CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akudansesuatu

NOVEL : LELAKI Bab 19

  [Copy link]
 Author| Post time 3-2-2020 01:48 PM | Show all posts
Warung Kite

Muhammad Izhan melabuhkan punggungnya menghadap television yang terpasang. Sambil membetulkan duduknya, dia mencapai sebiji tapai pulut yang diletakkan di atas meja. Bungkusan daun dibuka dan isinya disuakan ke mulut. Agak manis! Dia bergumam sambil melihat Zamani menuju ke arahnya.

"Gewe sebelah bagi ke?" soalnya sambil meletakkan daun tapai di atas meja.

"Siapa lagi..." Zamani turut duduk bersebelahan Izhan menghadap television.

Izhan tersengih. Tak pernah terlepas langsung awek Kelantan yang berkerja di butik sebelah memberi buah tangan. Kalau tak tapai, keropok lekor, atau pun ikan masin. Semuanya dalam usaha nak mengorat Zamani. Itupun dia jual mahal!

"Awal kau balik hari ni? Baru pukul sepuluh," Zamani menolak pinggan yang berisi tapai itu di hadapan Izhan. Hanya berbaki sebiji.

"Motor tak cantik, skrew clutch patah. Itu yang balik awal," Izhan melahap sebiji lagi tapai pulut. Zamani tidak begitu minat dengan tapai.

"Okey ke meniaga hari ni?"

"Okey je, cepat habis hari ni. Pukul lapan setengah dah kemas. Hari sabtu kan," Zamani memandang Izhan, tajam.

"Apahal pandang aku macam tu? Aku baru takde sehari. Iman bising ke?" Izhan mengerutkan dahi.

"Iman okey je, puas jugaklah aku bagi alasan. Tapi okey aje, abang Man dengan kak Mai ada menolong."

"Ha ni, aku ada tanya pegawai masjid pasal tapak nak berniaga tu. Dia boleh adjustkan kalau kita betul-betul nak berniaga kat situ. Kau okey tak?"

"Buka cawangan?"

"Yup. Maksudnya... tambah modal, tambah pekerja, tambah masa dan dot dot dot. Kau sanggup?"

"Bab tu kita kena bincang dengan Iman sekali. Dia jugak yang kena sediakan bahan-bahan nanti. Buat masa ni aku tengok macam dia pun tak cukup tangan,"

Izhan terdiam. Ada betulnya juga kata-kata Zamani.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2020 02:10 PM | Show all posts
"Engkau ni... ada lupa apa-apa tak?" sekali lagi Zamani memandang tajam.

"Lupa apa?" Izhan mengambil pinggan bekas tapai di atas meja lalu ke singki membasuhnya.

"Yela, lupa ada nak buat apa-apa ke... janji dengan orang ke?" Zamani masih cuba berkias.

Izhan berfikir seketika.

"Takde pun, kenapa?" dia kembali ke meja Zamani, berdiri menghadap lelaki itu.

"Awek lu datang tadi,"

Dahi Izhan berkerut. Awek?

"Aku mana ada awek?" Izhan kelihatan terpinga-pinga.

Zamani mengeluh perlahan.

"Dah tu, minah rambut panjang cecah pinggang datang siang tadi engkau tak tahu la?"

Izhan terdiam.

"Hana? Dia datang siang tadi?" Izhan sedikit terkejut. Tiada pula mesej dari Hana yang dia singgah ke kedai.

Zamani mengangguk.

"Lama jugak dia tunggu, dalam sejam. Aku suruh dia WhatApp kau, tak tahulah dia buat ke tidak. Last-last dia balik aje lepas perkena air karot susu," masih terbayang-bayang wajah kecil gadis itu di matanya. Nampak sangat mencari Izhan tapi balik dalam keadaan hampa.

"Engkau ada berjanji dengan dia ke?"

Sekali lagi Izhan terdiam. Cuba mengingati sesuatu.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2020 02:11 PM | Show all posts
'Em... boleh Hana datang kedai esok?'

Suara itu terngiang-ngiang melewati telinga otaknya.

"Allahu..." nama agung itu disebut perlahan. Baru dia teringat yang Nur Hana ada memberitahunya semalam ingin datang ke kedai.

"Aku lupalah Zam,"

Zamani tersengih.

