View: 2164|Reply: 7
|
Ada 2 Cara Mudah Untuk Cairkan 'Gel Eyeliner'
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Ramai yang memilih menggunakan 'gel eyeliner' kerana ia lebih mudah untuk digariskan, tidak comot dan kalis air.
Tetapi, yang tak 'best' nya, ia cepat keras dan kering jika terdedah lama pada udara setelah dibuka.
Jadi, bagaimana nak buat? Anda jangan buang pula tau! Ikut 2 cara ini. Mudah dan cepat! - CARI Infonet
1) Layurkan bekas atau botol 'eyeliner' atas permukaan api. Boleh guna lilin atau 'lighter'.
Pegang menggunakan gunting atau pengepit supaya bekas yang panas itu tidak terkena pada tangan.
2) Rendamkan bekas ke dalam air panas. Jangan tenggelamkan semua bekas tersebut.
Setelah menunggu selama 5 hingga 10 minit, cepat-cepat gaulkan isi 'eyeliner' yang masih panas menggunakan jarum sehingga sama rata. Kemudian tutup bekas selaju-lajunya dan rapat. Mudah bukan? Selamat mencuba sis!
|
|
|
|
|
|
|
|
aaaa... petua yg sgt bagus. boleh cuba.
tenkiu |
|
|
|
|
|
|
|
x pon ambik beby oil.
tuang sikit dalam bekas eyeliner tu.. kemudian gaul. konpem berkesan. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh. Nanti berminyak, comot dan tak kalis air. Asal gel eyeliner biasanya 'waterproof'.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selain daripada tu, cuba ambik batang lidi or apa2 je btg mcm lidi. Kemudian gaul2kan isi gel bermula dari bahagian tgh sehingga ke tepi dengan arah pusingan. Ratakan semula gel tersebut dgn bekas yang agak kecil dari bekas eyeliner . Letak bekas gel liner tu tebalik supaya ia tak cepat kering.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|