CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bawangkecik

[Tempatan] Polis masih siasat kehilangan Acap

 Close [Copy link]
Post time 16-4-2019 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Pray For Acab..

Mohon Sebarkan kepada semua sahabat..

BACAAN SERENTAK AYAT QURSI..

C&P FB Nur Nadia (adik acab)

Assalamualaikum rakyat malaysia seluruhnya.
Dalam merintih kesedihan, kami keluarga Mohd. Ashraf bin Hassan mencari serta menanti kepulangannya, saya adik kepada Mohd. Ashraf, mewakili seluruh ahli keluarga ingin memohon sedikit ruang masa dari kalangan rakyat malaysia untuk turut serta dalam bacaan serentak ayat qursi bagi disedekahkan pada kekanda saya Mohd. Ashraf.

Hari : Selasa(malam ini)
Jam : 9.00 malam
(Bermula bacaan)

Semoga jasa baik tuan, puan, Dato, Datin, Dato seri, Datin seri, Tan Sri,   Puan Sri, dirahmati Allah swt dunia dan akhirat kelak.
Sama kita doakan semoga dipermudahkan olehnya yang mahaEsa dalam urusan kita semua..Aamiin.

#Pray4 Mohammad Ashraf

Credit ust Mohd Akram Muhamed Kamil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2019 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenolen replied at 16-4-2019 07:22 PM
Betul tu...I yg duduk dekat dgn kawasan kejadian pun pelik dgn perangai netizen dan forumner...org ...

U keep updating nti kalo ada dengar apa2 psl sar org kg plak ehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
insteadOfme replied at 16-4-2019 08:21 PM
I think they are doing something spiritual la mlm ni. Dekat fb adik acap nur nadia pun ajak semua or ...

Mak die pun dah turun gopeng kan... Semoga baik2 saje untuk acap
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 16-4-2019 05:19 PM
MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin (kanan) memeluk ibu Mohammad Ashraf Hass ...

Sedihnya perasaan seorang ibu
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 11:53 PM | Show all posts
still takde update ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 16-4-2019 09:03 PM
Lawatan Menteri KPKT YB Zuraida ke Gopeng PKB Bomba hari ini. Pengarah Bomba Negeri Tuan Azmi member ...

Ini ke si penipu ijazah pelesu tu?  Agaknye ke Gopen nak mintak santau kot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2019 12:50 AM | Show all posts
me12345 replied at 16-4-2019 02:27 PM
Anyone tau brapa umur paksu mid..google xde info..suka tgk muka bersih..semoga pjg umur dan sihat pa ...



umur lebih kurang sebaya tun M tak silap..
or muda 2-3 taun dr tun M..

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 16-4-2019 11:58 PM
Ini ke si penipu ijazah pelesu tu?  Agaknye ke Gopen nak mintak santau kot.

Mak lampir ni tengok muka Pon orang dh takut...sape YG berani Santau sheols ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2019 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
me12345 replied at 16-4-2019 02:27 PM
Anyone tau brapa umur paksu mid..google xde info..suka tgk muka bersih..semoga pjg umur dan sihat pa ...

PakSu Mid dilahirkan pd tahun 1926 kalau ikutkan dlm salah satu gambar yg akak googled. 93 tahun dah umurnya tahun ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah rasmi ditangguhkan pencariannya. Maknya dah redha. Tapi secara personally, akak harap pencariannya diteruskan oleh family dia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 16-4-2019 06:52 PM
Ya. Suatu ketika dulu. Ada tulisan JAWI yang ditulis sendiri oleh Anwaq minta tolong paksu mid doa ...

Patut AI ingat la pesanan PkaSu Mid ni.. Akak pun x setuju dia nak ambil alih kuasa jadi PM. X nampak pulak siapa yg sesuai sebenarnya. Tp clearnya I don’t favor him.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Nenolen replied at 16-4-2019 06:59 PM
Daerah Kerian...Kuala Gula dekat dgn Kuala Kurau...selalu bird watcher luaq negara akan pi Kuala G ...

Tiba2 akak terus masukkan Kuala Gula dlm list getaway..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah slow tred ni... Sape tah ritu yg review filem sembunyi amukan azazil kat sini... Seyus aku tgok smlm sb review tu.. Ku mbayangkan acap skrg teperangkap dlm dunia ghaib mcm tu... Bile masuk dunia asal jadi x brp nk betul. Selalu nampak bayang2...semoga acap ditemukan dua tiga hari lagi... Mcm nk yakin je suara pakcik yg cakap suruh semua org kuar dari gopeng tu sbnrnye real kot...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 10:46 AM | Show all posts
so orang-orang kampung, sila tunjukkan kehebatan kata nak hantar acap depan pintu
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 11:36 AM | Show all posts
aku b]pon da thp nk redha da... b4 ni duk tgk je updated kes acap ni, sakit jiweee
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
SAR Acap dihentikan sementara mulai hari ini

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop
[email protected]

Share

Tweet

Share
IPOH: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang memasuki hari ke-26 selepas dilaporkan hilang ketika menyertai Gopeng Ultra Trail pada 23 Mac lalu, ditangguhkan sementara bermula hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain, berkata penangguhan sementara itu adalah bagi mengehadkan pergerakan pencarian oleh orang ramai di kawasan berkenaan dan memberi ruang kepada penduduk setempat melaksanakan tindakan mengesan mangsa.