"Masaklah lu... gua tak campur,"

Izhan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Macam mana aku boleh lupa??? Izhan mengetap bibir, berfikir apa yang perlu dia dilakukan. Dia langsung tidak menganggap yang kata-kata Nur Hana semalam bersifat serius. Lebih kepada perbualan biasa.

"Dia ada cakap apa-apa tak?" nada Izhan sedikit risau.

"Ada, dia cakap dia rindu kat engkau." Zamani tersenyum.

"Tapai pulut lu Zam, jangan nak kencing aku boleh tak?" Izhan tersengih, bukan dia tak tahu Zamani mahu mengenakannya.

"Iye... lu tanyalah dia sendiri,"

Izhan terdiam seribu bahasa. Betul ke Hana cakap macam tu?

"Tapi tu imeginasi aku je la, tak sangka pulak engkau percaya." ketawa Zamani pecah di situ. Bergema Warung Kita seperti gergasi ketawa mengilai.

"Kurang asam kau Zam, terkena aku malam-malam macam ni," Izhan mengetap gigi, mula terasa geram dikenakan Zamani.

Dalam bingit ketawa Zamani yang masih tidak hilang, Izhan ligat berfikit. Antara perlu dan tidak, antara logik akal dan logik hati. Perlu ke aku telefon dia???


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2020 01:14 PM | Show all posts
Taman Bangi Baru

Deringan telefon memecah keheningan rumah teres dua tingkat itu. Telefon itu menjerit nyaring meminta pemilik yang sedang lena untuk menjawabnya. Tepat tiga puluh saat, deringan itu terhenti.

Sekali lagi deringan itu berbunyi nyaring. Kali itu pemiliknya terus terjaga. Dicapainya telefon pintar itu dan melihat nama pemanggil. Cahaya terang dari skrin telefon itu sedikit menyakitkan matanya.

'HANA'

Nama pemanggil itu jelas terpampang di skrin telefon Izhan. Izhan yang dalam keadaan mamai menyentuh paparan hijau. Talian itu mula bersambung.

"Hello..." suara serak Izhan kedengaran kasar. Matanya ditutup rapat.

"Izhan... ini Hana..."

"Ye... saya dah save nombor awak," selamba sahaja nada Izhan. Entah mengapa itu ayat pertama yang keluar dari mulutnya.

"Izhan... saya kat depan rumah awak," nada Nur Hana pula sedikit cemas.

Izhan memandang skrin telefonnya kali ke dua, Hana ke yang telefon ni? Otaknya sedang bekerja keras untuk keluar dari keadaan mamai.

"Kenapa ni?" Izhan segera duduk. Dia baru perasan suara Nur Hana seperti tersekat sekat.

"Hana tak boleh drive,"

Izhan melihat jam di telefonnya, pukul tiga pagi???




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2020 01:15 PM | Show all posts
Tanpa mematikan telefon, Izhan berjalan keluar dari biliknya menuju ke tingkap hadapan rumah. Kereta Axia warna hijau itu betul-betul di hadapan pintu pagar rumahnya. Izhan menyarung sehelai t-shirt lusuh. Dengan berkain pelekat, dia keluar menuju ke arah kenderaan Nur Hana. Tingkap di sebelah pemandu diturunkan dari dalam.

"Hana tak boleh drive,"

Nur Hana kelihatan tidak keruan, ada rintik peluh terbit di dahinya. Nafasnya deras dan tidak teratur. Izhan mula perasan seperti ada yang tidak kena.

"Awak okey tak ni?"

"Tak okey,"

Nur Hana memejamkan mata. Nafasnya terasa sempit.

"Asma... saya tak boleh nak drive. Tolong bawak pergi hospital," sedaya upaya Nur Hana cuba menghabiskan ayatnya.

Mata Izhan terbeliak. Serta merta rasa mengantuknya hilang.

"Kejap, saya ambil barang."

Berlari Izhan masuk semula ke dalam rumah. Segera dicapainya dompet dan segugus kunci. Selepas mengunci pintu, dia segera mendapatkan Nur Hana. Gadis itu sudah berada di tempat duduk penumpang. Izhan segera masuk ke bahagian pemandu, tombol gear auto ditukar 'D', terus dia memecut keluar dari Taman Bangi Baru.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2020 01:17 PM | Show all posts
"Inhealer awak kat mana?" Izhan menoleh ke arah Nur Hana disebelah.

