Dalam zaman siber sekarang, golongan muda tidak kiralah dari negara mana pun, ada saja idea yang bertujuan untuk muncul sebagai 'trendy' di media sosial tanpa memikirkan bahaya yang mungkin menimpa dirinya.
Contohnya sebelum ni, aksi trendy pijak kulit pisang yang akan membuatkan pelaku tersebut cedera yang mungkin melibatkan patah tulang.
Terbaru seorang wanita China kehilangan sebahagian rambut, gara-gara mahu meniru aksi ‘stunt’ makan jagung dengan menggunakan dril yang dalam keadaan bergerak.
Cabaran makan jagung yang menggunakan dril bergerak sememangnya menjadi trendy yang amat popular di kalangan remaja rakyat China baru-baru ini.
sumber foto: http://www.dailymail.co.uk/
Dalam kes ini, dril bergerak laju yang dipegang salah seorang rakannya, tak disangka-sangka gagal dikawal sehingga ‘mengorbankan’ sebahagian rambut di bahagian hadapan.
Mujur, mata gerudi dril tersebut tidak tercucuk ke mata atau kepada waniat tersebut, kalau tidak sesuatu yang tidak diingini pasti berlaku yang mungkin membahayakan nyawanya.
Menurut pakar perubatan, rambut wanita tersebut akan tumbuh normal seperti biasa namun ia mengambil masa yang sangat lama.
Cabaran makan jagung dengan dril dimulakan oleh seorang vlogger, Eater Yang yang mana videonya melakukan cabaran itu telah mendapat jutaan tontonan netizen.
Cabaran itu bukan sahaja dapat sambutan menggalakkan malah menjadi satu fenomena di laman web di negara China. Namun demikian jangan kerana ingin menjadi popular dan membolehkan aksi yang dilakukan muncul sebagai satu trend baru sehingga mengabaikan aksi yang dilakukan itu adalah sangat tidak selamat untuk dicuba sama sekali dan akhirnya merugikan diri-sendiri.
Ingat, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna! - CARI Infonet