CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akudansesuatu

NOVEL : LELAKI Bab 19

  [Copy link]
 Author| Post time 6-8-2020 04:35 PM | Show all posts
Edited by akudansesuatu at 6-8-2020 04:37 PM

"Macam mana rupa Izhan tu bila baru bangun tidur ye? Emm... mesti menarik kan rambut panjang tu jadi kusut masai?" Nur Hasmah masih belum puas mengusik. Lagi-lagi pula Nur Hana jenis telinga tebal.

Nur Hana terdiam sejenak, dia kembali mengimbas kembali keadaan wajah Izhan pagi itu.

"Hana tengah bayangkan ye? Ewah, ewah... nakal adik kak long ni!" usikan Nur Hasmah mengena. Merah padam muka Nur Hana.

"Dahlah kak long ni, dah seminggu tau kak long kacau Hana." Nur Hana buat nada merajuk. Malu di usik begitu.

"Ala, ala... tersipu-sipu pulak dia," Nur Hasmah ketawa mengekeh. Seronok menyakat adik bongsunya itu.

Nur Hana kembali meneruskan kerja-kerjanya. Kalau di layan kak longnya ini, memang sampai ke petang tak habis.

"Eh, Izhan datang!"

Serentak Nur Hana memalingkan wajah ke arah pintu kedai. Apa dia buat kat sini??? Eh, takde pun?

"Pantang dengar nama Izhan," gelak Nur Hasmah semakin galak.

Nur Hana memejamkan mata geram. Mana Izhan tahu kedai kak long di sini. Terkena lagi aku. Sabar ajelah... siapa suruh gatal tangan telefon Encik Izhan kan? Nur Hana merengek dalam hati.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2020 04:38 PM | Show all posts
Warung Kite

"Allahu..." Izhan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Macam mana boleh lupa lagi ni? Dah tua gamaknya kot??? Izhan mengutuk diri sendiri. Dia terlupa membeli cili kering semasa dia membeli barangan keperluan kedai. Resit pembelian pun dia terlupa untuk bawa balik.

Kelmarin dia tertinggal duit baik, hari ini tertinggal benda penting untuk bahan mentah. Dalam seminggu ini, ada sahaja yang tidak kena dilakukannya. Ambil pesanan salah, buat air lupa letak gula, dan paling teruk, lupa nak kunci kedai bila hendak pulang. Izhan sendiri pun pening kenapa boleh jadi begitu.

"Kalau Zamani tahu ni, mampus aku kena kutuk." dia bercakap sendiri.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2020 04:38 PM | Show all posts
"Abang Izhan termenung apa tu?"

Izhan terkejut. Terangkat bahunya bila disapa secara tiba-tiba.

"Iman... bagilah salam dulu,"

"Orang dah bagi salam dah. Suara abang Zam punya kuat boleh dia tak dengar,"

Izhan terseyum meleret. Bila dua beradik ni sampai kat sini?

"Cabai kering mana?" Nurul Iman menyelongkar barangan yang baru dibeli Izhan. Matanya mencari sesuatu.

"Err... tertinggal kot?" Izhan cuba berdalih, tidak mahu terkantoi.

"Angaulah abang ni," Iman menggeleng-gelengkan kepala.

"Jap lagi abang pergi ambil," Izhan melepaskan keluhan lembut. Jarang dia buat kesilapan begini.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2020 04:42 PM | Show all posts
"Pergilah jumpa kak Hana tu. Dah three series pun malu-malu," Nur Iman tersenyum menyakat. Kadang-kala lucu melihat Izhan yang tak reti menyembunyikan perasaan sendiri.

Izhan menjeling tajam Nur Iman yang sudah berlalu ke meja kaunter. Nama Hana jugak yang keluar ye?

Izhan mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam poket. Dia melihat skrin. Masih tiada sebarang mesej dari Nur Hana. Izhan segera kembali kepada realiti. Ada banyak lagi kerja yang dia perlu lakukan selain dari berangan dan melayan perasaan. Dia bingkas bangun, kunci keretanya di capai dan dia memecut laju membelah aspalt jalan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2020 04:54 PM | Show all posts
Ipo replied at 24-7-2020 05:00 PM
Lama tak jenguk sini.Dah banyak update rupanya.

