tanya ni,
persoalan ini khilaf tentang yg mana dulu...
adapun jika solat qadha itu qadha yg ada pakej dlm Islam seperti qadha kerana tertidur, maka didahlukan qadha waktu yg terdahulu.
sbg contoh antara maghrib dan isyak, dan nak qadha magrib...tentulah magrib dahulu...maka buat magrib dulu sekalipun dlm waktu isyak.
adapn qadha yg tidak ada pakej dlm agama, seperti sengaja tinggal solat(kesalahan sgt besar)...
maka qadha ini, kita tidak tahu samada diterima ata tidak, cuma kita boleh berharap...dan buat...
utk qadha akibat sengaja tinggal solat ini, maka dahulkan solat waktu ketika itu....
contohnya magriib dan isyak, sengaja tinggal magrib....kemudian nak qadha pada waktu isyak....maka solatlah isyak dulu...br qadha magrib.....
sebenarnya bab qadha akibat sengaja tinggal ni, ada yg kata boleh, ada yg kata tidak......
jika nak buat, buatlah, moga2 diterima....
dan banyak2 bertaubat.....
dalil2 sy sediakan di post berikutnya....
ia menunjkkan bagi qadha yg ada pakej dlm islam seperti akibat tertidur atau lupa: didahulukan waktu yg terdahulu...
manakala qadha akibat tinggal secara sengaja adalah ijtihad ulama...kita berlapang dada...
Last edited by ussopp on 15-9-2012 02:20 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Hadith RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam yang bererti :
Ketahuilah bahawasanya dalam keadaan tertidur tidak ada sia-sia; yang sia-sia (yang akan mendapat hukuman) adalah orang yang tidak mengerjakan solat sehingga sampai waktu solat yang lain. Maka barangsiapa yang memperbuat demikian hendaklah ia bayar ketika ia ingat akan solat itu."
Hadith :
Dari Abu Hurairah radiyaLLahu 'anhu bahawasanya Nabi Muhammad sallaLLahu 'alaihi wasallam ketika kembali dari Peperangan Khaibar, beliau berjalan malam hari, sampai beliau mengantuk dan lalu berhenti untuk tidur.
Nabi memerintahkan kepada sahabat beliau bernama Bilal supaya berjaga-jaga jangan tidur, dihuatirkan jangan tertidur semuanya. Nabi terus tidur dan Bilal terus sembahyang pada malamitu.
Tetapi setelah dekat fajar, Bilal pun mengantuk tidak tahan matanya dan bersandar pada kenderaannya dan lalu tertidur dengan nyenyak.
Maka RasuluLlah dan sahabat-sahabat, begitu juga Bilal yang disuruh berjaga-jaga dibangunkan oleh matahari yang sudah tingg, dan waktu subuh luput. RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam mula-mula terbangun dan beliau sangat susah, lalu bersabda kepada Bilal : Wahai Bilal bagaimana ni?
Bilal menjawab : Saya juga tertidur ya RasuluLLah, saya tidak kuat menahan mata saya. Lalu RasuluLLah memerintahkan supaya seluruh sahabatnya berangkat, naik unta semuanya.
Tidak jauh dari tempat itu, beliau berhenti lagi dan langsung berwudhuk memerintahkan kepada Bilal supaya qamat. Maka Nabi sembahyang subuh bersama-sama mereka, mengqadha' sembahyang yang luput.
Setelah selesai mengqadha' sembahyang, Nabi bersabda : Barangsiapa kelupaan sembahyang, maka hendaklah ia bayar (qadha') sembahyang itu bila dia teringat, kerana ALLah berfirman; "Tegakkanlah sembahyang untuk mengingatiKu." (Hadith riwayat Muslim dan lain-lain - Lihat syarh Muslim juzu' V halaman 18-184)
RasuluLlah bersabda yang bererti :
Barangsiapa yang lupa solat atau tertidur, maka ia harus menggantikannya apabila ia teringat. Tiada kaffarah bagi mereka selain itu."
(Hadith Riwayat Muslim, Syarah Juzu' V halaman 193)
Dari Jabir bin 'AbdiLLah beliau berkata :
Bahawasanya Saidina Umar radiyaLlahu 'anhu datang kepada RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam pada ketika Peperangan Khandaq, sesudah terbenam matahari. Saidina Umar ketika itu memaki-maki kafir Quraisy dan berkata kepada RasuluLlah: Wahai RasuluLlah, saya hampir tidak solat 'asar sampai matahari terbenam, maka Nabi menjawab : Demi ALlah, saya juga belum solat 'Asar.