"Tak jalan... dah empat kali saya ambil," Nur Hana menunjukkan inhealer yang dipegang sejak dari tadi. Dia cuba untuk bernafas setenang mungkin. Dahi Izhan berkerut kehairanan.

Izhan terus memecut. Ingatannya menjurus kepada sebuah hospital swasta yang bertentangan dengan Masjid al-Hasanah. Sesekali dia menjeling ke arah Nur Hana. Gadis itu nampak tenang tapi tidak pada nafasnya.

Produa Axia itu tiba betul-betul di laluan kecemasan Hospital Al-Hafiz yang terletak berhadapan masjid daerah dalam masa kurang dari lima minit. Terus sahaja Izhan keluar mendapatkan Nur Hana di tempat duduk penumpang.

"Boleh jalan tak?"

Melihat tiada reaksi dari Nur Hana, tanpa berfikir panjang terus Izhan mendukung gadis itu. Nur Hana dikendong masuk ke bahagian kecemasan. Mata Izhan terus melilau mencari siapa yang dia perlukan.

"Doktor, asma!" Entah doktor atau tidak, Izhan memanggil sesiapa sahaja yang berada di situ. Nur Hana yang berada dalam pelukannya sekadar menjeling.

"Bawa dia kat sofa dalam bilik tu. Saya sediakan ubat," seorang wanita separuh abad memberikan arahan. Izhan menuju ke arah sebuah bilik dan meletakkan Nur Hana di atas sebuah sofa. Seunit tabung gas oksigen terlekat di dinding.



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-2-2020 01:19 PM | Show all posts
Wanita itu kembali membawa pelekup mulut dan dipasangkan kepada Nur Hana. Dalam masa kurang seminit gas dihidupkan dan kabus ubat mula memenuhi pelekap mulut itu.  

"Breathe in, slowly. Istiqfar..." Nur Hana mula bernafas perlahan-lahan sambil memejamkan mata. Air matanya sedikit melelah di pipi.

Perlahan-lahan nafas Nur Hana kian stabil. Sudah nampak kelegaan pada riak wajahnya. Tangannya memegang erat tangan pembantu perubatan yang membantunya. Wajah Izhan yang berkerut dari tadi juga sudah nampak reda.

"Asma. Macam mana boleh kena teruk macam ni," Wanita berkemeja putih itu bertanya perlahan sambil tangannya mengusap jari kecil Nur Hana.

Nur Hana memejamkan mata, tak mahu bertentang mata dengan pembantu perubatan itu.

"Duduk rehat di sini dulu ye," wanita itu tersenyum lalu meninggalkan Izhan dan Nur Hana berdua di situ.

"Encik suami boleh register kat depan,"

Izhan terpinga-pinga. Suami??? Dia tersenyum meleret.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2020 01:20 PM | Show all posts
Izhan melabuhkan punggung bersebelahan Nur Hana. Dia mengeluh sambil memandang gadis di sebelahnya. Rasa kasihan mula menjalar dalam dirinya.

Baru sahaja dia hendak bangun, Izhan terasa lengan bajunya ditarik. Seulas senyuman terukir di sebalik pelekup mulut yang dipakai Nur Hana.

"Temankan Hana," perlahan tapi jelas tutur katanya. Nampak sayu mata bundar Nur Hana.

Gerak Izhan terhenti. Dia bersandar kembali pada sofa empuk itu, duduk sebelah menyebelah bersama Nur Hana. Hembusan nafasnya dilepas perlahan. Dia akan menemani Nur Hana sebentar sebelum ke kaunter hadapan untuk urusan pendaftaran. Izhan menoleh dan mata mereka bertaut seketika. Satu perasaan aneh bagai disuntik dalam lubuk hatinya.

"Terima kasih..." Bibir mungil itu bersuara lagi. Izhan tidak membalas. Dia membuang jauh-jauh perasaan yang disedarinya bakal wujud. Takut hendak menyimpan perasaan. Peristiwa silam masih berbekas di hati. Dia memejamkan mata, nama seorang wanita muncul dalam benaknya setelah sekian lama. Dia membiarkan dirinya melayan perasaan. Tanpa sedar, dia terlelap di sisi Nur Hana.  

