|
Hafiz: Percayakan nama keluarga
Oleh Norhadiani Baharom
HAFIZ AF7, nama dan jenama yang sudah utuh. Terbukti dengan rentetan kejayaan demi kejayaan yang diperoleh juara Akademi Fantasia musim 7 (AF7) dengan kemenangan 14 anugerah dalam empoh empat tahun berkelana sebagai anak seni.
Gelaran itu juga bagaikan sebati dengan pemuda berbakat besar ini atau Mohd Hafiz Mohd Suip, 23, sebagaimana nama yang tentera di dalam kad pengenalannya.
Justeru, mengapa kini anak kelahiran Kuching, Sarawak, itu mahu dikenali sebagai Hafiz Suip, sekaligus mengentengahkan nama keluarganya selepas empat tahun menggunakan nama pentas , Hafiz AF7.
“Saya suka soalan ini. Saya mahu dikenali sebagai Hafiz Suip dan mengentengahkan nama keluarga kerana mahu mereka merasai apa yang sudah saya capai.
HAFIZ kebanggaan ayah dah ibunya.
“Kejayaan saya dalam bidang muzik, bukan hasil saya seorang. Keluarga adalah pendorong utama atas apa yang saya kecapi hari ini. Tentunya peminat, pihak pengurusan iaitu pihak Astro Talent dan juga pihak media antara tulang belakang kejayaan saya,” katanya ditemui pada majlis pelancaran album keduanya, Luahan Hati Anak Seni, di Bentley Music, baru-baru ini.
Bercerita mengenai bingkisan terbarunya itu, Luahan Hati Anak Seni melampirkan sembilan lagu termasuk Muara Hati nyanyian bersama Datuk Siti Nurhaliza.
Penerima anugerah Persembahan Vokal Terbaik, Anugerah Juara Lagu tiga tahun berturut-turut itu, baru-baru ini melancarkan album keduanya, Luahan Hati Anak Seni di Bentley Music.
Pembungkusan album ini sangat menarik berkonsepkan ‘mini magazine’ selain penampilan Hafiz sendiri persis penghibur antarabangsa, Bruno Mars!
Namun apa yang menjadi tanda tanya, kulit album kedua Hafiz itu memaparkan wajahnya bersama seorang gadis di sisi. Siapakah dia sehingga diberi penghormatan berada di ruang ‘selling point’ berkenaan?
“Wanita dalam ‘cover’ album itu adalah model yang ditampilkan khas untuk album ini. Jika sebelum ini kulit album saya setakat ‘photo shoot’ biasa, kali ini saya buat sedikit kelainan dan lebih unik, sekali gus boleh membuatkan ia diingati.
“Sebelum ini saya selalu beli album artis tempatan dan luar negara, tapi biasanya hanya dilampirkan gambar dan lirik. Album yang menyelitkan informasi penyanyi dan tafsiran mereka terhadap semua lagu yang terkandung, jarang sekali dapat kita lihat.
“Menerusi album ini, peminat bukan hanya dapat mendengar lagu tetapi boleh membaca kisah saya di dalamnya. Meminjam idea majalah dan surat khabar ini kerana saya melihat penghasilan ‘cover story’ sangat menarik minat pembaca dan diharapkan ia strategi menarik minat pembeli untuk memiliki album ini.
“Berkenaan penampilan atau imej saya di dalam album ini, tidak dinafikan Bruno Mars salah seorang yang saya jadikan rujukan dalam penggayaan saya.
“Sebagai artis juga, saya banyak membaca dan untuk ‘styling’ kali ini saya mahukan satu imej yang lebih matang,” katanya.
Menghidap sakit tekak
Melayari lima lagu yang dipersembahankan pada majlis pelancaran album berkenaan, hampir semua lagu yang dinyanyikan berkisar soal sang lelaki yang melara jiwa.
Antaranya Deritamu Bahagiaku, Patah Hati dan Hanya Ingin Kau Cinta di mana semuanya menjalani proses rakaman di Indonesia. Apakah, album ini diterbitkan tatkala Hafiz kecundang dalam percintaan.
“Album ini asas ceritanya adalah cinta tetapi cinta tidak semestinya ditujukan pada seseorang tetapi juga cinta secara rohaniah. Ia bertepatan dengan genre balada, namun apa yang menarik mengenai album ini ada track konsepnya dinamakan sebagai alternatif balada.
“Pun begitu saya tidak nafikan ada sebahagian lagu ditulis atas pengalaman sebenar saya. Deklamasi misalnya menceritakan pengalaman pahit dan manis manakalasatu lagi lagu yang liriknya ditulis oleh saya adalah Mungkinkah.
“Saya belajar menulis lirik daripada Kunci Demak dan untuk mendalami ilmu ini saya tumpang tidur di rumahnya selama lima hari,” katanya.
Menceritakan pengalamannya menyiapkan proses rakaman album berkenaan, Hafiz yang sakit tekak dan kehilangan suara sewaktu berada di Jakarta, Indonesia, kerana desakan cuaca yang terlalu panas, menyebabkan dia mencuba satu petua untuk menyedapkan suaranya.
Petua itu katanya, diberikan oleh seorang petugas studio selepas melihat keadaan dirinya yang tidak sihat dan tidak mampu menyanyi dengan baik.
“Ketika itu proses rakaman dilakukan di Indonesia dan saya demam sebab cuaca di Indonesia terlalu panas.
“Ada seorang rakan di sana menasihatkan saya untuk mencuba petua itu kerana ia juga sudah menjadi amalan artis-artis di Indonesia. Sesudah mengambil ubat campuran kicap bangau dan limau, suara saya pulih dan boleh merakamkan lagu Bahagiamu Deritaku. Saya difahamkan kicap bangau fungsinya adalah untuk menggantikan madu,” katanya.
Beralih pada kisah percintaan, Hafiz tidak menafikan dia sedang menjalinkan hubungan dengan seorang yang masih berstatus penuntut di sebuah kolej swasta. Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut hal berkenaan kerana menghormati keputusan keluarga kekasihnya.
~~~ hmetro.com.my ~~~ Last edited by blackberry90 on 20-6-2013 07:25 AM
|
|