CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4509|Reply: 11

Larangan Ketika Raya : Jangan Cium Dan Gomol Anak Kecil

[Copy link]
Post time 28-6-2016 03:26 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Balik beraya nanti, pasti tidak sabar nak jumpa sanak saudara. Dah berkira-kira nak jumpa siapa dulu kan?

Yang pasti, anak kecil pasti akan jadi tumpuan ramai untuk didukung, cium dan digomol.

Siapa yang tak geram tengok pipi gebu dan badan montel si kecil itu. Anak-anak kecil ini pula bukan tahu apa, hanya mampu tersenyum atau menangis jika mereka rasa tak selesa.



Tindakan cium dan gomol ini sebenarnya mendedahkan si kecil dengan jangkitan kuman dan penyakit tau.

Jadi, kalau ada ibu bapa yang tak bagi anda cium anak-anak mereka, jangan terasa. Hormati  pilihan dan cara mereka. Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Seperti yang terjadi pada Lara Alana, anak selbriti Scha dan Awal, habis muka Lara ekzema sebab kena cium peminat.

Oleh itu, penulis nak kongsikan tips oleh Puan Puteri Zahararina Zulan yang telah berkongsi panduan mengenai isu ini di Facebook miliknya. Jom, baca. - CARI Infonet


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2016 04:25 PM | Show all posts
aku x heran...aku gomol jer...gomol anak sedara sndr & cucu la...anak org lain aku x gomol pun..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2016 10:00 PM | Show all posts
Kalau dah ramai2 berlonggok time raya bukan senang nak larang itu ini kang ada lak geng senior bagi tazkirah lak
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2016 11:00 PM | Show all posts
aku sendiri sebenarnya tak pernah nak cium anak org.. comel ke tak ke memang tak teringin dan taknak... anak sedara sendiri pun tak pernah.. anak sendiri je aku cium gomol bagai...
aku heran jugak org yang suka cium cium anak org lain ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 08:28 AM | Show all posts
aku paling x suka bila dia dah tahu x sihat selsema ker batuk ker..nak juga cium/gomol. lepas tu dah demam anak kita ade dia yg bawa gi klinik.

tolonglah guna akai tu sikit. karang nak kata  bodoh ado ijazah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 09:21 AM | Show all posts
Aku gomol ank sedara ja...anak orang aku tak gomol...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2016 11:18 AM | Show all posts
anak org aku tak gomol.anak sedara laki aku pun aku xcium entah sbb tak suka
nak gomol anak org lain.
aku gomol anak sendiri dan anak akak aku je.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 11:38 AM | Show all posts
Aku tak pernah terasa nak gomol anak orang lain, aku memang dari dulu tak suka budak2.

Tapi sayang aku pada anak aku sorang nih, mengalahkan syg aku kepada mana2 orang lain combined! Walaupon camtuh, anak org lain mmg aku x hadap langsung, walaupun anak sedara sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2016 01:48 PM | Show all posts
sepanjang hidup aku aku hanya gomol dan cium anak2 kepada abg2 dan kakak aku saja.since diorg pun dah besar akil baligh takdela aku kebulor nak mengomol lagidah.anak2 sedara mara sepupu sepapat kirim salaamm ler.walau lantakla secomel mana pun.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 12:04 PM | Show all posts
tu la, nnti ade senior citizen cakap sorok anak la, kedekut la dan etc..

kalau bleh baby i nnti pun letak je dlm bilik tidur nnti..no one is allowed to kiss her
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 05:24 PM | Show all posts
setuju... kalo anak sedara ke ada bau2 bacang pelam ke, kalo dah xsihat paham2 ler jauhkan diri.. ini dah xsihat batuk2 lagi dicium nya baby..dah baby tu batuk berhari2.. kesian... kalo anak org lain lagilah..jgn gatal nak cium2..just say hello, hai2 sudeyy.. nak gomol, g gomol anak sendiri..xde sapa nak marah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
UmbrellaCorps replied at 28-6-2016 11:00 PM
aku sendiri sebenarnya tak pernah nak cium anak org.. comel ke tak ke memang tak teringin dan taknak ...

Sama lah dgn aku....

Tak terngin pun...klu comel sgt, aku cuit pipi je....
Kekdg mak /pak dia yg beriya suruh aku okong....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.085341 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list