Bila dia, mendekati diriku...
Hatiku rasa sesuatu...
- Aku Suka Dia, Ainan Tasneem





Habis bab 12....bersambunglah ye..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2020 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt..smbg la lg..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2020 12:54 PM | Show all posts
Bab 13

Restoran Syed Bistro.

Muhammad Izhan merenung tajam gadis dihadapannya tanpa kelip. Dia memerhati Nur Hana makan dengan cukup berselera. Tadi macam tak cukup oksigen, ni dah dua keping roti canai dia bedal? Izhan membebel di dalam hati. Nur Hana pula masih ligat menyuap kepingan roti canai ke dalam mulut.

"Nak tambah?" Izhan mempelawa tapi disambut dengan gelengan kepala Nur Hana.

"Cukup kot, malam tak boleh makan banyak." hilang sebentar rasa malu dan segan Nur Hana dihadapan Izhan. Tapi dia memang betul-betul lapar!

"Tadi nak bercakap pun tak boleh, ni makan roti double ni takpe ke? Awak okey dah ke?" Izhan masih sedikit risau, kontra sangat situasi sekarang dengan dua jam sebelum ini.

"Okey dah. Saya lapar betul ni, tak makan dari tengahari." Nur Hana menyedut teh ais dari gelas dihadapannya. Baru lega sedikit perutnya selepas terisi.

Kedai makan india muslim yang terletak berhadapan kompleks PKNS menjadi singgahan mereka selepas keluar dari hospital tadi. Itupun selepas Nur Hana mengadu lapar. Bingung sebentar Izhan mahu mencari kedai makan pukul empat pagi!


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2020 12:59 PM | Show all posts
"Cuba cerita kat saya, apa yang jadi sebenarnya ni?"

"Awak tak nak makan ke?" Nur Hana cuba mengubah topik. Tiba-tiba pula datang rasa malu bila melihat kerisauan Izhan masih belum hilang sepenuhnya.

"Saya jarang sarapan pukul empat pagi,"

Nur Hana tersenyum simpul. Malunya!!!

Izhan menarik nafas, tak mungkin gadis ini mahu bercerita secara terang-terangan.

"Hana memang selalu ke kena asma macam tu?" Izhan memandang tepat anak mata Nur Hana, berharap gadis ini akan mula bercerita.

"Kadang-kadang, kalau tersalah makan."

Izhan terdiam. Dia masih tak dapat menangkap maksud kata-kata Nur Hana.

"Asma ni depend pada orang encik Izhan. Ada orang memang regular asma, kena ambil ubat setiap hari. Ada orang yang kena ada penyebab, contoh macam udara kotor, bersukan yang keterlaluan, makanan..."

"Awak kategori yang mana?" Izhan mula sedikit faham.

"Saya dalam kategori makanan. Kalau salah makan, kenalah. Macam alahan," pandangan Nur Hana beralih pada sekumpulan pelanggan di meja sebelah. Sengaja dia tidak mahu bertentang mata dengan Izhan.


Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kaoru44 replied at 14-7-2020 03:44 PM
@MissyMolly

Oru ni.. ada ja bg iols homework..tt kiter baca kt watpad..pergh lagu bloodshed mmg berkarat la ahahaa..rock kapakkkk.dah sampai part time student dgn sv psl enjin hahahaa owh tt cepatlah habisin yach..jgn tanguh lama2..nnti citer ni tk konvo hahahaaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa pukul 3 pagi drive sensorang?kn dok dgn famili?k matikan watak hana dgn serangan asma then ganti dgn watak molly
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Hana je byk kejar..buat plot hana lari plak..kasik hero sadar dia winduuuu hana ahahaaa
Nah ost izhan bakalan rindu hana..

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
akudansesuatu replied at 11-10-2019 03:12 PM
"Err... nak saya panggil apa? Hana?"

"Nak panggil Nur Hana Raihan pun takpe, baru nampak macam ab ...

Siyes ar jumpa sv mmg ketaq lutut..for sure byk correction..pdhl spjg otw drive tu mmg doa tk kena reject sbb mls nk redo hahahaaa..untung la hana tk kena maki siap bagi assistant kot tolong..selesai jumpa sv baru sedar tk mkn lagi terus menonong carik nasik..i feel u tt ahahaa sambung ea..sekian dorongan iols utk tt hikhik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2020 03:07 PM | Show all posts
"Macam tu..." Izhan mengangguk. Dia memang tidak tahu menahu tentang penyakit asma.

