CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata

 Close [Copy link]
 Author| Post time 8-7-2011 11:50 PM | Show all posts
Kuning warna diraja
jangan cemari warna ini
warna kuning itu sendiri
tak menyetujui dirinya diperkuda
apatah lagi raja-raja melayu yang memayungi
kau, kau
cuba faham !

Goldkey, 8/7/11, 23.43 pm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2011 12:48 PM | Show all posts
Kawan
jangan selalu anggap kita betul
kerana kita belum tentu betul
dengarlah suara sekeliling
timbangkan benar atau selingkuh
dengan berpedomankan
al-quran dan as-sunnah
buat keputusan
mengikut syariat Ilahi
moga dilindungi
dunia akhirat.

Goldkey, 9/7/11, 12.45 tgh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2011 01:43 PM | Show all posts
Untuk apa?
kekalutan yang dicipta
sengaja menyemai benih sengketa
agar berpucuk tunas-tunas huru hara
memecah belahkan keharmonian negara.

Apa faedahnya?
banyak lagi cara
nak menyelesaikan pendapat berbeza
jangan ikut suka kepala
kelak membawa binasa.

Kamu tak cukup dewasa?
anak-anak pun tahu akan sengsara
belajarlah dari sejarah kehancuran bangsa
tiada satu pun bangsa yang maju dengan porak peranda
kau lupa?

buka mata !
pasang telinga!
guna akal di kepala !

Goldkey, 9/7/11, 13.30

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2011 10:59 PM | Show all posts
Karangan kehidupan
kitalah yang mengerakkan penanya
tercatat drama-drama tragis
yang menyayat hati
tercoret cerita-cerita sadis
yang menguris sanubari.

Lakarkan corak
berlandaskan syariat Ilahi
mudahan lukisan kehidupan
diredhai dan dalam lindungan Ya Rabbi
sejahtera meniti hari
kekal bersemi ke alam abadi.

Goldkey, 9/7/11, 22.55 pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2011 04:06 PM | Show all posts


Saya bersih lagi mewangi
menyenangkan hati yang cintakan kedamaian
saya tak teringin menyusahkan
apatah lagi menghuru harakan bangsa merdeka
saya mahu bangsa saya terus maju dan berjaya
mekar dan berkembang selamanya.

saya mawar kuning
mawar diraja
menjunjung titah Paduka Baginda
tak ingin membantah Raja berperlembangaan
bukan Raja bertindak sewenang-wenang
Daulat Tuanku.

Goldkey, 10/7/11, 15.54 pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2011 05:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 10-7-2011 17:12



Ceria Bersamamu

[size=130%]Aimran
saat bersamamu
amat berharga buat abah
gurau sendamu mendamaikan
peluk ciummu abah rindukan
moga sinar terus berkerdipan buat kita.

Aimran
tak akan abah persiakan
hidupmu akan abah pelihara
memberi gembira menghilangkan duka
syukur kepada-Mu Ya maha berkuasa
menganugerahkan kesejahteraan kami sekeluarga.

Goldkey, 10/7/11, 16.16 pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-7-2011 07:44 PM | Show all posts
Kau Bungaku

Kau bungaku
mewangikan kamar cintaku
harumanmu memekarkan kasihku
senyumanmu menguntum rinduku
mekar segar sepanjang zaman.

Kau bungaku
telah kusunting ke jambangan hati
menghiasi istana yang kita bina
bersama memadu kasih mesra
moga terus bersemi menyeri.

Kau bungaku !

Goldkey, 10/7/11, 16.56 pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2011 10:23 PM | Show all posts
Aku tadi lihat bulan
cahayanya hanya separuh
menyuluh kelam ke bumi
ditemani kerdipan gugusan bintang
separuhnya bergelap menyorok dari mentari
seakan malu
malu kepada siapa?
kepada kitakah?
manusia yang rambut sama hitam
tapi hati bermacam ragam

bumi ! jawaplah..

Goldkey, 10/7/11, 22.14 pm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2011 08:04 PM | Show all posts


Sepertinya senyuman kamu
yang manis menawan
moga hati kamu
juga tersenyum
duhai manjaku.

Sepertinya santaian kamu
yang sejahtera di pandangan mata
moga jiwa kamu
juga bahagia
duhai sayangku.

Terima kasih sayang
kerana jadi penghibur
ibu dan abah gembira
diikat kasih sayangmu
mudahan miliki kita selamanya.

Goldkey, 12/7/11, 17.24 pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2011 10:55 PM | Show all posts
Tidak sepertinya permukaan laut
yang jelas mempamerkan gelora
jarang sekali memperdaya pandangan mata.

Manusia tidak begitu
nampak tenang di permukaaan wajah
siapa yang tahu di dasar hatinya bergelora.

Kamu mampu membaca kocakan jiwa?

~Goldkey, 12/7/11, 22.35 pm~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2011 09:45 PM | Show all posts
Merawat luka lebih mudah
berbanding menghilang rasa perihnya
bertahun terasa seakan tusukan tak pernah lepas
mencacah dalam dalam ke dasar jiwa
tiada gelora pada permukaannya
berkocak di dasar sejak mula
perit untuk melupa !