Hana ada asma rupanya ya

ada je ni ipo...masih gigih cuba menulis..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 11:46 PM | Show all posts
akudansesuatu replied at 6-8-2020 04:54 PM
ada je ni ipo...masih gigih cuba menulis..hihi

Semakin menarik plotnya

Sila masukkan konflik lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2020 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sempena merdeka kali ke 63, Izhan berimej baru dgn membotakkan rambut kekekee...tt...bz ker??mana hapdet
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2021 04:59 PM | Show all posts
Taman Bangi Baru

Nur Hana mengambil alih tugas ibunya untuk mengemas setelah selesai makan malam. Usai membasuh pinggan dan peralatan dapur, dia mengelap meja sambil menyanyi kecil. Ada rasa senang dalam hatinya bila dapat membantu ibunya walaupun sekali sekala.

Dahulu makan malam bersama keluarga adalah suatu perkara wajib yang diterapkan ayahnya. Tapi sejak kakak dan abangnya berkahwin, hanya tinggal mereka bertiga sahaja yang masih meneruskan tradisi keluarga ini. Itupun jika Nur Hana ada di rumah selepas waktu Maghrib.

Habis sahaja tugasnya, Nur Hana menuju ke ruang tamu. Dia duduk bersebelahan ibunya sambil memeluk lengan yang semakin dimamah usia itu.

"Mama dah kurus," Nur Hana mengurut pelahan lengan ibunya. Entah sampai bila dia boleh bermanja sebegini.

Hajjah Aisyah hanya tersenyum sambil menjeling ke arah suaminya. "Tu... ayah ada nak tanya sesuatu tu,"

"Abang pulak. Ayang la cakap," Haji Kamaruzzaman membalas.

"Ada apa ma, ayah?" Nur Hana sedikit kehairanan melihat telatah kedua orang tuanya. Saling jeling menjeling.

Hajjah Aisyah menarik nafas dalam, "Hana, mama nak tanya sikit."

Nur Hana merenung mata ibunya. Dia menunggu apa yang hendak diungkapkan kepadanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2021 05:00 PM | Show all posts
"Hana ada kawan dengan sesiapa sekarang tak? Maksud ma, kawan lelaki." Hajjah Aisyah mengusap lembut jari jemari Nur Hana.

"Kawan biasa aje ma," Nur Hana mengalihkan pandangannya. Memang dia tidak punya kawan istimewa terutamanya lelaki.

"Kalau macam tu, Hana kenal tak Fateh anak Pak Long Im?"

Sel-sel otak Nur Hana cuba berhubung, dia cuba mengingati di mana dia pernah dengar nama itu.

"Anak Pak Long Im? Fateh yang sebaya Hana tu?"

Nur Hana dapat mengingati siapa yang ibunya maksudkan. Fateh adalah anak bongsu Pak Long Im yang merupakan abang sulung sebelah ayahnya. Sebaya dengan Nur Hana dan wataknya agak peramah.

"Kenapa dengan Fateh ma?" Nur Hana masih belum faham.

"Macam ni, Pak Long Im tanya ma dan ayah pasal Hana. Pak Long Im merisik Hana untuk Fateh," jelas Hajjah Aisyah. Haji Kamaruzzaman hanya mendengar tanpa memandang.

Nur Hana tidak terkejut. Dia seperti sudah menduga berita begini pasti akan tiba lambat atau cepat.

"Anak mama ni macam mana?"


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2021 05:01 PM | Show all posts
Nur Hana mendiamkan diri. Apa yang perlu aku jawab?

"Ayah dengan ma tak memaksa. Kalau Hana kata okey, itulah yang ayah akan sampaikan pada pak long Hana. Kalau Hana tak mahu, kami pun okey." Haji Kamaruzzaman mencelah. Dia sedikit risau kalau-kalau Nur Hana fikir yang bukan-bukan.

