CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3349|Reply: 11

Jalan Melebur Sehingga Kasut Melekat Atas Jalan Akibat Kepanasan Melampau!

[Copy link]
Post time 27-5-2016 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO








Pada bulan Mei ini, kadar suhu yang paling tinggi di Utara India, pernah mencecah sehingga ke 51 darjah Celcius, ia merupakan satu rekod terbaru di negara terbabit.


Kini di India, suhu 40 darjah Celcius ke atas memang dianggap perkara biasa.


Bercakap pasal angka, mungkin anda tidak begitu terasa kepanasan yang dialami oleh rakyat India, tetapi sekiranya anda dapat membayangkan jalanraya pun kelihatan melebur, macam itu baru anda sedar betapa panasnya suhu cuaca di sana.










Tahun lepas, menerusi paparan gambar mengenai lintasan belang atau 'zebra cross' di jalanraya yang kelihatan lebur. Kejadian itu memeranjatkan masyarakat sedunia berhubung cuaca panas yang dialami di India ketika itu.




Tahun ini pula, hanya berdasarkan paparan sebuah video, sudah cukup membuatkan kita semua sedar betapa dahsyatnya kesan suhu tinggi.




Sebuah video yang berjudul "Apa perasaan melintas jalan di India ketika cuaca yang bersuhu tinggi?" Jelas kelihatan suhu yang tinggi menyebabkan jalan jenis tar mula lebur dan minyak tar mula melekat pada kasut. Sudah tentu keadaan yang berbahaya ini membuatkan kita rasa bimbang terhadap pengguna jalanraya.








Antaranya seorang pejalan kaki kelihatan melintasi jalan, tanpa disedari kasutnya melekat pada jalan dan menyebabkan dirinya jatuh tergolek. Mujur ada golongan yang murah hati sanggup menghulurkan bantuan.




Di India, musim panas lazimnya bermula dari April dan kekal sehingga ke Julai. Purata suhu mencecah ketinggian 40 darjah Celsius ke atas.




Biarpun tahun ini masih belum betul-betul memasuki mulan Mei yang merupakan musim panas, tapi kini sudah terasa kepanasan yang melampau.




Jom tengok tahap suhu New Delhi, India pada dua tiga hari ini.








Walaupun penduduk tempatan sudah lama tinggal di sini, dan sepatutnya sudah dapat membiasakan diri dengan cuaca panas sebegitu, tetapi masih ramai yang merungut di laman sosial dengan mengatakan mereka hampir jadi gila akibat kepanasan melampau yang dialami kebelakangan ini.




Bayangkan crayon yang terjatuh atas lantai pun boleh melebur! Ngeri kan! - CARI Infonet
















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2016 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Subhanallah....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2016 01:17 PM | Show all posts
macam jalan melekit sebab baru lepas tar..
kalau betul panas, kenapa selipar tertanggal sebab melekat, dia relax je berpijak atas jalan..
ikut logic, mesti dah melompat melecur dah tapak kakinya..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2016 01:28 PM | Show all posts
Extreme betul panasnya kat sana kat Malaysia belum sampai tahap tu pun ramai dah merungut.  Kalau Malaysia pun jadi panas extreme macam kat India tu tak tahu le macam mana meroyannya semua nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2016 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
if kt malaysia, confirm klcc cair
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2016 02:24 PM | Show all posts
no wonder laaa tetiba ramai plak kasta2 india mai duk europe mhindari panas teramat.. dulu kwasan kejiranan iolss penuh mat saleh je, laa ni dah ada kat 10 family.. mujur same floor takde geng dorg sbb bwh tingkat iolss hampir setiap hari berkari.. huhuhu semerbak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2016 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sanggoppp
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2016 12:16 AM | Show all posts
Kesian kat depa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2016 12:16 PM | Show all posts
Kesiannya...

Kami yg dok tak hujan beberapa minggu ari tu pun dah mcm cacing kehotan
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2016 10:24 AM | Show all posts
di qatar juga suhu pernah cecah sampai 50degC few years back masa summer. Mujurnya rumah semua pasang ekon. Ada kawan2 sini yg masak telur dalam keta...telur letak atas dashboard jadi macam telur rebus 3/4 masak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah hu akhbar
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2016 04:23 PM | Show all posts
Hok alohhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.069614 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list