|
oleh Adib Za
Pernahkah anda dengar tentang mineral oil? Ia merupakan bahan yang sering digunakan dalam produk kecantikan.
Bermula dari pelembap, foundation sehingga baby oil, semuanya dibuat daripada bahan ini. Persoalannya, adakah ia selamat digunakan sebenarnya?
Memetik laman livestrong, mineral oil berguna sebagai pelembap kulit. Ketika anda menggunakannya, ia akan menahan lembapan dan air pada kulit yang menjadikannya lembut.
Namun, jika dilihat dari segi nutrisi, mineral oil langsung tidak memberikan apa-apa kebaikan kepada kulit. Malah, jika anda menggunakannya secara berlebihan boleh membuatkan kulit sukar bernafas.
Ia diibaratkan seperti plastik pembungkus yang menahan daya tahan alami kulit, membuatnya sukar bernafas dan menyerap kelembapan alami kulit, petik laman Vemale.
Sekaligus menyebabkan penghasilan sel kulit baharu terhambat dan juga merosakkan kolagen.
Oleh itu, hati-hati ketika menggunakannya. banyak produk yang menggunakan mineral oil kerana ia didapati dengan harga murah. Namun, hasilnya tidak sebaik yang diharapkan. - CARI Infonet
Sumber foto: Carian google |
|