Nur Hana memandang ayahnya. Dia dapat merasai kerisauan yang menyelubungi ayahnya. Nur Hana bingkas bangun merapati Haji Kamaruzzaman. Dia duduk bersimpuh di lantai sambil memegang lutut ayahnya. Tangan kanan ayahnya dicapai dan dicium sepuas hati.

"Ayah janganlah risau, Hana takkan buat perangai macam dulu lagi." Nur Hana memujuk, Haji Kamaruzzaman tersenyum pahit.

"Bagi Hana masa dan Hana akan fikirkan," dia mengikat janji. Haji Kamaruzzaman mengusap rambut Nur Hana dengan rasa penuh belas.

"Apa-apa hal pun, kita berbincang ye? Apa pun yang tersirat dalam hati Hana, bagitahu ma dan ayah. Boleh?" Haji Kamaruzzaman mencium ubun-ubun Nur Hana. Rasa ralat masih menghantui dirinya.

"InsyaAllah," Nur Hana tersenyum.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2021 04:01 PM | Show all posts
Bab 16


Presint 2, Putrajaya


Tempat ini tidak pernah sunyi. Penuh dengan pengunjung samaada dari luar atau penduduk Putrajaya sendiri. Jika dibandingkan dengan Presint 1, kawasan berhadapan Jabatan Perdana Menteri itu lebih meriah berbanding sini. Terdapat  bulatan besar berhadapan Masjid Putra yang di bina. Tetapi Precint 2 juga mempunyai tarikannya yang tersendiri.


Bangunan megah Istana Kehakiman yang di limpahi cahaya lampu menaikkan seri bangunan tersebut. Ramai anak-anak muda singgah di sini. Ada yang melepak dan ada yang sekadar berbual kosong. Di hadapannya terdapat sebuah padang kecil, hanya sebesar suku padang bola. Terdapat satu dua keluarga yang beriadah di situ. Aktiviti beriadah pada waktu malam seolah-olah menjadi trend pada penduduk di sini. Mungkin waktu siang sibuk bekerja. Mungkin?



Nur Hana memerhati gelagat sebuah keluarga yang duduk di kawasan padang tersebut, hanya beralaskan tikar mengkuang dan berbual mesra bersama dua orang kanak-kanak. Nampak keceriaan pada riak wajah kanak-kanak itu takala dikejar ayahnya. Keluarga bahagia.

Nur Hana tersenyum kecil. Hatinya terasa kosong. Manakala fikirannya terasa berat. Berita dari Kedah membuatnya sedikit berfikir tentang apa yang dia mahu lakukan selepas ini. Entah kenapa malam ini, hatinya tergerak untuk ke sini. Jarang sekali dia datang ke sini seorang diri.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2021 04:04 PM | Show all posts
Nur Hana duduk seorang diri di bangku bersebelahan kawasan lapang itu. Telefon pintarnya dikeluarkan dan dia mengambil gambar bangunan Istana Kehakiman. Dia memandang kosong. Jiwanya juga semakin kosong. Terasa seperti hendak menangis pun ada.

Gambar Istana Kehakiman itu dihantar kepada seseorang tanpa ada niat yang khusus. Nur Hana kembali melayan perasaan. Melayani perasaan serba salah dan hatinya bagai terbang. Tidak sampai seminit, telefon jenama Samsung itu berbunyi menandakan mesej dari aplikasi WhatApp masuk.

Nur Hana membuka mesej tersebut dan ia adalah sekeping gambar motorsikal berlatar belakangkan bangunan Jabatan Perdana Menteri di Presint 1. Nur Hana sedikit kehairanan. Dia ada di sini jugak ke?

TIT! TIT!

Mesej baru pula masuk.

'selalu orang patah hati aje datang sini sorang-sorang'

Nur Hana tersenyum. Ada-ada je Izhan ni! Tahu-tahu pula yang dia sedang dirundung masalah.

Nur Hana tidak membalas mesej tersebut. Terasa malu pula untuk mengakui yang dia berada di Putrajaya. Tapi dia terasa seperti ingin berbual dengan seseorang ketika ini.

TIT! TIT!

Sekali lagi telefon pintar itu berbunyi.