Katanya, penangguhan sementara itu juga disebabkan tiada petunjuk baru ditemui setakat ini sepanjang SAR dijalankan oleh pasukan penyelamat dan siasatan.


“Mangsa masih tidak ditemui walaupun SAR sudah menggunakan pelbagai kaedah terkini oleh pasukan yang berpengalaman selain perluasan kawasan pencarian dari 35 kilometer persegi kepada 48 kilometer persegi.

“Penangguhan sementara ini akan membolehkan pasukan penyelamat merangka strategi lain yang mungkin boleh membantu mengesan mangsa berdasarkan kepada pengalaman kes seumpama ini yang pernah berlaku pada masa lepas,” katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Razarudin berkata, SAR peringkat pertama dimulakan sehari selepas mangsa didapati hilang sehingga 30 Mac lalu sebelum ia diteruskan dengan peringkat kedua sehingga semalam dengan memperluaskan kawasan operasi kepada 48 kilometer persegi.

“Dalam meneruskan usaha pencarian (peringkat kedua), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membuka pusat operasi bomba di Kampung Pintu Padang selepas Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) ditutup pada jam 1 tengah hari, 30 Mac lalu.

“Bagaimanapun, dari tempoh berkenaan sehingga ke hari ini, tiada petunjuk baru dapat dikesan atau diperoleh oleh pasukan pencari bagi merungkai kehilangan mangsa,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2019 03:44 PM | Show all posts
[UPDATE] Orang awam, penduduk perlu maklum polis cari Acap

ORANG awam dan penduduk di sekitar Kampung Pintu Padang, Gopeng yang mahu melakukan usaha mencari dan menyelamat (SAR) peserta Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Mohammad Ashraf Hassan yang hilang sejak bulan lalu perlu melaporkannya kepada Balai Polis Gopeng.
Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, pihaknya tidak menghalang orang awam dan penduduk kampung melakukan usaha pencarian mengikut kaedah mereka namun elemen keselamatan perlu menjadi keutamaan.
Katanya, segala usaha pencarian yang disusun atur oleh pelbagai pihak secara sukarelawan dari awal usaha SAR dilakukan, pihaknya tidak pernah menerima rekod maklumat berkenaan.
“Kita sudah uar-uarkan kepada orang ramai (perlu melaporkan kepada polis) dan kita sediakan buku untuk direkodkan maklumat tetapi tidak ada yang datang memberi maklumat.

“Kita mahu mereka yang menyertai usaha pencarian pergi dan balik dalam keadaan selamat tanpa kejadian tidak diingini berlaku,” katanya ditemui selepas Program Polis Masuk Kampung anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar di Gopeng hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pintu Padang, Mohd Fairis Zabidi berkata, 30 individu terdiri daripada anggota majlis serta kariah surau dari Kampung Pintu Padang meneruskan usaha mencari dan menyelamat Mohammad Ashraf atau lebih dikenali sebagai Acap.
Menurutnya, selain itu beberapa pengamal perubatan Islam dan individu yang ada pengalaman mencari orang hilang turut menyertai usaha itu untuk mencari Acap.
“Kita melakukan operasi pencarian dari pagi hingga petang yang berpecah kepada empat kumpulan antara tujuh hingga lapan orang dan kita akan berhubung dengan bomba dan polis jika dapat petunjuk baru.
“Selain mencari mangsa di kawasan yang dilaporkan hilang, kita turut mengadakan solat hajat memohon petunjuk supaya Acap ditemui semula,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Fairis berkata, penduduk kampung di sekitar kawasan berkenaan menyambut baik langkah pasukan penyelamat yang menangguhkan sementara operasi SAR bermula hari ini.
“Ada kalangan orang tua yang lama tinggal di sini meminta operasi pencarian direhatkan sementara waktu bagi membolehkan penduduk melakukan ikhtiar mencari Acap.
“Apabila operasi pencarian dilakukan dengan pembabitan ramai individu, ia akan menyukarkan seterusnya melambatkan lagi penemuan mangsa,” katanya.



Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Nokiaman replied at 16-4-2019 03:29 AM
Bagan Serai nun...
Tang sana rentung ramai siott..
Gula estet...kata ord dulu dulu..

Rentung, ku fikirkan rumah terbakar. Rupa-rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 16-4-2019 11:58 PM
Ini ke si penipu ijazah pelesu tu?  Agaknye ke Gopen nak mintak santau kot.

Bkn ramai ke menteri yg ber-qualification pelsu? Dalam bnyk2 menteri, xde lg dgr menteri yg turun padang. Ke iols terlepas bas?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 17-4-2019 10:16 AM
Patut AI ingat la pesanan PkaSu Mid ni.. Akak pun x setuju dia nak ambil alih kuasa jadi PM. X nam ...

aaah ye mmg betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.524668 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list