Berkata Jabir : "Maka kami semuanya berangkat ke Buthan maka berwudhuklah Nabi dan kami berwudhuk pula, lalu Nabi solat 'Asar sesudah terbenam matahari dan sesudah itu baru Nabi solat Maghrib
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
(Hadith riwayat Muslim) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Assalam...
pembahagian hata pusaka dalam islam.. jika arwah ayah masa sebelum meninggal tak buat hibah, jadi bila dia meninggal adakah wajib dibuat pembahagian harta secara fara'id... ke semuanya bergantung atas persetujuan ahli keluarga...?
sebab kalau ikut faraid, lelaki 2 bahagian dan perempuan 1.. tp pembahagian yg nak dibuat tu nak senang, nak bahagikan sama rata.. tapi bila di nilai... bahagian yang perempuan tu dapat nilainya (nilai hartanah tu) macam dia dapat dua bahagian yg lelaki pulak dpt satu bahagian.. mcm kurang adil pulak... apa pendapat yg arif mengenai ni...
contohnya begini.. ada 3 beradik... 2 lelaki dan satu perempuan... dan arwah meninggalkan 3 bidang tanah pusaka.
Tanah 1 (rumah arwah dan tanah valuer letak RM180k)
Tanah 2 (rumah sewa kepunyaan arwah kecik je valuer letak RM50k)
Tanah 3 (tanah kebun tak tau nilai, tapi luas)
Nak adil macam mana? Mmg sebaiknya guna faraid tp yg perempuan dan bapa saudara macam tak setuju sebab perempuans orang saja katanya.... pandangan? Last edited by nichiyoubi on 19-9-2012 09:07 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
nichiyoubi posted on 19-9-2012 09:03 AM
Assalam...
pembahagian hata pusaka dalam islam.. jika arwah ayah masa sebelum meninggal tak buat ...
Salam...
Urusan harta pusaka ni kalau wasiat tak dibuat, secara otomatik jatuh ikut Fara'id. Kalau dibuat wasiat, maka ikut wasiat lah...
Memang sukar nak laksanakan hukum secara Fara'id bila ada tentangan dari yang lebih tua,... boleh rujuk pejabat tanah bahagian Fara'id untuk lebih maklumat
Ujian memang mendatang dalam menjalankan hukum Allah, kena sabar dan doa. Dalam bab harta ni, boleh tolak ansur untuk mendamaikan, disamping menjelaskan hukum yang sebenar. Kalau suara yang taknak ikut hukum Fara'id tu kuat sangat, sekalipun penjelasan dah dibuat, maka mereka lah yang akan tanggung kesalahan tu... kalau tak dapat persetujuan, memang susah nak bahagi...
Saranan saya, minta penjelasan tentang hukum faraid ni, kemudian berbincang sesama waris yang terlibat. Kalau tak dapat kata sepakat, mulakan langkah tolak ansur sekadar yang boleh, berserta dengan niat mendamaikan sambil hukum Allah telahpun dijelaskan dengan sebaik-baiknya.... ini bukan bermakna tidak menjalankan hukum Allah, ini mendamaikan (juga tuntutan dalam Agama) setelah hukum sebenarnya telah dijelaskan tapi masih tidak dapat kata sepakat....
|
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum..
saya betu2 ingin pencerahan tentang insuran nyawa ( takaful ).. dah banyak artikel saya baca...tapi jawapannya masih tak jelas..contoh ada org tanya pasal insuran nyawa takaful.. jawapanya hanya meliputi insuran nyawa tak sebut pun pasal insuran nyawa takaful..
untuk makluman kalau confirm insuran nyawa takaful hukum nya HARAM saya berniat nak terminate insuran saya ...
harap ada yang sudi beri penjelasan...
wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
dan boleh ker duit dari insuran nyawa ( takaful ) di fara'idkan..? |
|
|
|
|
|
|
|
assalamu'alaikum...sya ada beberapa soalan
1 - syaitan boleh masuk tak ke tanah haram
2 - berkenaan mimpi, adakag semua mimpi yg dialami ketika di tanah haram adlh benar ( krna ada yg kata syaitan , jin takleh masuk tnh haram)
terima kasih....ilalliqo' |
|
|
|
|
|
|
|
raihaneem posted on 4-10-2012 02:02 PM
assalamu'alaikum...sya ada beberapa soalan
1 - syaitan boleh masuk tak ke tanah haram
2 - berkenaan mimpi, adakag semua mimpi yg dialami ketika di tanah haram adlh benar ( krna ada yg kata syaitan , jin takleh masuk tnh haram)
Salam...
