|
Oleh : TS LOO
sumber foto: google image
Menurut laporan The Star, saudara bagi tebusan yang diculik Kumpulan Militan Abu Sayyaf mengesahkan keempat-empat mangsa culik telah dibebaskan.
" Dengar khabar, keadaan kesihatan mereka bagus, kini ahli keluarga mereka sedang menunggu kepulangan mereka di Sandakan."
Menurut laporan dari Jolo, selepas beberapa rundingan dilakukan, perunding Malaysia dan Filipina berjaya membawa kepada pembebasan empat rakyat itu.
Bagimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Empat mangsa culik itu adalah ahli keluarga adik beradik Wong Teck Pang, 31, dan Teck Chi, 29, sepupu mereka, Johnny Lau Jung Hien, 21, dan Wong Hung Sing, 34, (bukan ahli keluarga).
Mereka diculik dari kapal 'Masfive 6' ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia setelah selesai membawa kayu balak ke Manila. - CARI Infonet
sumber : mstar |
|