Coklat KitKat sudah semestinya menjadi kegemaran ramai. Mana-mana kedai runcit atau serbaneka, pasti ada menjual jenama coklat ini.
Kitkat yang berbentuk 2 atau 4 bar coklat ini dicipta khas oleh Rowntree Of York, England kini dihasilkan di peringkat global oleh Nestle.
Disebabkan coklat ini terlalu laris dan popular di kebanyakan Negara, Nestle telah mengeluarkan sejumlah modal yang begitu banyak untuk menghasilkan berpuluh-puluh perisa Kitkat yang unik dan menarik.
Kitkat yang terkenal dengan tagline "Have a break, Have a Kitkat" ini sebenarnya mempunyai banyak jenis perisa yang pelik dan mungkin anda semua tidak pernah tahu ia sebenarnya wujud. Agak-agaknya ada tak yang berminat nak cuba merasanya? - CARI Infonet