CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: darlingangel

Jemari Seni

 Close [Copy link]
Post time 4-11-2008 11:23 AM | Show all posts

Reply #1959 azz_azza's post

Panggil Aku Dahlia..-PAD
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2008 03:36 PM | Show all posts
hi~
dah abih baca PAD..
xrugi beli!
Luve plak bg sy okla.. santai..
siap ader note utk L lg~
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 07:22 PM | Show all posts
tgh baca PAD... ada pengaruh drama filipina dalam ni...mesti kak Su layan cite Kay Tagal Kang Hinintay nih...hehehe nama Nay nya Dahlia Lorrinda Anilov Orbida..hehe ni sume nama2 kat cite Kay Tagal neh...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 01:11 AM | Show all posts
nak baca PAD gak

abes exam segala nih semua
nak gi serang kedai buku
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 06:53 AM | Show all posts

Reply #1960 Mas916's post

ooo thnx



kena cari nih, hari tu duk tertenya2 apekah PAD itu, thnx yer
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 08:32 AM | Show all posts
wah!!!! JS Admin dlm jemariseni.com kate novel baru Hlovate tahun depan laaaa... tak sabar nk tunggu.... seronok je bile baca hasil Hlovate ni kan.. ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2008 03:32 PM | Show all posts
JS nak keluar buku baru ek bulan ni?

tajuk KEBUN MIMPI
3 in 1: kaksu, syud dgn rnysa...

tgk kat web syud td...
http://theceritas.blogdrive.com/

adoi la, byk lg buku JS peach x beli...
nape JS rajin keluarkan buku baru?

[ Last edited by  peachnfamous at 6-11-2008 03:33 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 04:15 PM | Show all posts


Tiga penulis wanita Jemari Seni Publishing berbicara tentang cinta dalam sebuah Kebun Mimpi...  

Ceritera I – Kebun Mimpi... oleh Noor Suraya
Masih ingat pada karya pertamanya, Keranamu Ain... ? Inilah lanjutan kisah Ain Najwa selepas itu.

Sudah Ain tanam, sudah Ain semai... namun tidak satu pun yang bertunas itu rupa-rupanya kembang menjadi bunga! Bagaikan kebun mimpi... apa yang hadir dalam hidup Ain ini sekadar sebuah kenang-kenangan.

Ceritera II – Tas Merah Jambu oleh Syud
Gara-gara sekeping kad raya yang ada gambar seekor kucing putih gebu, hidup Nisa tak keruan dibuat dek Anna, Lin dan Nini. Sementara kawan-kawan si penerima kad misteri itu, sedang menyenaraikan suspek: siapakah peminat rahsia Adif? Aiman terus menyiasat, Adif pula jadi resah gelisah.

Jomlah sama-sama ikut Syud membongkar misteri hati Nisa-Adif ini...!  

Ceritera III – Albatros: Antara Langit dan Bumi oleh Rnysa
“Ya. Kalau sayapnya elok lagi, ‘dia’ boleh terbang...” balas Ehsan.

Izzah rasa dia yang perlukan sayap sekarang, mata Ehsan yang bening sedang mencuri pandang sejenak, menikam ke dalam tangkai jantungnya. Mata itu duta hati, dan jika mata dengan mata itu sudah bertemu, tentulah larutnya jiwa.

Encik Albatros, pinjamkan sebentar sayapmu itu! Aku mahu lari daripada terkena panahan cinta! bisik Izzah.  

Membaca blurb pun, tentu adik-adik Kak NiLa sudah tertanya-tanya cerita yang bagaimana ya, buku kali ini? Apa yang boleh Kak NiLa nasihatkan ye... belilah!
Okey, sebagai permulaannya... setelah lama tidak menulis di sini, itu sahaja pengumuman daripada Kak NiLA.