1. Syaitan Jin pun boleh masuk, Syaitan manusia pun boleh masuk. Terdapat Malaikat yang mengawasi Haramayn (Makkah & Madinah) dari dimasuki Dajjal, tetapi Syaitan masih boleh menyusup masuk. Orang Munafiq (tentulah kafir, tapi pura-pura Islam) pun ada yang menetap di Makkah & Madinah.
2. Tidak semestinya.
Boleh saya tahu siapa (atau sumber) yang kata Syaitan/Jin tak boleh masuk tanah Haram?
|
|
|
|
|
|
|
|
abg_f posted on 25-9-2012 12:16 AM
assalamualaikum..
saya betu2 ingin pencerahan tentang insuran nyawa ( takaful ).. dah banyak arti ...
Boleh tolong jelaskan apa beza antara insuran nyawa dan insuran nyawa takaful?
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 5-10-2012 03:53 PM
Salam...
1. Syaitan Jin pun boleh masuk, Syaitan manusia pun boleh masuk. Terdapat Malaikat yan ...
terima kasih....
takdak sumber, sbb saudara sya yg ke tnh suci, dia yakin mimpi dia benar..sbb dia kata..syaitan tkleh masuk tnh suci..
|
|
|
|
|
|
|
|
salam..
aku ade satu soalan...
aurat anak lelaki ngn mak tiri dye cam ner????
mak tiri tak same ngn mak en..
then kalau si ayah meninggal, anak tue boleh ke kawen ngn mak tiri dye tuh???
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam, Nak tanya.. kita semua tau kan, kalau Bersalah dgn manusia ni.. kita kena mintk maaf dengan dia.. tapi betul ke.. selagi kita tk mintak maaf dgn org tu.. apa yang kita buat atau mintak tak makbul? ada member kpd member ni .. berhajat something, siap gi umrah.. tapi dia pergi tu dia tak mintak maaf kat seseorg.. org tu terasa... and tgk, apa yg dia hajatkan tu.. tak berjasil.. atau mmg Allah nak uji dia? |
|
|
|
|
|
|
|
want2bhappy posted on 8-11-2012 02:12 PM
Salam, Nak tanya.. kita semua tau kan, kalau Bersalah dgn manusia ni.. kita kena mintk maaf dengan d ...
tidak ada dalil khusus menyatakan dosa pada orang lain mengalang doa....
tetapi secara umum, keredhaan Allah memang dicari jika kita berdoa.....
jadi jika tiada dalil khusus tentang dosa pd org lain itu menghalang doa, maka kita tidak boleh mengatakan dosa pada org lain itu adalah punca.....
dan bersangka baiklah pada Allah.....
" Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Aku (akan) sebagaimana hamba-Ku menyangka tentang-Ku, dan Aku akan bersamanya jika ia berdoa kepada-Ku”[6]
[6]. HR. al-Bukhâri 7405, Muslim 6805. Ahmad 13192 dengan sanad shahîh
tentang minta maaf, jika kita bersalah, samada kita ada doa nak dipanjatkan pada ALLAH atau tidak ,
mcmanapun kita mmg kena jugak mintak maaf.....lebih baik setel di dunia, dr nak cari di akhirat nanti...
Last edited by ussopp on 11-11-2012 08:31 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
ussopp posted on 11-11-2012 08:29 AM
tidak ada dalil khusus menyatakan dosa pada orang lain mengalang doa....
tetapi secara umum, ke ...
sbnrnya salah faham je.. member saya tu dah pun mintak maaf kat beliau ni byk kali... tapi tgk peel beliau sama jer.. so adakah kira dr bahgian member saya dah settle? means member saya dah jalankan tggjawab dia, member saya yang mulakan dulu step mintak maaf.. so dari pihak dia, itu terpulang la kan... hmm ntah la.. ni member yg lain la yang ckp .. dan member saya tu pun amat berat nak mengiyakan kata2 beliau bahawa selagi tak mintak maaf, apa yg org tu hajati tak dapat... ntah la..