"Silap Hana jugak, siang tadi makan tap..." Nur Hana terdiam. Dia terasa seperti terlepas cakap.

"Makan tapai?"

Nur Hana membisu. Macam mana aku boleh terlepas cakap ni? Dia sebolehnya tidak mahu Izhan tahu yang dia ke Warung Kite petang tadi.

"Awak ambil tapai yang kat kedai siang tadi?" Izhan sekadar meneka.

"Erk..." Nur Hana mengangguk perlahan.

"Awak kata, awak tak makan dari tengahari. Tapai kat kedai tadi ada balance dua biji, berapa banyak yang awak makan?" Izhan mengerutkan dahi, dia seperti sudah dapat membaca jawapan Nur Hana.

"Tak banyak... sikit aje," perlahan tutur kata Nur Hana, bagai budak kecil yang mengaku salah.

"Berapa?"


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2020 03:13 PM | Show all posts
Nur Hana teragak-agak, "Err... sepuluh?."

Izhan membesarkan matanya. Sepuluh biji dia panggil sikit???

"Alah, dah favourite Hana. Nak buat macam mana?" Nur Hana menyedut baki air teh ais di atas meja.

"Memanglah, tapi kenalah pantang sikit. Sampai sepuluh biji awak makan dengan perut kosong tu," Izhan melepaskan keluhan. Geram dengan sikap Nur Hana yang agak leka dengan penyakitnya. Dah tahu kena pantang, tapi belasah juga.

"Pantang jumpa," senyuman Nur Hana terukir. Seronok pula dia melihat mimik muka Izhan.

Izhan pula hanya menggeleng-gelengkan kepala. Selepas ini dia perlu pastikan yang tapai pulut diharamkan berada di kedainya.

"Eh, nak pergi mana?" Nur Hana mula terpinga-pinga bila melihat Izhan segera bangun. Aku buat dia terasa hati ke? Hatinya berbisik.

"Nak pergi bayar. Lepas ni kita terus balik. Saya drive,"

Nur Hana tidak menghalang. Matanya menyoroti tubuh Izhan berlalu ke kaunter pembayaran. Dan dia hanya menuruti sahaja langkah Izhan menuju ke kenderaannya yang diparkir di hadapan kedai. Terus sahaja Izhan masuk kedalam perut kereta tanpa menunggu Nur Hana.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2020 03:16 PM | Show all posts
ada ni haa @kaoru44 ...masih terus gigih menyambung menulis..

tq @MissyMolly krn sudi membaca...jauh yek plot twis dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2020 03:34 PM | Show all posts
"Hana..."

"Em?" Nur Hana menoleh ke arah Izhan.

"Sebenarnya, saya panik bila jadi macam tadi. Saya tak suka tengok Hana macam tu. Boleh tak jangan bagi jadi macam tadi lagi?" Izhan meluahkan kata hatinya. Tiba-tiba dia teringatkan kenangan pahit sewaktu dia masih remaja.

"Hana minta maaf kalau menyusahkan awak..." Nur Hana tunduk memandang karpet kereta. Dia terasa bersalah.

"Bukan macam tu..." Izhan mula memandu perlahan, dia cuba mengatur ayat yang sesuai untuk Nur Hana.

"Saya ada pengalaman pahit pasal orang telefon tengah malam dan bagi berita buruk. Saya taknak terima berita buruk dari awak. Entah, saya betul-betul risau tadi tengok keadaan awak macam tu. Rasa macam nak berhenti jantung ni," tenang tutur kata Izhan. Dia tidak mahu Nur Hana berfikir yang bukan-bukan.

"Pengalaman pahit?" tanya Nur Hana ingin tahu.

Izhan hanya mendiamkan diri. Tidak mahu menjawab. Cukuplah apa  yang pernah terjadi dahulu dia simpan seorang diri.

Nur Hana juga tidak mahu bertanya lebih lanjut. Dia tertanya-tanya sebenarnya tapi dia juga tidak mahu mendesak. Lagipun perkenalannya dengan Izhan masih awal. Bertanyakan tentang hal peribadi terasa seperti janggal pula.







Habisss....bab ini...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.087416 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list