Goldkey, 13/7/11, 21.45 pm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2011 09:18 PM | Show all posts
Andai itu takdirnya

Suatu garapan pilu
yang menyentuh kalbu
berkisar tentang kejamnya hati seorang lelaki
manusia yang bongkak mementingkan darjat
demi dendam yang sengaja diciptakan
seorang wanita jadi mangsa.

Parut luka tetap tertinggal
walau kata kemaafan terucapkan
ingatlah lelaki
jangan disakiti hatinya wanita
sekali tercalar
tiada kata yang bisa menggilap kembali.

Goldkey, 14/7/11, 21.15 pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2011 09:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 21-7-2011 15:34

Andai itu takdirnya II

Rasa cinta
hadir bukan kerana dipaksa
ia anugerah yang amat berharga
cinta tak mengenal pangkat darjat atau rupa
bertunas subur di jiwa walau tak dibaja.

Aleya
cintanya tertumpah kepada jejaka kaya
seorang lelaki yang merasa dunia dia yang punya
terperangkap dengan mainan hasad dengki manusia
cintanya bagai terjatuh ke mulut buaya.

Kerana terpaksa
ikatan satu lafaz terjadi tanpa rela
bermula derita dan sengsara
cintanya berbalas tuba
hanya deraian air mata tunjang cerita.

Goldkey, 14/7/11, 21.47 pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2011 05:57 PM | Show all posts
Andai itu takdirnya III

Jika telah terukir rasa cinta
tak terhakis dek gelora kepiluan
dipertahankan jua
demi sekuntum kasih yang mekar di jambangannya
tidak mudah membiar kuntuman cinta layu kaku begitu saja.

Adakala hati dibolak balik rasa curiga
kebenaran pasti menjelma
setelah bersabar menyeka kesakitan jiwa
pasrah setelah meredha
bahagia akan bertandang di akhirnya.

Bahagialah hidup
andai itu takdirnya
menempuh duka sebelum kecapi bahagia
terimalah dengan ucap syukur
tiada yang terlepas ujian-Nya.

Goldkey, 15/7/11, 17.54 pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2011 06:54 PM | Show all posts
Bisakah kamu melangkah
dengan ukiran pilu terlarik
pada helaian perjalanan hidup
yang baru menapak mengapai sinar.

Bisakah kamu bangkit
dengan segalas beban
menghenyak di kepala benak
untuk kembalikan semangat yang terpenggal.

Goldkey, 15/7/11, 18.48 pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2011 06:57 PM | Show all posts


Senyumanmu berharga
beri tanda kamu ceria
buat hati abah lega
sihat sepanjang masa
meniti alam dewasa.

Senyumanmu berharga
itu yang abah sering pinta
dalam doa kepada yang Esa
hilangkan duka kurnia bahagia
mudahan milik kamu ke hujung nyawa.

Goldkey, 15/7/11, 18.33 pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2011 10:53 AM | Show all posts
Setelah lelah pergi meninggalkan daku
tak ingin kududuk kaku
memandang waktu berdetak berlalu
langkah padu perlu kupacu
mengapai impian ke mercu.

Mahukah kamu mengekoriku?

Goldkey, 17/7/11, 10.50 am
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2011 08:18 PM | Show all posts
Cikgu, saya masuk U

Kumula terima pesanan ringkas
daripada anak didik
cikgu ! saya masuk U
alhamdulillah syukur kepada yang Esa
mengalir rasa bangga
ke seluruh kamar jiwa
cikgu doakan kalian terus berjaya
jadi anak cemerlang untuk negara, bangsa dan agama.

Pesan saya
terus berusaha
jaga nama baik keluarga
jangan tinggal solat yang lima
pandai memilih sahabat yang membina
tinggalkan sahabat yang membawa binasa
InsyaAllah kamu akan berjaya
diredha Allah sepanjang masa.

Goldkey, 17/7/11, 20.11 pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2011 02:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 21-7-2011 15:35

Lelah pun lelah
bila diri tak mengendah
tubuh badan yang termengah-mengah
mengejar waktu menyelesaikan amanah
amanah yang bertambah-tambah
seakan tak sudah.

Nafas pun berhelah
mencari ruang menghela gundah
khuatiri sakit menyinggah
kelak tugas punah ranah
haruslah mengatur rehat dengan berhemah
agar diri tetap berdiri gagah.

Goldkey, 18/7/11, 14.20 pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2011 06:42 PM | Show all posts
Hari ini
ada bekas muridku datang mencari
dengan termengah-mengah
menjengah ke kelas yang aku sedang mengajar.

'Yes' Yap Norman,
apa cerita sapaku?
cikgu ! saya sudah dapat
dapat apa? kutanya kembali
dapat masuk UPM
wah! tahniah kuucapkan.

Dengan muka kemerahan
datang dia bersalaman
itulah anak didik yang padaku
mengenang budi
datang mencari guru setelah berjaya
mengucapkan terima kasih.

Sebagai guru aku bangga
sekurangnya berjaya sudah
menghantar anak didik ke menara gading
meneruskan perjuangan dalam kehidupan
yang masih panjang
banyak lagi yang pelu kamu pelajari.

doa cikgu
semoga kamu terus berjaya
jangan leka
masa tak akan menunggi kita
aturkan langkah dengan bijaksana
nescaya sampai ke destinasi pilihan dengan jaya.

Goldkey, 18/7/11, 18.31 pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.071006 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list