Butiran Novel:

Judul: Kebun MimpiPenulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Catatan: Mulai di pasaran: 20 November 2008
*Harga tawaran Jemari Seni – RM19.00 dan boleh dipesan secara online mulai 18 November 2008



Sedutan cerita:

1. Kebun Mimpi... daripada Noor Suraya

     “Adam tak nak tidur lagi?”
     “Nak mulakan juz baru ni... Ain tidurlah. Kalau sudah ke pelantar, tak tahu ada masa atau tidak.” Kata Adam. Matanya bening... melihat Ain terbaring di sofa panjang, hatinya jadi terusik. Ain sudah tidak selesa untuk bergerak lagi, kasihannya. Tapi Ain ni... masih ada hati berbaring di sofa yang sendat ala-ala Cleopatra begitu.
     Setiap kali melihat Ain yang termengah-mengah begitu, membuat dia juga rasa bersalah kerana pernah menggores hati uminya di rumah. Begitulah umi mengandungkannya dulu dengan bersusah payah... apabila dah besar panjang begini, dah nak jadi bapa orang pun, dia juga masih melawan kata-kata umi. Kalaulah ini Ramadan yang terakhir, masihkah dia sempat memohon ampun dan maaf daripada umi? Esok pagi-pagi di pejabat dia akan telefon umi dan abah minta ampun! bisik hatinya.
     “Kenapa tengok Ain macam tu?”
     “Sebenarnya selama ini saya tidak pernah tengok Ain betul-betul... kan? Ain tidak banyak berubah sejak zaman sekolah.”
     “Mujur tak tengok betul-betul, kalau tak mesti Adam dah pilih orang lain...! Hanya kerana salah pandang, Ain yang bertuah.” Kata Ain, cuba mengiring sikit.

2. Tas Merah Jambu daripada Syud

     Gadis itu sedang tercegat berdiri, seolah-olah sedang menunggu seseorang. Adif terkedu buat beberapa ketika, dan pantas fikirannya menimbang sama ada dia patut bangun dan menegur, ataupun duduk sahaja di sini dan melihat siapa yang ditunggu Nisa.
     Pilihan pertama? Atau pilihan kedua? Atau... pura-pura berjalan di sebelahnya dan manalah tahu Nisa menegurnya....A, B atau C? Macam nak kena cari alternatif untuk pilihan D jek.
     Dia berkeputusan untuk memilih A, namun belum sempat dia berbuat apa-apa, orang yang ditunggu Nisa sudah tiba. Dan orang yang ditunggu Nisa tidak lain dan tidak bukan lelaki berdarah campur itu, yang terus membuatkan Adif menjana pilihan untuk D.
     D - Duduk dan tidak berbuat apa-apa kerana semua cadangan tiga pilihan di atas tidak sesuai dijalankan.
     Terus dia mengalih pandang. Tidak mahu terus memandang. Namun matanya masih lagi degil mengerling, dan dia lihat Nisa mengambil sesuatu dari tangan lelaki itu. Dia nampak Nisa ketawa, dan tersenyum.
     Adif menggeleng sendiri. Akhirnya dia bangun, dan memusingkan badannya menghadap dinding. There. Safe.

3. Albatros: Antara Langit dan Bumi daripada Rnysa

     “Burung tu dapat ikut kapal-kapal selama beberapa hari. Selama tu ia melayang dengan tak turun dan hinggap di mana-mana.” Terang Ehsan.
     “Macam hati manusia juga...” sambung Ehsan bersahaja.
     “Apa pula kaitannya albatros dengan hati?” pantas Izzah menyoal. Profesor Abu turut hairan dengan analogi anak didiknya itu.
     “Ya lah, hati manusia... mengikut kita berhari-hari, berbulan-bulan, bertahun-tahun... tapi tak mahu turun dan hinggap di hati orang yang diikutnya. Terbang melayang-layang di atas sana. Entahkan bila akan singgah, kita pun tak tahu....”  Pandangan mata Ehsan terhenti pada muka Izzah yang sudah kemerahan.
     “Adakah bab ini termasuk dalam tesis awak, Ehsan?” usik Profesor Abu yang sudah dapat menangkap maksud yang tersirat. Bibirnya membunga senyuman. Anak muda dilamun cinta, bisik hati kecilnya.
     “Ya, Profesor. Tesis yang tidak pernah selesai!” Mata Ehsan masih terarah pada Izzah yang kembali membaling roti kering ke dalam laut. Empat orang lagi pelajar Profesor Abu yang mengikut kajian hari ini hanya tersenyum sesama sendiri.