Last edited by want2bhappy on 13-11-2012 10:12 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum
apa hukum kalau kahwin tanpa wali iaitu bapa sendiri? pakai wali hakim
bapa perempuan masih hidup dan waras dan tak tahu pun anak dia dah kahwin, |
|
|
|
|
|
|
|
zila8 posted on 4-9-2012 03:56 AM
salam, sy nak tanya
1-apa hukumnyer suami minta dia dioral sampai puas tp isteri menolak..
2-apa ...
Ini pendapat saya, seorang isteri wajib melayan suaminya sampai puas, mungkin disebabkan isteri dalam keadaan haid tidak boleh berjimak, dibolehkan mengeluarkan mani suami dengan cara lain spt melalui celah peha, tangan, digosok sampai suami inzal. Cuma oral saya dengar ia makruh. Yang penting matlamat dicapai iaitu suami puas, ia dapat mengelakan suami mencari kepuasan diluar rumah atau stress sebab tekanan syahwat. Secara lumrah jika isteri memberi layanan baik kepada suaminya, suaminya akan membalas kebaikan isterinya setimpal atau lebih dari yang disangka(dapat gelang emas).
|
|
|
|
|
|
|
|
Penggunaan Bahasa Arab
Kalau tak salah ingatan, saya pernah dengar, setiap penggunaan bahasa arab dapat pahala kerana ia adalah bahasa syurga.
komen? |
|
|
|
|
|
|
|
Solat tidak sah, berdosa pada lima waktu dilarang
ISLAM menitikberatkan segala aspek ibadat. Allah begitu mencintai hamba-Nya yang senantiasa tunduk di hadapan-Nya. Namun, Allah juga amat mencintai hamba-Nya yang bijak mengatur urusan ibadahnya. Pada waktu tertentu, ada sesuatu ibadah yang perlu diutamakan. Adakalanya, ada sesuatu ibadah yang perlu dikemudiankan.
Begitu juga dengan solat. Adakalanya berzikir dan berwirid itu lebih baik berbanding solat pada waktu tertentu. Ini dapat dilihat bagaimana urusan waktu solat yang dibolehkan dan waktu solat yang dilarang seperti yang tunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Allah SWT menetapkan kepada kita kewajipan solat pada waktu yang tertentu. Begitu juga keluasan amalan bagi seseorang hamba untuk menambah baik prestasi ibadah dengan melaksanakan solat sunat. Kesemua ini mempunyai nilai ganjaran yang berbeza bagi sesiapa yang paling hampir mencontohi sunnah dilaksanakan Rasulullah.
Terdapat waktu tertentu yang dimakruhkan solat bagi setiap Muslim. Adakalanya ia dimakruhkan kepada seseorang yang ingin melakukan solat sunat. Malah ada juga ketikanya ia dimakruhkan kepada seseorang itu walaupun ia solat wajib.
Ini kerana pemilihan waktu yang terbaik oleh Allah SWT terhadap urusan solat hamba-Nya berkait rapat dengan soal mementingkan perbezaan umat Islam dengan agama yang lain terutama bagi penganut agama penyembah matahari.
Nabi Muhammad SAW melarang seseorang melakukan solat dalam lima waktu. Tiga waktu disebut dalam sebuah hadis dan dua lagi waktu di dalam hadis yang berlainan. Tiga waktu yang dilarang itu terdapat di dalam hadis daripada Uqbah Amir al-Juhani maksudnya: “Tiga waktu yang Rasulullah SAW melarang kami solat dan mengebumikan jenazah yang meninggal, iaitu ketika matahari muncul hingga ia naik, ketika matahari di tengah-tengah hingga tergelincir dan ketika matahari hampir terbenam.” (Hadis Riwayat Muslim).
Larangan ketiga-tiga waktu ini adalah khusus bagi solat dan mengebumikan jenazah. Adapun waktu lain yang dilarang diterangkan di dalam hadis Abu Said al-Kudri yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : “Tidak ada solat selepas solat Subuh hingga matahari naik, dan tidak ada solat setelah Asar hingga matahari terbenam.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Jika diperhatikan kepada hadis yang pertama, ia menetapkan larangan solat apa jenis solat sekalipun sama ada sunat ataupun wajib, manakala bagi hadis kedua pula larangan solat berlaku adalah kepada orang yang ingin melakukan solat sunat selepas solat fardu Asar dan Subuh.
Menurut ulama Mazhab Syafie seperti di dalam kitab Hasyiyah al-Bajuri mengatakan, berdasarkan pendapat muktamad, tiga waktu pertama itu ialah makruh tahrim, sedangkan dua waktu lagi adalah makruh tanzih.