'otw ke sana'

Hai, Izhan... Izhan. Kenapa awak selalu ada pada waktu-waktu macam ni? Nur Hana berbisik. Dia memandang jauh ke arah kiri tempat terletaknya Presint 1. Perlukah aku bercerita kepada Izhan tentang apa yang berlaku?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2021 04:06 PM | Show all posts
Muhammad Izhan memberhentikan motorsikalnya berhampiran sebuah Produa Axia berwarna hijau. Dia memakir motornya berhadapan dengan kenderaan itu. Sambil menjinjit helmet, dia berjalan menuju ke sebuah padang kecil berhadapan dengan kompleks mahkamah Putrajaya.

Dari jauh dia dapat melihat kelibat Nur Hana duduk bersendirian. Izhan mematikan langkah, dia memerhati Nur Hana dari jauh. Gadis itu duduk di bangku kayu sambil kakinya terjuntai. Nampak comel pada mata Izhan melihat Nur Hana begitu.

Sekilas Nur Hana memalingkan wajah, mata mereka bertemu dan Nur Hana melemparkan seulas senyuman. Izhan turut tersenyum. Entah mengapa, hatinya sedikit berdebar-debar.

"Assalamualaikum,"

"Waalaikummussalam," salam Izhan disambut Nur Hana. Gadis berjubah hijau dan bertudung bawal itu masih kekal dengan senyuman manisnya.

Izhan duduk bersebelahan Nur Hana dan diletakkan helmet motornya diantara mereka berdua.
"Selalu datang sini?" Izhan memulakan bicara, bangunan mahkamah itu diperhatikan.

"Kadang-kadang. Jarang datang seorang,"

"Selalu datang dengan siapa? Teman hari bahagia?" Izhan berseloroh, cuba untuk menyakat Nur Hana.

"Takde orang nak kat kita..." Nur Hana menundukkan wajah. Kalaulah dia tahu hati aku ketika ini.

Izhan mula menyedari perubahan nada Nur Hana, dia terasa seperti tersilap masa untuk bergurau.

"Em... awak okey ke?"

Nur Hana tersenyum kelat, "tak okey,"

"Tak mahu cerita pada saya?"

Nur Hana menggelengkan kepala. Malu.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2021 04:07 PM | Show all posts
"Atau awak nak dengar saya bercerita?"

Nur Hana mengerutkan dahi. "Cerita apa?"

"Cerita hari ni,"

Nur Hana masih mengerutkan dahinya. Tidak faham.

"Hari ni saya buat air tawar. Tiga orang complain. Last-last Iman suruh saya balik," Izhan tersenyum teringatkan peristiwa di kedai tadi.

"Kenapa jadi macam tu?"

"Entah, lidah saya dah tak boleh rasa lagi kot?" kata Izhan selamba.

Nur Hana mula serius. Ada rasa risau yang bertandang dalam hatinya.

"Atau pun..."

"Atau apa?" Nur Hana memintas kata-kata Izhan.

"Atau saya dah lama tak tengok senyuman manis Nur Hana Raihan. Itu yang lupa 'manis' tu macam mana,"

PAP!

Lengan Izhan ditampar kuat. Berkerut dahi Izhan menahan sakit.

"Nak lagi???" Nur Hana membentukkan jarinya, siap sedia untuk mencubit.

"Tak, tak. Taknak," Izhan menggosok lengannya. Kuat juga aku kena tampar ni.

Nur Hana mencebik, dia membuang pandangannya.

"Tapi betul Hana, memang saya buat silap kat kedai tadi. Buat air lupa letak gula," Izhan berterus terang. Dia bukan berbohong.

"Serius?"

"Ha'ah. Air karot susu. Tiga customer complain tak sedap." Izhan tersengih.

"Selalu awak buat untuk saya okey je?" Nur Hana kehairanan.

"Emm... lama awak tak singgah ke kedai, lama jugak saya tak buat untuk awak kan?"

Nur Hana terdiam. Betul, memang sudah hampir seminggu dia tidak singgah di Warung Kite.

