|
Shila Amzah / Sharnaz : Drama Perchentaan terhalang - bakal buat PC
[Copy link]
|
|
x payah la nak capslock bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
Lama betul post mortem kes ni
Takde citer baru psl Shila ke
Kalau tak psl sharnaz, tak de siapa nak citer psl Shila kat porum |
|
|
|
|
|
|
|
update
Updated: Rabu Februari 27, 2013 MYT 9:59:13 AM
Shila Tegaskan Tidak Mahu Dipinang
PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah menegaskan tidak membenarkan mana-mana lelaki masuk meminang dirinya buat masa ini dan menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan.
Berita Harian melaporkan pada Rabu bahawa Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Hamzah, 23, dilaporkan kini lebih berani bersuara berbanding hanya menutup mulut dan meluahkan rasa menerusi Twitter ketika kemelut antara kekasihnya, Sharnaaz Ahmad dan bapanya hebat diperkatakan baru-baru ini. Dia yang tetap ditemani kedua-dua ibu bapanya bersyukur kerana diberi kekuatan menempuh dugaan yang secara tidak langsung mematangkan diri selain menganggap semua yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.
“Setakat ini saya tidak akan benarkan diri saya dirisik. Bagi saya, jodoh, pertemuan, ajal, maut biarlah Tuhan yang menentukan. Kita tidak mengetahui jodoh kita. Andai yang bercerai pun boleh rujuk semula.
“Apa yang pasti, saya mahu memandang ke depan. Dugaan yang Allah beri nampaknya sama besar dengan rezeki yang dikurniakan. Saya perlu lebih realistik malah kini saya sudah nampak hikmahnya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran butik konsep jam Oris di sebuah pusat beli-belah, di Petaling Jaya, pada Selasa.
Dalam pada itu, Shila mengakui lebih senang meluahkan perasaan menerusi karya muzik.
Namun begitu, dia enggan mengulas panjang tentang lagu terbarunya, Masih Aku Cinta dan Cinta Hati ditujukan khas kepada Sharnaaz.
“Saya tak nak komen hal itu. Sekarang saya mahu tumpukan perhatian kepada pembikinan dua album iaitu album Melayu dan Mandarin dalam tahun ini. Yang pasti, dua dendangan berkenaan dimuatkan dalam album itu yang dijangka dipasarkan Mei ini.
“Saya mahu menggembirakan hati orang dan peminat. Mereka seperti keluarga sendiri apabila memberi sokongan tidak berbelah bagi walau ketika pelbagai andaian meletus. Mereka teguh berdiri di belakang saya dan tidak sewenangnya percaya aneka cerita dipaparkan,” katanya.
Turut dicalonkan dalam Anugerah Pilihan Kanak-Kanak Nickelodeon bagi kategori Artis Asia sebaris dengan Psy, Shila memaklumkan dia juga tidak sabar menjadi tetamu Allah bersama keluarganya, Mac ini, bagi mengerjakan umrah.
Dia yang sudah mengosongkan jadual kerjaya selama dua minggu sejak tahun lalu berharap perjalanan dan ibadat mereka dipermudahkan oleh Yang Maha Kuasa.
“Saya memang sibuk kerana jadual penuh setiap minggu sejak memenangi Asian Wave tahun lalu. Kalau bukan kerana isu itu (kontroversi) pun saya sudah dihambat waktu. Syukur nawaitu mengerjakan umrah sekeluarga bakal terlaksana. Sekembali dari Tanah Suci, baru rakaman album akan disambung semula,” katany |
|
|
|
|
|
|
|
bagus!!
matangkan fikiran fokus masa depan |
|
|
|
|
|
|
|
“Setakat ini saya tidak akan benarkan diri saya dirisik. Bagi saya, jodoh, pertemuan, ajal, maut biarlah Tuhan yang menentukan. Kita tidak mengetahui jodoh kita. Andai yang bercerai pun boleh rujuk semula.
rasa aku statement org nak merisik tu dh x relevan lg shila oiiii..bukan sanaz mmg dah lama lupakan ko ke..anyway go ahead my dear...aku suka ko nyanyi.... |
|
|
|
|
|
|
|
OMG , si Shanaaz ni bahasa dia kurang ajar betul...padan lah kne reject ngan ND Lala. Mujur adapat anak yang dengar kata mak bapak.. setakat orang macam ni, rugi jer tumpah ayer mata... ubatnye senang jer.... jgn ingat pekara yg baik di lakukan pada kita, kenang pekara yang buruk dia buat pada kita... inshaalah.. akan ada kekuatan utk goodbye dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian dgn percintaan dorg..... |
|
|
|
|
|
|
|
mixed posted on 27-2-2013 10:39 AM
update
Updated: Rabu Februari 27, 2013 MYT 9:59:13 AM
alhamdulilah shila dah semakin sedar dan waras
lelaki ni memusnahkan karier jah
|
|
|
|
|
|
|
|
cam gangster Kg. Dusun jer...
|
|
|
|
|
|
|
|
keshiannnn nye la...
hadap sgt ngn si sanaz tu..adehhh |
|
|
|
|
|
|
|
Teruskan dgn kehidupan shila.....itu lebih baik |
|
|
|
|
|
|
|
fokus je dgn nyanyian ko Shila biar mantap kedudukan ko
xyah meroyan mengalahkan orglain yg kehilangan somi
apapun, aku x minat kat ko pun...tak tersangkut hati dgn suara ko |
|
|
|
|
|
|
|
tabahkan hati ye shila, u ade bakat yg besar
ttg masa depan serahkan pd Allah.
Die lebih tahu apa yang terbaik, yg pastinya ini
satu pengalaman utk anda.
|
|
|
|
|
|
|
|
suka iols bila baca shila dah move on camni, fokus pd karier ek shila |
|
|
|
|
|
|
|
sekian cita2 sanaz tuk beristerikan silah mezah |
|
|
|
|
|
|
|
azie.dz posted on 27-2-2013 01:48 PM
sekian cita2 sanaz tuk beristerikan silah mezah
tamat la sudah kisah ni. unless nanas pulak tiba2 meroyan |
|
|
|
|
|
|
|
umo si shila ni baru 23 ke, aku ingt dah 28.. |
|
|
|
|
|
|
|
bajet hot sgt ke sampai nak kena tolak pinangan orang lain yang datang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|