Di zaman teknologi ini, kanak-kanak seawal umur 2 tahun juga sudah mula memiliki tablet tersendiri.
Selain digunakan sebagai alat pembelajaran dan permainan game, tablet yang boleh mengakses internet sudah tentu digunakan oleh anak-anak kecil untuk menonton video di Youtube.
Sebagai ibu bapa, anda perlu tahu dan mengawal setiap video yang ditonton oleh anak-anak anda. Tidak mustahil anak-anak anda terdedah kepada video lucah atau apa-apa jenis video yang tidak sepatutnya ditonton oleh mereka.
Anda mungkin boleh mengikut step-step dari perkongsian Najihah Nazarudin tentang cara-cara untuk block video yang tidak sesuai di tonton oleh anak-anak anda.
Search Video Blocker kat google chrome. Pastikan guna Chrome ok. Kemudian, click pada added to chrome. Automatik dah install kat chrome. Simple je.
Boleh check kat setting---->extensions untuk pastikan yang apps ni dah ada dalam chrome.
Ha nilah antara video2 mengarut tu yang sangat tak sesuai ditonton oleh anak2. Saya teringat ada elsa lah spiderman lah jadi saya search keluarlah semua ni.
Ok lepas tu click kat channel tu. Contoh i love superhero tu kan. Pegi kat channel dia.
Contoh video.
Kat channel tu ada banyak2 video yang telah diupload kan, click kanan, then click block videos from this channel.
Kadang2 bila search ada lagi, so pegi kat sebelah setting tu tanda merah tu, click dan masukkan nama channel secara manual dan click add. Ok done. Channel tersebut tak boleh dibukak lagi.
Some list of the channel yang tak sesuai ditonton oleh anak2 telah diblock. Selamat mencuba! - CARI Infonet.