View: 3786|Reply: 9
|
Cek Sendiri Kehamilan Di Rumah Dengan Ubat Gigi?
[Copy link]
|
|
oleh Adib Za
Bagi pasangan yang telah berkahwin pasti menantikan saat-saat kehamilan si isteri kan.
Sebenarnya ada beberapa cara dan tips yang boleh dicuba untuk membuat ujian kehamilan tanpa perlu ke farmasi dan juga test pack.
Anda boleh melakukan sendiri sahaja di rumah. Selain tanda-tanda seperti sering mual, tidak datang bulan dan pertambahan berat badan, ada cara lain untuk mengetahuinya.
Nak tahu caranya?
1. Ubat gigi
Dikatakan ia merupakan cara terbaik untuk menguji kehamilan di rumah. Ambil beberapa titis urin anda campurkan dengan ubat gigi.
Biarkan selama beberapa minit. Jika ubat gigi berubah menjadi biru atau berbuih, maka kemungkinan anda hamil adalah positif.
2. Pemutih pakaian
Cecair pemutih pakaian juga boleh digunakan. Ambil sampel urin anda dan masukkan ke dalam cecair pemutih baju. Jika campuran itu berbuih, kemungkinan anda bakal menjadi ibu!
3. Gula
Alternatif lain ialah menggunakan gula. Tadah urin dalam bekas dan tambahkan 2 hingga 3 sudu gula ke dalamnya. Jika gula itu tidak dapat larut, maka anda kemungkinan tinggi sedang hamil. - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
okay, noted.. |
|
|
|
|
|
|
|
akak pakai ubat nyamuk |
|
|
|
|
|
|
|
hakak lak pakai ubat gegat je |
|
|
|
|
|
|
|
ader sapa-sapa penah try? |
|
|
|
|
|
|
|
wow ubat gigi bertukar biru? cantiknyaaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|