View: 175291|Reply: 370
|
Pendedahan kisah2 misteri seorang penyelam laut dalam
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum kawan2.
Baru2 ini saya ada terbaca mengenai pengakuan seorang penyelam dasar laut ( nama dirahsiakan) di U.S yg telah menulis di Reddit mengenai pengalaman anehnya sepanjang 20 thn bekerja sebagai seorang penyelam dasar laut commercial (Deep sea diver).
Mungkin benar atau tidak, tapi saya tetap percaya bahawa laut merupakan kawasan makhluk2 yg tidak pernah kita lihat dari segi fizikal mahupun ghaib. Ini semua termasuk dalam kekuasaan dan pengetahuan Allah semata2.
"Saya seorang penyelam laut dalam yg bekerja dgn sebuah syarikat yg membuat kerja2 penyelaman dalam laut khas untuk tujuan komersial dan juga ketenteraan. Khidmat2 seperti "salvage n rescue" (pemulihan dan pertolongan), "deep sea demolition" ( letupan di lautan dalam) "rig n vessel repair" ( pembaikian kapal dan rig ) dan pelbagai lagi kerja penyelaman yg tidak dibuat oleh org biasa.
Sudah beratus ekspidisi selam telah dilakukan dan kebiasaannya memang normal. Tetapi ada2 kejadian yg tidak masuk akal dan menakutkan yg telah buat saya berfikir masak2 utk bersara dan membuat kerja lain.
Peristiwa 1 : Duit cengkerang kerajaan lautan dalam
Satu hari kami diberi tugasan khas utk membuat satu penyelaman utk pembaikian kapal di lautan dalam. Jarak laut dgn daratan mungkin dalam 300 batu nautika. Ketika melakukan tugasan, salah satu propeller kapal menghadapi kesukaran akibat tersangkut dgn tali2 tebal jala pukat kapal tunda. Saya mengenakan sut selam dan terus kebawah kapal utk memotong tali2 pukat. Saya membawa sebuah beg kedap udara berisi peralatan yg diperlukan dan setelah terjun ke dalam, saya mula membuat kerja2 memotong dan membuang tali yg tersangkut dari propeller. Selesai kerja, saya masukkan semula peralatan ke dalam beg tersebut dan naik semula ke atas kapal.
Tapi satu perkara pelik berlaku. Ketika membuat pemeriksaan ke atas gear dan beg peralatan, dalam beg peralatan tersebut penuh dgn cengkerang siput yg beraneka jenis. Yg menariknya, setiap cangkerang tersebut seolah2 ada tulisan dan simbol yg tidak menyerupai bahasa manusia dan ia seolah2 seperti satu matawang kerana setiap cangkerang mempunyai tulisan hieroglif yg menggambarkan ia mempunyai nilai setiap satu. Saya terus bertanya dengan penyelam senior yg lain dan mereka pun mengatakan kadang kala ia berlaku kepada mereka tetapi mereka buat dunno dan bawa balik ke rumah simpan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pastu..apa jadi pada cengkerang siput2 tu?
pada orang yg bawa balik tu?..ada jadi apa2 tak? kena rasuk ke..hapa ke
any misteri??
sambung sambung....
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak jadi apa2. Dah org laut beri duit kerajaan laut, dia simpan je la. Huhuhu..
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi?? takde ke beliau tunjuk gambar cengkerama yang simbol-simbol tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
lor..tu je ke?
kata ada dua kejadian |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah 2 : Operasi mencari jet pejuang tentera
Satu hari kami diberi tugasan dari tentera udara U.S yg bertaraf Level 4 iaitu "Sangat Rahsia dan Sulit". Ia melibatkan operasi mencari satu jet pejuang tentera yg terhempas di lautan Atlantik. Kami diberi briefing oleh Pegawai Operasi bahawa tugas kami adalah utk mengenalpasti lokasi kapalterbang terhempas dan melakukan penyelaman utk memastikan keadaan bangkai pesawat di dasar laut. Difahamkan dua org juruterbang terhempas bersama dan jika boleh, kenal pasti mayat dan keadaan mayat tersebut.
2 org juruselam termasuk saya ditugaskan utk turun ke bawah. Kami dibawa oleh kapal tentera ke lokasi jet yg disyaki terhempas. Kami dipakaikan peralatan selaman laut dalam dan diturunkan menggunakan kabel jauh ke dalam laut. Perlu difahamkan yg peralatan kami guna dan pakai bukan seperti scuba gear, sebaliknya kami memakai pakaian besi berupa seperti astronaut kerana tekanan bawah laut sedalam lebih 300 meter adalah tersangat kuat.
Dari kejauhan kami dapat lihat bangkai tersebut terletak di dalam dasar laut. Anehnya, bangkai jet tersebut terletak di satu tempat seperti padang pasir yg tidak ada ada sesuatu pun disekelilingnya. Kebiasaannya, pasti ada terumbu mati atau benda2 lain disekeliling kapal yg terhempas ke dasar laut.
Tiba di bangkai jet, kami tidak nampak sebarang kerosakan atau apa2 kecacatan pun pada badan, sayap atau cockpit jet. Ini mustahil kerana kapalterbang yg terhempas dan kelajuan tinggi menjunam ke laut ibarat terhempas ke atas simen konkrit. Ia pasti akan berkecai dan sisa2nya bertaburan.
Apa yg lebih pelik, ketika kami mengintai di dalam cockpit, tidak ada mayat juruterbang ada didalamnya. Kami hanys melihat gambar keluarga juruterbang terselit di tempat duduk. Yg lainnya tidak ada tanda2 menunjukkan ada juruterbang didalam kapal tersebut sedangkan Pegawai Operasi mengesahkan sepatutnya ada 2 juruterbang yg memandu jet pejuang itu .
Kami terus melaporkan kepada penyelia operasi dan selesai kerja kami, tentera mengambil alih operasi dan tidak ada lagi berita mengenai operasi tersebut.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kapal pejuang kecik mampu jumpa..
adda satu kapal terbang tu, sampai la ni tak jumpa..
|
|
|
|
|
|
|
|
tiba teringat kisah laut segitiga bermuda tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya takut dengan air gelap yg xnmpak dasar.Ntah apa ada kat dalam sana... |
|
|
|
|
|
|
|
pernah tengok yg national geographic tu...kalau episod deep sea...
mcm2 jenis hidupan air pun ada....pelik2...
kagum betul |
|
|
|
|
|
|
|
Laaaa tak kan mcm ni ja evil.....gmabaq yeelek ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Laaaa tak kan mcm ni ja evil.....gmabaq yeelek ka? |
|
|
|
|
|
|
|
hmph..tah-tah kapatebang yg hat besaq tu pun camni gak kisahnye.
mana kita nak tau kalo kerajaan klasifikasi level 5 ke hape ke kan..
kalo tengok natgeo mmg rasa seram keadaan di bawah tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya mayat jurutrbang tu dh dimakan jerung
|
|
|
|
|
|
|
|
sikit je ke ceritanya?
kalau ada lagi
nak lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
ha ah cerita la lg..
|
|
|
|
|
|
|
|
nice story...ni kisah sebenar TT ke atau kisah penyelam dr US tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Een ad baca kisah ni kat page read if u dare. Ad 3 series semuanya & ad beberapa kisah yg ble bce mcm x masuk akal tapi bumi Allah ni bukan kita aje yg tinggal. Dalam laut tu ad lg tempat yg human x explore lg.
Bak kata supervisor pencerita, there are some places man simply isn't meant to explore.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|