[ Last edited by  dasiza at 6-11-2008 04:28 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2008 01:57 AM | Show all posts
Originally posted by dasiza at 6-11-2008 04:15 PM
http://www.fileden.com/files/2008/7/11/1998233/download.jpg

Tiga penulis wanita Jemari Seni Publishing berbicara tentang cinta dalam sebuah Kebun Mimpi...  

Ceritera I – Kebun Mimpi... ole ...


nampaknya kena stat kumpul duet ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 06:59 AM | Show all posts

Balas #1968 mijot\ catat

kumpol jgn tak kumpol...
kita dah bankerup dlm minggu nie...sbb dah beli 3 buku sekaligus...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 03:29 PM | Show all posts

Reply #1967 dasiza's post

ni harus beli

mesti best mcm Gurindam Jiwa
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 05:47 PM | Show all posts
dah order kat JS, PAD n Tunas, tak sabar nak tunggu minggu depan nak dapat...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2008 04:40 PM | Show all posts
baru habis baca PAD
jalan cerita menarik, kisah cinta Wadi - Dahlia lain dari biasa, sbb tunggu 11 tahun baru kahwin. Kisah cinta dan kisah misteri kematian mak Dahlia dan perebutan tanah Teh Timor saling melengkapi. Karekter sampingan macam Tasneem dan Ibrahim Naseem pun best.
Seperti biasa bahasa Noor Suraya sangat cantik, setting PAD best... macam nak pergi duduk kat Rumah Teh Timur tu, makanan pun macam sedap

Tapi tak tau lah.....saya lagi suka SUUN. Karekter hero & heroin, sy lebih suka Nuha & Alang rebus tak empuk. Lebih humourous dan dekat dgn saya. Dahlia tu macam serius sangat, ending SUUN juga lagi syokk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2008 06:16 PM | Show all posts

Reply #1965 si bulat's post

novel yg mana lak die nk bukukan ni, cant wait, tp thn depan
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2008 05:14 PM | Show all posts

Reply #1972 Incanto's post

aku pon dah abis bc Dahlia. Suka tapi aku pon rasa mcm SUUN lg dekat ngan aku. hehehe! Mungkin sebab SUUN ni laidback sket kot.. Mcm PAD ni lebey serius sket kot sbb ada cite2 pembunuhan. Tapi suka mcmne pembunuhan Nay tu diceritakan...sedih! Tapi mmg salute la kat Dahlia sanggup tunggu Wadi lama mcmtu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 12:15 PM | Show all posts

Reply #1974 fa_stellar's post

SUUN...cter apa tu?

sadis kan..sebelas tahun baru leh kahwin..tu pun smua sbb wadi kata tak akan kahwin selagi ayah dia tak mati....huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2008 02:36 PM | Show all posts

Reply #1975 MsCinderella's post

SUUN - surat ungu untuk nuha best!
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 04:22 PM | Show all posts

Reply #1976 liya71a's post

o0o surat ungu..

hehe...mmg best....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 08:14 PM | Show all posts

Reply #1976 liya71a's post

part last x bc lagik, sbb bc versi on9
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 08:15 PM | Show all posts
adeh, td g MPH, cari PAD, lupe lak PAD ni abbreviation utk ape :kant:

pegi saje je,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.066300 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list