Izhan juga mendiamkan diri. Matanya leka kepada sekumpulan remaja yang mengayuh basikal.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2021 04:42 PM | Show all posts
Nur Hana mengeluarkan telefon pintarnya dan mencari-cari sesuatu lalu dihulurkan kepada Izhan untuk melihatnya.

"Siapa?" Izhan bertanya sebaik sahaja dia melihat gambar seorang lelaki lengkap berbaju melayu dan bersongkok.

Nur Hana menarik nafas. "Zarul, bekas tunang Hana dulu,"

Izhan melihat kembali gambar tersebut, sama padan dengan Nur Hana. Izhan dapat mengagak sesuatu. Dia teragak-agak untuk bertanya lebih lanjut.

"Kat mana dia sekarang?"

Nur Hana mengangkat bahu, "Entah?"

"Emm... awak nak tahu tak? Dulu masa saya form four, ayah tunangkan saya dengan Zarul. Emm, saya umur enam belas dan dia dua puluh tiga.  Meriah tau majlis tunang saya, siap ada pelamin semua,"

"Keluarga saya dengan keluarga Zarul dah lama berkawan, jadi ayah nak jadikan saya sebagai pengikat dalam persahabatan dua keluarga ni,"

"Dan semestinya saya setuju sebab... Zarul cinta pertama saya."

Nur Hana terdiam seketika.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2021 04:43 PM | Show all posts
"Ayahlah orang yang paling gembira," kata-kata Nur Hana terhenti. Dia sedikit sebak.

"Habis sahaja SPM, Zarul ajak saya bernikah. Mama, ayah dan keluarga semua setuju. Tapi saya taknak,"

"Awak bayangkan, habis sahaja paper terakhir SPM, Zarul ajak saya bernikah. Semua dah dirancang dan semua ingatkan saya akan setuju. Tapi sebaliknya, saya berkeras tak mahu."

"Saya faham perancangan Zarul. Masa saya habis tingkatan lima, dia dapat ofer company oil and gas kat Sarawak. Jadi dia ajak saya sekali, hidup sebagai suami isteri, bina hidup sendiri, tapi..."

Izhan memandang Nur Hana. Gadis itu melarikan pandangannya, tidak mahu Izhan melihat dia begitu.

"Saya berkeras tak mahu sampai saya lari dari rumah,"

Izhan membisu.

"Saya ada impian sendiri, saya nak sambung belajar, ikut jejak langkah abang dan kakak saya, berkawan, hidup bebas... tapi ayah terlalu memaksa sampai saya ambil keputusan tu,"

"Ayah panik masa saya hilang. Ayah bukan marahkan saya tapi marahkan diri sendiri sebab terlalu mendesak. Dan sampai hari ini ayah salahkan diri sendiri sebab saya lari dari rumah dulu,"


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2021 04:45 PM | Show all posts
"Hana tak pernah salahkan ayah cuma mungkin tindakan saya dulu agak keterlaluan. Saya yang bersalah sebab buat ayah susah hati."

"Tiga hari saya tak balik rumah, ayah melilau cari saya. Merayu-rayu panggil saya balik. Ayah cakap, ayah takkan paksa saya lagi kalau saya tak mahu. Saya buat ayah menangis. Saya tak berniat nak buat macam tu. Saya taknak ayah salahkan diri ayah lagi, tapi..." Nur Hana kehilangan kata-kata.

Tiba-tiba Nur Hana bangun dari duduknya, "Maaf Izhan, saya tak sepatutnya ceritakan semua ini pada awak. Awak tak perlu fikir pun masalah saya. Anggap saja saya tak pernah cakap apa-apa..."

Izhan bangkit menghadap Nur Hana, dipandang anak mata Nur Hana sedalamnya. Dan mata gadis itu sudah mula berkaca.

"Menangislah kalau perlu menangis..."

Suara Izhan menusuk tepat ke hati Nur Hana. Gadis itu mula teresak-esak. Kedua tangannya menyeka air mata yang semakin deras. Izhan hanya membatukan diri. Tiada apa yang boleh dia lakukan selain dari menjadi pendengar dan peneman yang setia.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2021 03:40 PM | Show all posts
BAB 17


"Nescafe atau milo?"


