View: 11475|Reply: 144
|
Wang Tebusan RM12 Juta Telah Diserahkan Kepada Polis- Ahli Keluarga Mangsa Culi
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Menurut laporan The Star, dalam satu sidang media yang diadakan siang tadi, ahli keluarga empat rakyat Sarawak yang dibebaskan kumpulan Abu Sayyaf menjelaskan bahawa semua wang derma yang diterima untuk menjamin pembebasan kesemua tebusan telah diserahkan kepada pihak polis.
Menurut Datuk Lau Cheng Kiong, bapa saudara salah seorang tebusan, Johnny Lau Jung Hien, RM12 juta telah diserahkan kepada Cawangan Khas di Sandakan, Sabah pada 24 Mei lalu.
"Kami menyerahkan kira-kira 12 keping cek Bank Hong Leong yang setiapnya bernilai RM1 juta yang disimpan di dalam beg ke Cawangan Khas di Sandakan antara pukul 4 petang dan 6 petang."
"Kesemua wang yang diperolehi itu diserahkan kepada mereka dan kami tidak menyimpan satu sen pun."
Berdasarkan laporan Borneo Post, jumlah wang tebusan RM12 juta, antara RM9 juta didermakan oleh penderma secara individu manakala RM1 juta diperolehi daripada gadai janji dua rumah keluarga di Pulau Li Hua dan baki RM2 juta daripada syarikat perkapalan, tempat kesemua tebusan berkhidmat.
Sehubungan itu, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun ketika dihubungi enggan memberi apa-apa komen mengenai dakwaan itu.
Difahamkan, selain diderma oleh rakyat Malaysia, wang tebusan juga diderma oleh penderma dari negara seperti Papua New Guinea, Taiwan, China, Pulau Solomon dan Malaysia.- CARI Infonet
sumber berita: The Star & Borneo Post |
|
|
|
|
|
|
|
senang abu sayap buat duit. abis wang tebusan yg ni nnt cari mangsa baru pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
kucen_miang replied at 15-6-2016 04:21 PM
senang abu sayap buat duit. abis wang tebusan yg ni nnt cari mangsa baru pulak.
Itulah fakta betapa hazabnya keturunan bangsat ini sis. Sedangkan orang kampung depa pun depa sukahati rompak dan samun. Melawan kalu free2 jah ditembak mati. Kerja mengharap duit free saja militan anu kayap tahi ini. Pilak sekampung dengan depa bertapak di Sabah ini pun benci depa sis. |
|
|
|
|
|
|
|
Alaa..mafia beso phg pun terlepah.Inikan pulak abu sayyap. |
|
|
|
|
|
|
|
x salah pun buat camtu katanya..sbb malaysia ni merampas tanah dorg iaitu sabah..malaysia ni setaraf israel je pada dorang |
|
|
|
|
|
|
|
Tuhari kat tv kata xde bayar wang tebusan ke hapa....suka suki bebaskan katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Kaya siot penderma tu... ni mesti tokey balak mana2 ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
senang ko buek duet pak abu sayap yo. kalo x bg ko kasik penggal kepala khenn.. kejis. moga terbenam ke neraka jahannam |
|
|
|
|
|
|
|
Pandai dak abu sayap pilihvictim...mesti ramai kuncu2 dia yg jd tukang inform kata suku sakat tycoon balak sibu sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Family mangsa kidnap bengang polis kata tebusan dilepaskan gitu je sedangkan duit tebusan dah djberi pada polis...penderma semua bertanya mana duit...sapa yg bohong kat sini, polis atau family tebusan.. |
|
|
|
|
|
|
|
saladin780 replied at 15-6-2016 05:07 PM
x salah pun buat camtu katanya..sbb malaysia ni merampas tanah dorg iaitu sabah..malaysia ni setar ...
Sultan dia yang bodoh bagi pajakan kat british selagi ada bulan dan bintang, kita pula disalahkannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesia tak boleh lawan abu sayap ke? Sampai bile nak suap duit kat abu sayap nihh?? |
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 cek tendang |
|
|
|
|
|
|
|
..eh, yang penting abu sayap tu Isle hokay, atuk @dizzek ingin sangat mereka gabung dengan Msia melalui referendum untuk sulamatkan mureka dari kristian Manilak
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni tred mana lak... Tadi aku rasa lain... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi kat SB 12juta,
Bagi kat Sayyap berapa??
..and the difference sapa pulak ambik???
|
|
|
|
|
|
|
|
saladin780 replied at 15-6-2016 05:07 PM
x salah pun buat camtu katanya..sbb malaysia ni merampas tanah dorg iaitu sabah..malaysia ni setar ...
Jadi motif menculik warga China itu why? Motif tak menculik pula kaya2 pilipinoy Tagalog itu asyik target Malaysian/Chinamen saja?
But satu keistimewaan deyol if deyol culik sesama Muslim jarang deyol bunuh. Contoh terbaik kes koperal Zakia Alip itu. Perempuan pun deyol tak rogol or bunuh sewenangnya. Tak tahu la kalau dapat yang lawa macam Neelofa.
Yang selalu deyol bunuh ini samada Cina or Cockesen jantan saja. If tak cukup amaun wang tebusan diberi pun meka akan bunuh seperti kes manager Cina ladang kelapa sawit di LD beberapa tahun lepas. Tak silap ai itulah punca heol dibunuh - duit diminta tak cukup. |
|
|
|
|
|
|
|
pyropura replied at 15-6-2016 06:16 PM
..eh, yang penting abu sayap tu Isle hokay, atuk @dizzek ingin sangat mereka gabung dengan Msia m ...
Buduh kan. Rasa cam, OMG sangat kenapa otak dia boleh jadi camtu. |
|
|
|
|
|
|
|
senang je nak tau ni ... tengok je cek2 yg dibagi tu atas nama sape & boleh tau gak yg cek tu dh di cash ke belum..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|