CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4228|Reply: 3

Nak Cerahkan Bibir Gelap, Ikuti 5 Cara Berikut

[Copy link]
Post time 17-5-2016 06:09 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO


Bahagian bibir penting juga buat kaum hawa dalam aspek menyerlahkan lagi sifat kewanitaannya.


Justeru kebanyakan wanita dengan bantuan gincu pastinya membolehkan bibir seseorang wanita kelihatan seksi, sekaligus penampilan akan lebih terserlah.






Namun bagaimana jika bibir seseorang wanita itu hitam atau kelihatan gelap.


Punca bibir hitam adalah kerana tabiat merokok, terlalu kerap minum kopi dan teh. Berkeinginan mengembalikan warna cerah pada bibir anda?


Berikut beberapa petua yang boleh cuba dalam usaha menangani masalah tersebut.






1) Lemon Madu
Campurkan satu sudu besar air perahan lemon dan madu dan disapukan di bibir secara merata.  Lemon akan bertindak cerahkan warna bibir dan madu pula akan meneutralkan serta lembapkan bibir sehingga kelihatan kemerahan.






2) Guna Buah Beet sebagai 'mask'
Buah beet juga boleh berperanan menjadikan bibir kembali kelihatan berwarna semula jadi.  Mudah saja caranya iaitu dengan hanya memotong secara nipis ataupun haluskan beet dan sapu di seluruh bibir. Biarkan hingga kering dan cuci dengan air bersih. Lakukannya setiap hari agar warna bibir kembali kelihatan cerah.






3) Minyak Badam
Cukup ambil satu titis minyak badam dan sapu di keliling bibir. Lakukan setiap hari ketika nak tidur. Bukan hanya dapat mencerahkan malah juga mampu melembabkan bibir secara semula jadi.






4) Jus Timun
Ambil sepotong timun dan haluskan. sapu di bibir untuk mencerahkan bibir yang hitam. Biarkan hingga kering dan cuci dengan air bersih. Boleh juga dilakukan ketika nak tidur, biarkan semalaman.








5) Skrub Kunyit
Ambil 1 sudu teh serbuk kunyit (haluskan 1 ruas kunyit) campur dengan 1 sudu teh tepung sehingga jadi sebati. Sapu dan biarkan sehingga kering. Kemudian urut dan skrub merata di bahagian bibir supaya bibir menjadi lebih bersih dan cerah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2016 06:05 PM | Show all posts
Tips no.1 tu kalau nk buat time bile ye?time nk tdo ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 05:09 PM | Show all posts
good info tq
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kopi n teh blh bt bibir hitam? Wow first time dgr.. Huhhuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.049577 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list