|
Oleh : TS LOO
sumber foto: http://www.rotikaya.com/
Selepas diberitahu oleh seorang tukang urut yang bertanya tentang kandungannya, barulah pelakon Jue Aziz sedar dirinya telah mengalami keguguran pada tiga bulan lalu ketika usia kandungan masih baru.
"Saya akui ada berlaku pendarahan dan saya sangkakan ia hanya ketulan darah haid sahaja dan tidak pun ke klinik namun ia adalah keguguran awal kandungannya," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan Royal Glow, yang diadakan Restoran Talent Lounge semalam.
Sementara itu, Jue atau nama sebenarnya Zuliana Aziz turut mengakui dia berasa sedih dan tertekan setalah menerima berita tersebut kerana terlalu mengharap untuk mendapat cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangganya.
Walau bagaimana pun, tambah Jue dia reda dengan uijan Tuhan dan akan terus berusaha untuk mengandung sekali lagi dalam masa terdekat ini.
Sebelum ini, Jue berkahwin dengan pemuzik Indonesia Bayu Pramana Putra Achmal pada 9 Mac 2014 dan memiliki seorang anak angkat bernama Dawrish Naufal yang kini berumur 4 tahun.- CARI Infonet
sumber : mstar |
|