View: 6147|Reply: 2
|
Panduan Cukur Misai Dan Janggut Yang Betul, Jangan Main Cukur Je
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Misai, kumis, jambang dan janggut yang terlalu panjang dan terbiar membuatkan muka seseorang lelaki kelihatan berserabut dan kusut.
Mungkin bagi lelaki jika semakin lebat misai atau janggut maka lebih menyerlah kejantanan mereka, namun jangan lupa tak semua wanita gemar lelaki "muka berbulu lebat". Kerana itu sebagai lelaki perlu kita tahu cara-cara menjaga misai dan janggut agar sentiasa kelihatan kemas dan rapi.
Nak potong atau trim misai, jambang dan janggut pun kena tahu cara, bukan main potong je. Brader, mari belajar tips mudah ini.
1. Bersihkan wajah terlebih dahulu
Bagi lelaki yang ingin bercukur pada waktu pagi, biarkan kulit wajah rehat sekurang-kurangnya bagi 10 minit selepas bangun dari tidur, Kemudian, cuci wajah anda dengan pencuci wajah pilihan. Selain membantu menghilangkan sel kulit mati, proses membersihkan wajah bertindak membuka liang roma dan melembutkan kulit di sekitar misai dan janggut.
2. Lembabkan wajah dengan air sederhana panas
Sebelum anda melakukan proses cukuran, Selesai membersih wajah, aturan baik yang boleh dipraktikkan ialah melekapkan tuala panas di bahagian yang hendak dicukur untuk merapikan pangkal dan akar anak rambut. Langkah ini juga membantu supaya pori-pori terbuka dan memudahkan pencukuran. Seterusnya, gunakan berus khas yang disapu krim pencukur sebelum diratakan di bahagian yang hendak dicukur dengan cara berputar.
3. Mulakan cukuran di bahagian rahang, leher dan pipi terlebih dahulu
Bahagian ini perlu dilakukan terlebih dahulu kerana ianya mengikut lengkungan wajah dan mengelakkan kulit daripada terluka. Kumis dan janggut perlu mendapat perhatian khusus kerana anda mungkin ingin mencukur mengikut pola dan gaya yang anda inginkan.Cukurlah janggut searah dengan tumbuhnya anak rambut. Lakukan dengan berhati-hati. Tarik pisau cukur dengan jalur searah agar terhindar dari melukakan kulit.
Jika anda pernah cincai dalam arah cukuran sebelum ini, anak rambut yang bakal tumbuh semula akan menjadi tidak sekata. Ada yang menghala ke utara, selatan, timur dan barat laut. Selepas itu memang dah tak boleh buat apa dah.
4. Gunakan gunting untuk membuat pola
Gunakan gunting kecil yang dikhaskan untuk mencukur apabila mahu membuat pola pada kumis atau janggut anda. Untuk hasil yang tipis, gunakan hair-clipper. Gunting terlebih dahulu bahagian tepi kumis dan janggut.
5. Bilas wajah apabila selesai bercukur
Lakukan secara perlahan-lahan sebelum membilas dengan air sejuk. Selesai bercukur dan membilas bersih, langkah seterusnya ialah menyapu penyegar dan pelembap yang dapat mengembalikan lembapan kulit kering kesan daripada cukuran. Manakala, set cukuran pula haruslah direndam seketika dengan air hangat.
Jika sudah tahu cara yang betul, pasti misai, janggut dan jambang anda akan kelihatan sangat kemas setiap kali selepas bercukur. Jangan lupa cuba tip ini bila hendak bercukur nanti ya! - CARI Infonet.
Sumber - ohfesyen.blogspot.my |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|