Walaupun ia makruh, namun solat yang dilakukan pada waktu itu dikategorikan sebagai tidak sah. Ini kerana, apabila sesuatu larangan itu ditujukan kepada ibadah berkenaan, baik larangan berbentuk pengharaman atau makruh tanzih sekalipun ia tetap tidak sah. Bahkan dihukum sebagai dosa kerana melakukan ibadah yang salah.
Walaupun begitu, terdapat beberapa pengecualian dalam hal ini. Khatib al-Syarbini di dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj menerangkan bahawa ada pengecualian waktu tertentu dan solat-solat tertentu yang dibolehkan kita untuk melakukan solat, walaupun ia solat sunat. Bahkan ia akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
Antara waktu yang dikecualikan ialah pada Jumaat. Tidak dimakruhkan melakukan solat ketika matahari berada dalam posisi tepat menegak di langit. Ini berdasarkan hadis dari Abu Said al-Khudri dan Abu Hurairah katanya : “Rasulullah SAW melarang solat pada tengah hari (istiwaa’) kecuali pada Jumaat.
Walaupun hadis ini dinilai daif, seperti yang diterangkan al-San’ani di dalam kitab beliau Subul al-Salam, namun riwayat ini diperkuatkan lagi dengan perbuatan sahabat Nabi SAW, mereka melakukan solat pada waktu tengah hari Jumaat.
Ditambah pula Nabi SAW menggalakkan supaya pergi solat Jumaat awal pagi, kemudian Nabi SAW juga menggalakkan kita untuk solat ketika imam keluar, tanpa pengkhususan dan tanpa pengecualian.
Begitu juga situasi yang mana seseorang berada di Tanah Haram, Makkah.
Menurut pendapat yang sah, mengerjakan solat di Tanah Haram Makkah tidak makruh kerana ia sabit dari hadis Nabi Muhammad SAW dari Jubair Muth’im yang bermaksud : “Wahai Bani Abd Manaf, jangan kamu melarang seseorang tawaf di rumah ini (baitullah) dan solat pada bila-bila waktu sekalipun yang ia sukai, malam ataupun siang.” (Hadis Riwayat Tarmizi).
Selain dari Jumaat dan tempat khusus di Tanah Haram Makkah, yang dijelaskan oleh ulama akan keharusan melakukan solat, terdapat juga pengecualian lain yang dibolehkan.
Antaranya adalah, solat yang mempunyai sebab tertentu di awalnya. Sebagai contoh, solat fardu yang terlewat dan belum ditunaikan ataupun solat yang perlu qada.
Termasuk juga solat sunat yang mempunyai sebab tertentu pada awalnya, seperti solat gerhana matahari, tahiyyat (duduk) masjid, solat minta hujan dan solat sunat wuduk.
Kesemua solat-solat yang diizinkan tersebut mempunyai sebab sebelum dari solat itu dilakukan. Berbeza pula dengan solat yang mempunyai sebab yang terkemudian. Contohnya seperti solat istikharah, hajat dan sebagainya serta solat yang tidak ada sebab tertentu. Maka itu semua dilarang untuk dikerjakan.
Inilah kehebatan Islam dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW. Dalam aspek pelaksanaan ibadah sekalipun, ia menitikberatkan soal keutamaan. Yang mana harus di dahulukan, dan yang mana harus dikemudiankan. Semoga kita tidak tergolong dikalangan orang yang melampau dalam ibadah, namun tergelincir dari petunjuk sunnah.
p/s : soalan nya adalah.....jika pengantin lelaki bersolat sunat selepas nikah selepas waktu asar...adakah pengantin lelaki solat tidak sah ? |
|
|
|
|
|
|
|
yowa2 posted on 27-11-2012 10:54 AM
Penggunaan Bahasa Arab
Kalau tak salah ingatan, saya pernah dengar, setiap penggunaan bahasa arab dapat pahala kerana ia adalah bahasa syurga.
komen?
Komen saya secara UMUM:
1) Tak benar bagi kenyataan umum setiap penggunaan bahasa arab dapat pahala
Sebab: ada juga orang Arab yang bukan Islam, tidak menjadikan mereka dapat pahala sekiranya setiap kali mereka bertutur dalam bahasa Arab.
Komen saya secara selektif:
2) Benar, penggunaan bahasa Arab dalam Ibadah khusus tertentu dapat pahala, seperti orang Islam bersolat dalam bahasa Arab.
WAllahu a'lam
|
|
|
|
|
|
|
| |
|