View: 1709|Reply: 7
|
PDRM Tidak Gentar Dengan Ancaman Video IS- KPN
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
“Kalau nak buat ugutan dari jauh beranilah. Balik la, kita tidak gentar dengan ugutan yang dibuat melalui video oleh IS."
Demikianlah kenyataan yang disuarakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung ancaman Kumpulan Pengganas Militan IS dalam video yang dikeluarkan pada hari Selasa, yang turut memaparkan seorang akyat Malaysia berperang di Syria.
Ancaman itu berbunyi: "Kepada mereka yang berada di bukit-bukit yang aman, ketahuilah kalian tidak lagi akan aman sebentar lagi. Kami akan pulang untuk menyerang kalian ataupun sahabat-sahabat kami yang berada di sana, insya-Allah akan memenggal leher-leher kalian.”
Sementara itu, apabila ditanya mengenai kenyataan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipengganas Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay bahawa IS mungkin melancarkan serangan dalam tempoh enam bulan ini, Khalid tidak menafikan kemungkinan itu.
Tegas Khalid, seluruh pasukan polis berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi dalam memantau aktiviti kumpulan berkenaan di negara ini.- CARI
sumber info: www.malaysiakini.com |
|
|
|
|
|
|
|
GO PDRM GO!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Tangkap diorang sembelih diorang dulu!! Hape nehhh tetiba nak kacau Tanah Melayu??! Bodohhh |
|
|
|
|
|
|
|
bajet berjihad la tuh......suke2 hati sembelih org ...jgn harap la bidadari mata besar puteh melepak nak kat hang...haktuih |
|
|
|
|
|
|
|
ISIS = lobai tahap tertinggi
lava = lobai tahap terendah |
|
|
|
|
|
|
|
u allz..yg dah tahu...pdrm buat rondaan kat pyramid, subang parade & empire gallery still gi lepak2 kat sana ke mcm mana?...ni musim2 org shopping nak beraya ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
CARI-LTS replied at 24-6-2016 12:29 PM
Oleh : TS LOO
Isis ni pondan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|