Izhan menghulurkan air tin perisa nascafe kepada Nur Hana. Dia membelinya tadi di sebuah gerai kecil yang terletak bersebelahan padang berhadapan Maybank. Sengaja dia tinggalkan Nur Hana sendirian sebentar untuk si gadis itu meluahkan tangisan. Mungkin tangisan itu sudah ditahannya sekian lama, dan baru malam ini dia dapat meluahkannya.


Tangisan Nur Hana sudah berhenti, cuma sesekali sahaja Nur Hana tersedu. Mata besarnya sedikit merah dek air mata yang mengalir. Air tin perisa nescafe itu disambut tanpa memandang Izhan. Malu barangkali.


"Budak milo," sepontan Nur Hana mengejek, disambut dengan jelingan Izhan.


"Selalu budak menangis kan kita bagi milo,"


Giliran Nur Hana pula menjeling. Izhan pula tersenyum kecil.


Izhan duduk bersila bersebelahan Nur Hana di rumput. Bangunan Istana Kehakiman berdiri megah di hadapan mereka.


"Jadi... awak nak terima pinangan sepupu awak?" Izhan memulakan bicara setelah agak lama mereka membisu.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2021 03:41 PM | Show all posts
"Mungkin," jawab Nur Hana sepatah.

Izhan tidak membalas. Ada rasa sedikit lega apabila Nur Hana sudah membuat keputusan begitu.

"Tapi... tak maulah kahwin sebaya ni,"

Izhan memandang pelik Nur Hana. "Kejap nak, kejap taknak. Macam-macamlah awak ni,"

Izhan menyedut air minuman dari dalam tin. Dahinya sedikit berkerut. Terlalu manis air yang dibelinya.

Nur Hana terdiam sebentar. "Sebenarnya, Hana masih teringatkan dia..."

"Carilah dia balik, mana tahu masih ada jodoh kan?"

Nur Hana tidak menjawab. Rasa malu kian menebal bila teringatkan bekas tunangnya itu.

"Malu. Malu pada dia, malu pada ma dan ayah." Nur Hana menyedut air nascafe dari dalam tin. Dahinya sedikit berkerut. Terlalu pahit baginya.

"Bahagiakan mak ayah, nanti Allah bahagiakan diri kita."

Nur Hana memandang Izhan dengan penuh tanda tanya.

"Pandai awak berfalsafah ye?"

Izhan menoleh kepada Nur Hana, mata mereka bertemu.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2021 03:43 PM | Show all posts
"Bukan saya yang cakap, seorang 'kawan' pernah bagitahu saya satu masa dulu. Kalau kita bahagiakan mak dan ayah, Allah akan bahagiakan kita," Izhan mengalih pandangannya.

"Kawan?"

Izhan tidak menjawab. Fikirannya sedikit melayang.

"Izhan..." Nur Hana menanggil perlahan. Izhan memandangnya sambil mengangkat kening.

"Kawan?" Nur Hana mengulangi pertanyaannya. Ada rasa ingin tahu bertandang dalam hatinya.

Izhan tersenyum. "Kawan lama, kahwin dah pun. Berderet dah anak dia kot?"

"Apa yang terjadi?" Nur Hana semakin berminat ingin tahu.

"Em? Takde yang pelik. Dia pilih pilihan keluarga dari pilihan sendiri. Prinsip dia kuat, kegembiraan ibu bapa akan jadi asbab untuk kebahagian dia,"

Nur Hana terdiam. Hebat wanita itu. Dia bergumam.

"Jadi awak bukan pilihan dia?"

Izhan tidak menjawab. Entah kenapa dia boleh bercerita kepada Nur Hana tentang masa silamnya.

"Ish... pandai awak ye? Diam-diam korek rahsia saya?" Izhan mula perasan. Dia memandang Nur Hana.

"Ala... ceritalah lagi," Nur Hana sedikit merengek, hilang sudah rasa sedu dibawa angin malam.

Izhan ketawa kecil melihat sifat keanak-anakkan Nur Hana.

"Tak payahlah. Yang penting kena move on!" Izhan mengepal penumbuknya.

"Awak dah move on?"


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.072276 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list