|
BPBH2008: Peluang pupuk silaturahim
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
SEBAHAGIAN daripada artis berposing sakan di hadapan bas tajaan Sinarmas.
|
Siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke Pasir Gudang bagaikan sebuah percutian keluarga
TIDAK terasa seperti sebuah siri jelajah, keseluruhan
perjalanan edisi kedua Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
2008 ke Pasir Gudang, Johor Bahru bagaikan sebuah percutian keluarga.
Inilah masanya artis dari bidang berbeza berkenalan dan seterusnya
menjadi sahabat baik walaupun ada di antara mereka pertama kali bersua
muka.
Bukan saja artis, malah keluarga artis yang mengikuti siri jelajah ini juga tidak kekok bergaul sesama sendiri.
Umpamanya ibu Sheila OIAM dan ibu kepada pelakon
baru yang sedang meningkat naik, Fizo Omar turut menjadi sahabat baik,
malah mereka sempat membeli-belah bersama-sama sementara menantikan
anak masing-masing menyelesaikan tugas bertemu peminat.
Ibu Fizo yang pertama kali menyertai penjelajahan seperti ini
cukup seronok kerana dapat melihat sesuatu yang baru, walaupun terpaksa
bersesak-sesak dengan ribuan peminat. Sementara anak bujangnya Fizo
pula kecewa kerana tidak dapat menyertai rakannya menaiki bas pulang ke
Kuala Lumpur memandangkan dia membawa kenderaan sendiri ke Johor Bahru.
Apakan tidak seronoknya, sepanjang perjalanan dari Hotel Seri
Malaysia yang menaja penginapan finalis ABPBH 2008 ke Kompleks Pusat
Bandar Pasir Gudang yang memakan masa kira-kira 40 minit, Fizo terhibur
dengan gelagat rakannya seperti Along dan Angah (Raja Lawak), Kenchana
Dewi, Nubhan dan Ikhwan Hot FM yang sempat lagi berkaraoke meskipun
perjalanan yang singkat.
| ENTAH apalah pertanyaan seorang peminat sehingga membuatkan Diddy sekadar tersenyum saja.
|
Malah
dalam perjalanan menikmati makan malam selepas siri jelajah berakhir,
mereka masih lagi sempat berkaraoke walaupun jarak perjalanan yang
tidak sampai 15 minit. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pasir Gudang
juga cukup menghiburkan.
Jika pelakon Ashraf Muslim tidak lekang dengan mikrofon
ketika ke Sungai Petani tempoh hari, tempatnya diganti oleh Sheila OIAM
yang menyanyikan hampir 30 lagu bermula dari awal perjalanan
sehinggalah tiba di Johor Bahru.
Dari tingkat atas, Sheila sibuk menyanyikan lagu penyanyi
tersohor Datuk Siti Nurhaliza, dia kemudian beralih ke tingkat satu bas
Sinarmas kerana ruang bawah menyediakan tempat karaoke yang lebih
selesa. Bagaimanapun, suara Sheila langsung tidak terjejas meskipun
menyanyikan berpuluh-puluh lagu.
Menjadi satu-satunya bunga dikerumuni kumbang, Sheila sering
menjadi bahan sakat antara Along dan Angah yang berebut-rebut untuk
menambat jiwa gadis berusia 19 tahun itu. Lebih melucukan apabila
kedua-duanya juga cuba menambat hati ibu Sheila yang menemani anak gadisnya.
| "MOGA bayi kita nanti comel macam ni yang bang?" Mungkin itu kata Rosma kepada Khai. |
Ternyata ibu Sheila seorang yang cukup sporting melayan kerenah Along dan Angah yang suka mengusik.
Jika Sheila 'gilakan' mikrofon untuk menyanyi, Along pula 'gila' menjadi pemandu pelancong hingga tidak berhenti-henti bercakap.
Artis yang tidak menyertai aktiviti berkaraoke pula terhibur
dengan filem Cicak-Man 2 yang dipasang sepanjang perjalanan di tingkat
atas bas. Pendek kata, masing-masing mempunyai aktiviti untuk
dilakukan sepanjang perjalanan.
Bilikmenunggu sementara menantikan persembahan masing-masing sekali lagimenjadi tempat mereka mengusik sesama sendiri. Jika sebelum ini Alongdan Angah kerap
mengusik Sheila,
kali ini Nubhan pula yang sibuk mengusik anak dara ND Lala.(abis la stacy marah)
Ruang itu juga menjadi tempat artis berkongsi pelbagai cerita
mengenai karier masing-masing dan tempat untuk berkenalan lebih rapat
antara artis lama dan baru. Keakraban tidak hanya terjalin antara artis
tetapi juga dengan semua yang mengikuti siri jelajah ini termasuklah
kru Sinarmas yang tidak dipinggirkan artis, sebaliknya mereka berkawan
baik.
Bagi pendatang baru, mereka menganggap siri jelajah ini
sebagai platform yang baik untuk mengukuhkan hubungan sesama artis yang
tidak pernah ditemui sebelum ini. Selain itu mereka juga mengambil
kesempatan ini bertemu peminat buat pertama kali sebagai membalas jasa
peminat yang memberikan sokongan.
Corat coret
Walaupun berhadapan kehilangan ahli keluarga terdekat,
artis yang dicalonkan dalam kategori Artis Komedi Wanita Popular,
Kenchana Dewi tetap memberikan sokongan kepada ABPBH 2008 kerana sudah
berjanji dengan penganjur.
Lagu Hilang milik Diddy bagaikan menghantui artis
yang menyertai siri jelajah ini. Antara yang terpengaruh dengan lagu
itu ialah Fizo, Sheila, Along dan Angah.
Biarpun sedang mengandung empat bulan, Rosma begitu
berani menggayakan platform. Khabarnya Khai berkali-kali menasihati
isteri kesayangannya kerana bimbangkan keselamatan Rosma tetapi tidak
diendahkan penyanyi comel itu.
Angah Raja Lawak rupanya berkebolehan menyanyi. Dia
boleh menyanyikan lagu Mahakarya Cinta milik penyanyi Faizal Tahir
dengan cukup baik.
Tunang Diddy yang kebetulan berada di Pasir Gudang, sempat meluangkan masa bertemu dengan Diddy meskipun cuma sekejap.
Jika tunang Diddy datang ke Pasir Gudang untuk
bertemunya, Zila tunang kepada Along Raja Lawak menggunakan 3G untuk
melepaskan rindu kepada tunang tersayang.
Oleh kerana terbabit dengan penggambaran drama, Fizo
terpaksa membawa ibu dan adik untuk menemaninya memandu supaya tidak
kebosanan.
credit to berita harian online
[ Last edited by teha_sweetygurl at 12-3-2009 22:02 ] |
|