CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3075|Reply: 11

Rahsia Umur Panjang : Wanita Tertua Di Dunia Makan 3 Biji Telur Mentah Sehari

[Copy link]
Post time 19-5-2016 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ




Mencapai umur melebihi 100 tahun mungkin sesuatu yang luar biasa kerana rata-rata manusia yang sudah dikira panjang umur, meninggal dunia di usia 60-80 tahun.



Emma Morano



Menurut sebuah portal antarabangsa, Emma Morano, 116 tahun telah dinobatkan sebagai wanita tertua di dunia oleh Rekod Dunia Guinness pada 16 Mei lalu selepas kematian penyandangnya iaitu Susannah Mushatt Jones.


Morano yang berasal dari Verbania, Itali telah berkongsi rahsia di sebalik umurnya yang panjang itu. Antara rahsianya ialah dengan mengamalkan makan tiga biji telur mentah setiap hari dan menjauhkan diri daripada lelaki.


Tambah portal itu lagi, Morano pernah mendirikan rumah tangga namun bercerai pada tahun 1938 selepas kematian anaknya.


“Saya tidak mahu didominasi oleh sesiapa,” kata Morano.


Selain petua itu, dia turut mengamalkan memakan daging cincang dan meminum susu pada sebelah malam.


Menarik juga antara petua untuk hidup lama yang didedahkan oleh wanita tua ini, amalkan makan telur dan jauhkan diri dari lelaki. Hmm.. mungkin wanita ini tidak suka diarah dan secara tak langsung dia lebih tenang kerana tidak terikat dengan komitmen. Tapi happy kah hidup tanpa lelaki? - CARI Infonet.







Susannah Mushatt Jones







Sumber: Mynewshub.cc
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2016 11:45 AM | Show all posts
biar betik....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 12:07 PM | Show all posts
Susannah Mushatt Jones tu meninggal masa umur baper?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 12:16 PM | Show all posts
Yaaa ke atau less stress sebab dia pun ada highlightkan tak nak didominasikan oleh sesiapa
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengarut jelah nenek ni.dah malaikat belom tarik nyawa hidup lg la nek.umo pjg lg.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 01:18 PM | Show all posts
Hahaha... lawak je... petua umur pjg jauhkan diri drpd lelaki...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2016 02:25 PM | Show all posts
Minami2013 replied at 19-5-2016 01:18 PM
Hahaha... lawak je... petua umur pjg jauhkan diri drpd lelaki...

kannn........entah2 kalau dia dekat dgn lelaki lagii bertambah panjang umur dia...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau umur panjang tapi menyusahkan fam/ orang makcik takmo lerr~

biar umur pendek dalam keimanan gituu haaa~~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2016 04:34 PM | Show all posts
Keh~ Xnk stress la tu. Xnk d arah2, xyah taat sesiapa gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 04:55 PM | Show all posts
zameyla replied at 19-5-2016 02:25 PM
kannn........entah2 kalau dia dekat dgn lelaki lagii bertambah panjang umur dia...

Hehehe...haah... entah2 lg pjg umur... nak melawan fitrah dan naluri manusia buat ape kan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2016 11:27 AM | Show all posts
amalkan pemakanan yg sihat
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2016 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
That pretty sucks actually. To die old and alone.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.054904 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list