|
Oleh : Dean BZ
Tindakan Donald Trump yang giat berkempen dengan menafikan hak bersuara orang Islam di Amerika Syarikat menarik perhatian pelakon dan aktivis terkenal, Angelina Jolie.
Angelina meluahkan rasa sedih dan membantah tindakan tersebut kerana baginya amat tidak sesuai untuk seorang calon presiden yang bakal memerintah negara tersebut.
"Bagi saya, Amerika Syarikat terdiri daripada orang seluruh dunia pelbagai kaum dan agama yang datang menetap di sana untuk kebebasan, khususnya kebebasan beragama.
"Jadi saya rasa beliau tidak sesuai untuk menggunakan pendekatan perkauman itu apabila berkempen untuk jawatan presiden," ujarnya seperti di petik dari Huffington Post.
Disember lalu, Trump memulakan kempen konversional untuk mencegah rakyat beragama Islam masuk ke Amerika Syarikat.
Selain Angelina, selebriti George Clooney dan Jennifer Lawrence turut menentang tindakan jutawan Trump itu.
Clooney menganggap Trump sudah hilang kewarasan untuk mendapatkan jawatan penting negara itu. Sementara Lawrance menganggap dunia akan berakhir jika lelaki itu menggantikan tempat Barack Obama.
Selain diselar oleh sesetengah masyarakat bukan Islam, tindakan Donald Trump yang racis mempermainkan isu agama untuk kempen politiknya menimbulkan kemarahan umat Islam bukan sahaja di Amerika Syarikat malah diseluruh dunia. - CARI Infonet.
Sumber - mStar |
|