Oleh Izzah Abbasy
Manusia tak lari dengan banyak ragamnya. Jika si A suka warna merah tak semestinya si B suka merah juga. Pasti si B akan memilih biru, hitam atau hijau dan lain-lain sebagai warna kegemarannya.
Dalam sesetengah perkara, anda pasti akan mempersoalkan tentang keputusan yang mana satu lebih baik, buruk, betul atau salah. Masalah perbezaan pendapat sebenarnya adalah perkara biasa dalam kehidupan.
Jika sesuatu perkara itu membuatkan anda berasa ia betul, pasti tidak bagi orang lain. Betul tak? Ilustrasi ringkas dibawah ini menunjukkan beberapa perbandingan dan perbezaan yang berlaku dalam kehidupan harian.
Lakaran ini disediakan oleh 2 Kind of People. Jadi, anda yang mana? Bab ilustrasi ubat pasti ramai yang akan tergelak. Begitu juga kepada siapa yang jenis suka mencilok ketika menunggu 'turn' di jalanraya. Cepat cek! - CARI Infonet
Kredit Foto : © 2 Kinds of People |